26 Dec 2010

4 comments
Posted in ,

Status berubah..menjadi TUN..

Memang lama aku tak kemaskini blog ni..
Idea banyak nak menaip..tapi takde semangat untuk menaip..
Mungkin banyak lagi benda yang seronok dibuat daripada menaip ni..
(sebab menaip banyak pun,bukan dapat duit atau tambah gaji..huhu)


Tapi kali ini aku kuatkan semangat untuk menaip.. sebab apa??
Sebab cerita kali ini berkaitan dengan sejarah hidup aku..

Baru-baru ini (25 Disember 2010) aku telah lakarkan sejarah dalam hidup aku. Rombongan meminang yang dirancang akhirnya selamat menyelesaikan misi dengan baik. Aku kini sudah bertunang dengan Noorawalin Mustafa. Beberapa trivia yang aku nak kongsikan:

18 Oct 2010

8 comments
Posted in

RM 2 ribu lebih salah transfer

Ini kisah benar..pagi tadi, 18 Oktober 2010
Salah semak akaun!! Ah sudah..dah la RM 2 ribu lebih aku transfer. Aku hairan kenapa boleh salah transfer duit. Sedangkan no akaun tu aku dah ulang beberapa kali depan Haji semasa di maktab.

"Mungkin awak salah salin atau tulis", balas haji kepadaku.

"Alahai..camne boleh salah pula ni haji..kan saya dah ulang dua kali depan haji..ptg nti saya gi maybank", aku beri mesej padanya.

Hatiku geram juga. Mana boleh silap getus hati aku. Aku yang sedang menghadiri perhimpunan sekolah pagi Isnin ni mula tidak tenteram. Mana ada duit nak ganti duit banner dan baju tu..Mana nak cari tuan punya akaun yang tersalah tu.. Aku cuba tenangkan fikiran.. Aku segera masuk ke kelas selepas perhimpunan. Kemudian..

17 Oct 2010

2 comments
Posted in ,

Peringatan tugasan..banyaknye....

Aku senaraikan asgment kita yang banyak..sila semak kalau ada yang aku miss.TQ

PK

1.English class
a) What are the speech problems (auditory expressive languange) and writing problems with children with learning difficulties.
b) Describe activities that can be used to improve these problems. Give examples.
2.Penilaian berasaskan sekolah

3.Tesis mengenai murid pendidikan khas (pilih 1 masalah)

PJ
1.Hoki- sediakan RPH.

TMK
1) sediakan rujukan format APA System
Jurnal 10, buku teks 10, Akhbar 5, terbitan jabatan/kementerian 10, tesis 10, internet 5.

MUZIK
(aku tak berapa faham apa yang lec nak. tolong..!!)
1. RPH Muzik (masukkan elemen pengajaran muzik dalam mana-mana RPH Subjek.
Pilih bidang (gerakan, nyanyian atau peralatan) ada yang tertinggal??bgtau cepat....

Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
1.Peranan guru dalam...(aku terus blurr nak buat ape subjek ni..) tolong...nota aku salin ghaib.berkumpulan ke individu?

GERKO
1.Bola tampar (berkumpulan)

KRS
1.Buku log (berkumpulan)


Sila tambah jika ada atau berikan sebarang komen di FB aku ye..sama-sama mengingatkan
1 comment
Posted in ,

No 1 di Malaysia...hmm..

Aku hanyalah seorang guru GSTT yang sedang mengikuti kursus KDC (kursus dalam cuti) di Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Insyallah tamat pada bulan Jun 2011.

Sekitar jam 9 pagi aku dihubungi oleh Pegawai Khas Pendidikan Khas Daerah Muar, Tn. Hj Shafiee Hamzah.. Baru pulang dari program Pendidikan Luar anjuran maktab selama 4 hari 3 malam, aku yang sedang sibuk mengemas tali abseiling terpaksa meminta rakanku mengambil alih tugas. Begini perbualan kami....

16 Oct 2010

No comments
Posted in ,

Pendidikan Luar..Seribu satu kenangan....

Pelbagai cerita yang hendak dikongsikan. Tapi ada cerita yang aku biarkan menjadi kenangan aku seorang..
Begini ceritanya.....(sila baca lebih lanjut)

15 Oct 2010

No comments
Posted in

Dihubungi oleh Pegawai Khas Daerah Muar

Penat pulang dari Program Pendidikan Luar di Rezab Hidupan Liar Tanjung Tuan, Melaka selama 4 hari 3 malam belum hilang, esok 16 Oktober 2010, aku diminta hadir ke PPD Muar untuk berkongsi pengalaman mengenai temuduga,cara jawab soalan INSAK. Aku hanyalah guru KDC Pendidikan Khas yang belum selesai berkursus, sangat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman dan apa yang terbaik untuk mereka yang memerlukan..

Esok aku akan kongsikan cerita di Tanjung Tuan dan pengalaman 'talk' bersama calon KPLI KDC dari daerah Muar

15 Sep 2010

4 comments
Posted in ,

Sejarah hidup terukir..kenangan indah terpahat..

Hari : Isnin
Tarikh : 13 September 2010
Jam : 4.30 petang
Situasi : Raya ke-4, cuaca yang tenang.

