31 Jan 2009

2 comments
Posted in

23 tahun yang lalu..

SELAMAT HARI LAHIR!!!!

23 tahun yang lalu...31 Januari 1986, jam 4.32 petang, di Hospital Batu Pahat...Tangisan bayi kedengaran..Lahirlah seorang lagi generasi Islam..Kesyukuran dipanjatkan kerana kelahiran yang sempurna sebagai seorang insan..
Hari ini..aku menyambut tarikh ini penuh kesyukuran kerana diberi peluang untuk terus bernafas..Semoga sinar dan rahmatNya di usia begini semakin melimpah.

Terfikir sepanjang 23 tahun yang dilalui ini, apa sumbangan yang mampu aku banggakan??Hmmm...mungkin belum berpeluang lagi untuk membuktikan sesuatu kepada keluarga, kepada masyarakat, kepada negara..buat masa sekarang cukuplah sekadar pencapaian untuk diri sendiri..Semoga aku terus berusaha san bertenaga untuk hari-hari mendatang!!chaiyokkk~~~!!!(^_^)
Terima Kasih kepada famili dan rakan-rakan yang mengucapkan selamat dan mendoakan kebaikan ke atas diri ini..Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

~Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala uruskanku di dunia dan di akhirat...AMIN...~

12 Jan 2009

1 comment
Posted in ,

QUNUT NAZILAH


Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu ke atas mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan Yang Maha Penghukun
Wahai Tuhan yang bersifat murka
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.

Mari bacakan Qunut Nazilah utk saudara-saudara kita di Gaza, Palestin yang dizalimi oleh Israel/Zionist laknatuLlah. Boleh di baca di i'tidal terakhir mana-masa solat wajib, ketika terjadi musibah yang menimpa umat Islam.

Malunya kita, hanya doa je yang kita boleh tolong :(
>>credit diberikan kepada saudara IKHWAN a.k.a 1khz<<

11 Jan 2009

2 comments
Posted in

CHIKUNGUNYA PLAK....


ADAKAH NYAMUK INI YANG TELAH MENGANCAM KESIHATAN AKU??


Penyakit Chikungunya adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Gejala utama jangkitan adalah demam panas, rasa sakit yang teruk pada sendi terutamanya sendi kecil dan ruam. Chikungunya tidak menyebabkan kematian dan adalah ’self-limiting’ ataupun sembuh dengan sendiri. Pesakit cuma memerlukan rawatan simptomatik dan rehat secukupnya, namun gejala sakit sendi boleh berlarutan bagi pesakit yang telah berumur. Rawatan hospital hanyalah untuk keadaan tertentu sahaja. Pesakit kebiasaannya memperoleh imuniti sepanjang hayat. Sepertimana jangkitan virus lain, tiada ubat khusus atau vaksin untuk penyakit Chikungunya. Cara paling berkesan untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes di persekitaran kita.
Disediakan oleh: Dr. Azlan Darus - Penolong Pengarah Kanan (CPBV), Bahagian Kawalan Penyakit ( 30 Julai 2008)

Adoyaii....baru get ready nak gi kerja esok...tapi doktor cakap aku kena chikungunya plak..sambung lagi cuti 2 hari...huhu..memang dah lama tak gi kerja..

Lepas operate hidung hari tu, aku cirit birit..lemah badan..sakit kepala..memang tak larat la..macam nak menangis pun ada masa sesi nyahtinjaan (berak la tu) sebab badan aku lepak sangat..

Aku ingatkan sakit perut sebab makan telur puyuh masak sambal..aku pun makan ubat cirit birit je la..kurang skit nak terberaknya tu..tapi ada rasa-rasa lagi la..tapi hari Sabtu (10 Januari 2009) mak aku perasan bintik-bintik merah kat badan aku, kat muka..So bila jumpa doktor,selamber je doktor tu kata aku kena chikungunya..blood pressure aku pun turun..huh, tambah lagi MC dua hari..

Kepada mereka yang cirit birit, sengal-sengal sendi, macam nak demam(walupun korang taknak) elok la dapatkan rawatan segera..lepas 3, 4 hari nanti dah kuar bintik-bintik merah kat badan..baru tau!!..

Doktor cakap benda ni akan berulang lagi..(huh dah macam bervirus badan aku ni)..
Kena banyak minum air..sebab virus ni menyah air dalam badan..minum air 100plus (ganti air kelapa) sebab air kelapa ni banyak potasium,leh wat badan lagi letih..tapi yang bagusnye asyik kencing je..(buang kuman). Doktor soh aku tidur duduk supaya kalau boleh every 1 hour minum air segelas..

