14 Aug 2013

No comments

Baru nak mencoret....

Assalamualaikum... selamat sejahtera pembaca sekalian..

dah lama aku tak post cerita di blog ni..kenapa ye..mungkin beberapa sebab..

1. kewujudan fb..lebih mudah aku share gambar dan story kontot kt fb...
2. kesibukan menjadi ayah..hehe..tak dapat buka laptop..uqail mesti dtg tepuk2 laptop..last skali, dia berdiri     atas laptop aku..huhuhu.. anak...anak...
3. aku ada galaxy tab..makanya nak share something dkt blog ni mmg malas ler...payah nak menaip..

mood nak menaip, tp malas nak taip dengan ayt dan tatabahasa yang betul..huhu..format pun belasah je la labu....

malam ni, jam di laptop 11.27pm, 14 Ogos 2013, aku menaip...huhu
aku di rumah mertua di Jementah..sempena cuti raya panjang ni... balik kampung isteri
anak pula tak sihat...bini pun tak berapa sihat..jd sambil berjaga malam, tunggu time anak makan ubat, aku pun merajinkan diri buka laptop..tiba-tiba rasa nak buka blog plak..

raya ni, anak aku tak sihat plak...demam, batuk, selsema..aku takut dia kena jangkitan paru-paru..sian nanti.. pagi tadi dh ke klinik mahkota di segamat..ramai orang kesian Uqail tunggu lama sangat..sampai tertido..

Uqail tak seceria seperti hari sebelum ini..dia banya meradang..barangkali badannya sakit-sakit.. di usia nak masuk 10 bulan, gigi dah 2 atas,2 bawah...kaki dah brtatih 4,5 langkah..nak cepat besar anak aku ni...

dalam kereta td, plastik ubat uqail penuh dgn muntah ummi..ummi pun mabuk mabuk..(mengandung ke??hehe) insyallah..UPT dah menunjukkan keputusan positif..tp tak bawak jumpa doktor lg...kt segamat ni doktor lelaki plak yg dia tau..so tunggu balik batu pahat la baru check..rasanya baru sebulan..baru sangat.. cuma kali ni ummi mabuk teruk tak macam masa mengandungkan uqail dulu..

Jadi dalam kereta, aku je la yang sihat..hehe.. tak berapa sihat gak sebenarnya.. kaki kanan aku ni masih terasa lenguh..walaupun dah berkurangan, tapi bila dukung uqail, mmg terasa sampai lenguh..maunya uqail dh 7 or 8 kilo aku rasa.. dia tak sihat ni, nak tidur sambil dukung je...

Ummi dah mabuk, ayah la yang kena dukung... tak pe la demi anak...hope Allah sihatkan aku untuk jaga keluarga aku..Allah sihatkan lah kami semua..

OK..jumpa lagi..berangan nak upload gambar uqail dari lahir sehingga sekarang...tunggu masa yang rajin..hehe