Alhamdulillah, aku sudah mengorak langkah kecil. Langkah ke arah kebaikan. Bermula begini..

22 Aug 2010

4 comments
Posted in

Kerana Nyamuk..

Serangga kecil ini memang cukup berbahaya. Sungguhpun kecil, makhluk sebesar gajar pun boleh tumbang. Apatah lagi sekecil aku ini..

Semasa aku menaip, bintik di tangan masih belum hilang lagi.. Baru nak nampak bintik-bintik merah tumbuh. Aku diserang virus denggi. Aduh..memang memeritkan. Lebih dasyat rasanya dari chikungunya yang aku alami dulu. Kali ini aku muntah sangat kerap. Hingga menitis air mata menahan perut dan dada yang sakit. Bayangkan dalam setiap 10 minit aku akan muntah. Akhirnya, hanya air sahaja dalam muntah aku..

Tapi aku sering bagi kata-kata semangat pada diri sendiri..AKU KUAT!!..KUAT!!!.. aku berjaya menaikkan platelet darah. Bermula dengan 130 plt, kemudian turun ke 111 plt, dan saat ini memang dasyat.. aku demam dan tak lena tidur.. kelopak mata sakit, badan sengal-sengal, dan sering mual.

Aku telan sup ketam sebanyaknya.. muntah pun muntah la.. Platelet aku naik dari 111 ke 117.. Esoknya naik lagi ke 130.. wow..haha.

Isnin nanti aku akan check darah lagi. Harap-harap bertambah pulih. Kerja di sekolah banyak menunggu.

14 Aug 2010

No comments
Posted in

Hmm..tak letih pun..

Ramadhan masih baru lagi.. Puasa baru berapa hari.. Tapi dah berapa hari puasa ni, cuaca cukup menyenangkan.. menyenangkan pada aku la.. mendung, redup, hujan, berangin.. kalau hujan,memang best tidur..(kata-kata orang malas beribadat..huhu). Memang hujan. Hujan lebat ada, hujan gerimis pun ada..
Badan tak rasa panas. Tekak je rasa kering. hehe.. Manalah insan yang suka duduk rumah seperti aku ni tak gembira dengan cuaca yang macam tu.. Tapi ada yang tak gembira..ada insan yang tak gembira (walaupun mungkin mereka masih bersyukur..) Siapakah dia??

11 Aug 2010

No comments
Posted in

Solat terburu-buru...

Pernah melihat ayam mematuk tanah mencari makanan? ZUPpP!! pergerakannya mematuk..
Bayangkan jika kita bersolat sepanjang hayat tetapi kita diibaratkan seperti ayam yang mematuk tanah... Adakah solat kita diterima Allah...?

Gambar ehsan :shawnagrofarm.files.wordpress.com.

Menurut Ustaz Ismail Kamus dalam buku Indahnya Hidup Bersyariat, Tamakninah ialah berhenti sebentar, sekadar sebutan ‘subhanallah’ sedang anggota berat hendaklah berhenti membuat sebarang pergerakan. Lebih kurang maksudnya bertenang..jangan gopoh..
No comments
Posted in ,

Kira jari anda..




Saban tahun, ada sahaja cerita putus jari ataupun mangsa mercun buatan sendiri.
Ada yang putus kaki, putus jari, putus urat kentut, cacat muka dan macam-macam lagi.(yang buat perkara ni memang cacat otak)
Mari kita lihat, siapakah insan pertama yang akan tersenarai dalam rekod mangsa mercun untuk Ramadhan tahun ini..!!!
(aku harap takde..tapi biasanya ada juga)

10 Aug 2010

2 comments
Posted in

Selamat Datang Ramadhan..


Salam Ramadhan..


Esok puasa..!!! Teringat puasa zaman kanak-kanak dahulu.. Ayah bagi RM30 jika cukup puasa sebulan, kain yang dibasahkan disapu pada badan dan muka, mandi untuk menyejukkan badan, nak buka minta macam-macam, dan 'perang' dengan

9 Aug 2010

No comments
Posted in ,

Detik ini bermula

Catatan ini dibuat pada 9 Ogos 2010.


Aku segera pulang dari sekolah. Tiba di rumah, aku berehat sekejap. Dapatlah tidur dalam 10 minit. Tak nyenyak tapi cukup bermakna. Aku terjaga pun sebab dapat mesej dari si DIA..


' Tak penat ke?'. Lebih kurang begitulah mesej yang aku baca.

Setelah membalas mesej tersebut, aku segera bersiap. Mandi, solat dan makan. Kemudian aku terus bergerak ke Muar untuk jemput si DIA.


Sebenarnya kami merancang untuk membeli beberapa barang. Aku berhasrat untuk merisik si DIA, jadi aku perlukan si DIA untuk tahu saiz cincin yang sesuai.


Alhamdulillah.. si DIA memang tidak banyak kerenah. Tidak cerewet. Si DIA memilih cincin yang diminati dan mampu dimiliki. Kemudian kami segera mencari baju kurung sebagai tanda hadiah. Aku meletakkan nilai harga baju yang boleh dipilihnya, tetapi Si DIA hanya memilih yang sederhana. Tidak sampai separuh dari nilai yang aku janjikan pun. Melihat sikapnya yang begitu, aku menyuruh SI DIA memilih tudung pula.