So aku doakan aku cepat sembuh, dan orang yang lain tak kena macam aku..yang penting,jangan biarkan nyamuk tu berleluasa..

9 Jan 2009

No comments
Posted in , ,

AKU..HIDUNG..HIDUNG AKU...


Selepas aku diapa-apakan di operation room..Bukannye sedar ni...


Gambar-gambar ni ehsan daripada blog abang aku..hmm..ni la keadaan aku lepas operation..sedar tak sedar sangat..bernafas guna mulut je..memang bibir jadi kering...



Mak bersihkan darah-darah keliling hidung aku

Mak aku jaga aku semasa di wad..Kesian aku tengok mak..tidur di kerusi malas, kesejukan, tidur pun tak lena..tu lah kasih sayang ibu..Tak mampu aku nak balas semuanya..terima kasih mak...

Malam first selepas operation, hidung aku mengalir darah..tuam kat dahi dengan ais, baru kurang sikit..kepala memang mabuk-mabuk..efek bius gaknye..Aku tak leh tido sangat..sebab hidung tersumbat,mana selesa nak tido..



gambar ni tengah makan bubur mary brown..abg aku sponsor..mekaseh
2 orang tu tunggu kalau-kalau aku tak abis makan..hahaha
Lama-lama aku beransur pulih..lepas doktor keluarkan span dalam salur hidung aku, hari-hari kena bersihkan darah kering dan lendir-lendir nanah..huhu..bau dia...busuk betul...!!
Then kena masukkan air garam dalam hidung, keluarkan ikut mulut..baru darah-darah,lendir-lendir tu betul-betul ilang..

Alhamdulillah, dah seminggu operate, aku ok..cuma kadang-kadang pening-pening sikit...
15 Januari ni, jumpa doktor lagi...aku tak kesah nak jumpa..yang penting duitnya...huhuhu...
14 comments
Posted in , ,

PERLUKAN PEMBEDAHAN

“Sinus agak kronik dan perlu operation.. tapi kita perlu tegakkan dulu tulang hidung yang bengkok tu...Jika dibiarkan, boleh effect pada otak dan mata….Kosnya dalam RM6 ribu...”,Dr Zaki Ibrahim (pakar Ear, Nose, Throat) memberi pendapat…
Terima kasih pada mak dan ayah, kos untuk pemeriksaan, antibiotik, spray nasal dan CT scan sahaja sudah hampir RM700..
Memang sudah lama aku tau aku sakit..tapi seteruk mana aku tak tahu..sehinggalah aku terbaca tanda-tanda resdung berdarah hampir sama dengan apa yang aku rasa! Barulah aku buat pemeriksaan pakar..Keputusannya, perlu pembedahan..



Ini adalah antara gambar hasil CT scan yang dibuat..jelas tulang hidung aku bengkok(sebelah kiri) jadi ruang sebelah kiri sempit sedikit daripada biasa dan ada imbasan ysng menunjukkan sinus sudah penuh di bahagian kiri muka aku..(kawasan yang cerah) ruang di dahi dan mata sudah dipenuhi sinus..Sebelah kanan juga sedikit terkena jangkitan.. Kawasan yang normal berwarna hitam. Jadi warna hitam seharusnya seimbang di kiri dan kanan muka. Kawasan yang sepatutnya hitam tetapi bewarna putih ialah sinus yang sudah memenuhi kawasan mata dan dahi.

Kemudian hari Rabu aku ke KPJ (JB) berjumpa dengan Dr. Ridzo (dahulu beliau pernah merawat abang aku). Setelah diamati filem imbasan yang aku bawa,”makan ubat pun tak guna ni cik..sebelah kiri ni dah penuh dah..kena operate juga..sekarang ni kita tunggu masa je..set masa,kita operate..”, kata Dr. Ridzo. “sebab benda ni dah banyak dan lama sangat, takut efek pada otak nanti..”tambahnya lagi.
Emak dan ayah bersetuju setelah berbincang mengenai kos..dalam 3 ke 4 ribu (tapi mungkin tak termasuk ubat dan sewa wad)..Terima kasih yang tak terhingga pada emak dan ayah..aku memang tidak berwang..
Hari Isnin, 29 Disember 2008 @ 1Muharam,aku akan menjalani pembedahan di KPJ.