26 Dec 2010

Status berubah..menjadi TUN..

Memang lama aku tak kemaskini blog ni..
Idea banyak nak menaip..tapi takde semangat untuk menaip..
Mungkin banyak lagi benda yang seronok dibuat daripada menaip ni..
(sebab menaip banyak pun,bukan dapat duit atau tambah gaji..huhu)


Tapi kali ini aku kuatkan semangat untuk menaip.. sebab apa??
Sebab cerita kali ini berkaitan dengan sejarah hidup aku..

Baru-baru ini (25 Disember 2010) aku telah lakarkan sejarah dalam hidup aku. Rombongan meminang yang dirancang akhirnya selamat menyelesaikan misi dengan baik. Aku kini sudah bertunang dengan Noorawalin Mustafa. Beberapa trivia yang aku nak kongsikan:

1. Hantaran tiba-tiba aku ubah 3 hari sebelum majlis daripada 7 dulang kepada 9 dulang.


2. Abang ipar aku (En. Banny) menjadi pereka hantaran ini..Dari dulang hinggalah ke sireh junjung..Mekaseh!!


3. Rombongan meminang ini disertai oleh guru besar sekolah aku mengajar (SK Ayer Hitam), En. Parlan Bin Haji Yunos bersama isterinya.


4. Aku membeli 3 komik untuk dibaca semasa menunggu majlis berlangsung (lepak dalam kereta je) tapi aku baca 3 helai je..tak leh khusyuk beb...hahaha


5. Abang aku (Azam) dan keluarganya tidak dapat hadir keran beliau demam (suspek chikungunya)


6. Aku ditemani 5 orang rakan SMKA Segamat (2 lelaki,3 perempuan)


7. Aku mengenali Noorawalin sejak tingkatan 4 lagi. (dia masuk sekolah aku masa form 4) tapi tidak berapa kenal masa tu. (laki duduk depan,perempuan duduk belakang)


8. Aku dan Noorawalin hanya sama kelas di tingkatan 4 dan 5 sahaja. Matrik berbeza, universiti berbeza, tempat kerja juga berbeza..


9. Kini, aku dan Noorawalin di bidang pekerjaan yang sama, (guru pendidikan khas)


10. Aku memandu sepanjang perjalanan pergi dan balik ke Jementah semasa majlis pertunangan.


11. Kalau tidak kerana menyediakan sireh junjung, aku takkan kenal rupa gambir..hohoho...


12. Atas nasihat pekerja Secret Recipe, kek yang ditempah terpaksa ditukar kerana bimbang cair semasa perjalanan ke Jementah.


13. Antara perkara remeh yang kelakar aku fikir pada malam sebelum ke Jementah : nak sikat rambut ke depan atau ke belakang??


14. Sekarang sudah bertunang..tapi takde rasa pe pun..huhu..cuma rasa dah kena start kumpul duit banyak dan jaga perilaku huhu...
Doakan yang terbaik untuk kami..Amin~~

4 comments:

  1. Sebelum bertolak ke rumah pihak perempuan aku senak2 perut.

    ReplyDelete
  2. haha..betul..senak sbb makan coklat byk..susah nk keluar..

    ReplyDelete
  3. cayalah bro..tahniah2!!! doakan yang terbaik!!! amin3 ya rabbal alamin.

    ReplyDelete

selamat memberi ulasan