Mungkin sebelum ini Si DIA masih ragu-ragu tentang aku. Tetapi selepas aku menyatakan hasrat untuk merisiknya dalam minggu pertama lebaran aidilfitri, Si DIA mungkin lebih percaya padaku. Ini bukan soal main-main atau suka-suka lagi.


Aku berdoa agar hasrat ini termakbul.

Satu langkah niat suci murni telah dibuat..

Perjalanan hidup masih panjang.

Tetapi tidak tahu bila penghujungnya.

Namun kehidupan mesti diteruskan.

8 Aug 2010

No comments
Posted in

FB? ada sesuatu yang aku fikirkan..

Sedang leka membaca ulasan rakan-rakan di facebook, aku terfikir tentang satu perkara. Ramai kenalan aku (ada yang rapat-ada yang tak rapat, ada yang tak kenal pun..)di facebook yang apabila memberi ulasan, amboi bahasanya cukup indah, ada yang suka bergurau, ada yang pelbagai ragam lagi. Tapi aku terdetik untuk mempertikaikan sikap beberapa orang yang pada aku seolah-olah berpura-pura.
Kenapa aku cakap begitu? Mana taknya..

2 Aug 2010

No comments
Posted in ,

Bantuan datang...

Aku senaraikan beberapa pautan (link) yang boleh digunakan dalam menambahbaik lagi blog. Senarai ini hanyalah cadangan. Banyak lagi laman lain yang lebih menarik dan mesra pengguna. Anda boleh cari sendiri di enjin carian (google, yahoo atau sebagainya.) untuk sesuaikan dengan citarasa dan tema blog anda.
Carilah 'widget/gadget for blog', 'template for blog' untuk layout/susunatur yang lebih menarik, 'tips/ trick for blog' untuk panduan lain. Jom Layan..!!!

20 Jul 2010

No comments
Posted in ,

Memang kena blogging balik..

Aku kena teliti balik blog ni..
Aku dah agak lupa la tentang nak modified blog ni..
Sebenarnya, kalau tak silap, aku disenaraikan untuk menjadi fasilitator untuk kursus blog anjuran PPD Batu Pahat..(minta maaf kalau maklumat aku ni salah..)
tapi mmg kena jadi pengajar untuk pembikinan blog bagi sekolah-sekolah yang tiada website..(sebab blog free..)
Maka,aku kena explore balik blog ni dan terbaru aku tengok blog dah build designer untuk template dan layout ikut citarasa blogger..BEST..
kena belajar balik ni..huhu..
Camne nak ajar kalau kita tak tau??? Sesat nanti..hoho..
No comments
Posted in

Selesai setelah aku bersungguh..

oooohoooohooi....(baca ala Dato M. Daud Kilau..haha)
Aku ada niat nak jenguk-jenguk blog ni..Tapi tak terjenguk sebab aku sibuk dengan persiapan persaraan GPK 1 sekolah aku..(ayat macam sibuk la sangat..)
Selain menyediakan kertas kerja dan edaran-edaran lain..kerja yang aku sendiri agihkan untuk diri aku ialah buat tayangan multimedia. Kenapa aku begitu rela menyediakan tayangan multimedia ni?? haha..sebab aku ada software yang baeek punya..
Tapi gambar-gambar yang ada amat terhad.. jadi aku fikirkan kena masukkan video skit..sebab nak buat tayang multimedia dalam 9 ~ 10 minit..tapi ada gambar yang aku rasa best dalam 15 keping jek..nak buat tayangan yang sedih dan agak formal, mestilah nak gambar yang ada value..cewah...
Sebab tu la aku tak update blog sangat.. aku sibuk godeh software tu (blaja nak guna..) dan aku asyik edit video..
Terima kasih pada En. Razak Bin Sanusi yang sudi membantu menjadi lelaki kamera (cameraman). Aku lega sebab video tu memuaskan hati jemputan..ada cikgu yang menangis. Guru besar dan wakil PPD yang hadir juga bersalaman dan memuji video tersebut..huhu..

6 Jun 2010

No comments
Posted in ,

Perutusan baru setelah lama menyepi..

Lama betul tak kemaskini blog..
Bukan lupa kata laluan..bukan lupa ID..tapi malas nak menaip.
Aku lebih banyak menaip untuk tugasan maktab..
Selamat bercuti buat rakan-rakan..dan selamat belajar buat aku..huhu...
lambat betul nak tunggu bulan 6 tahun depan..huaaargghhh...
ok,nak kemas barang untuk di bawa ke maktab..chow..!!

27 Apr 2010

5 comments
Posted in

Keta aku kena khianat!!

Kuang aja.. sape yang berani spray keta aku..!!
empat tompok warna silver dekat pintu driver..!!
Aku sumpah ko..!!
sumpah jadi keta..biar aku spray kepala ko byk kali..

walaupun aku tau yang cilanat tu tak baca..

25 Apr 2010

2 comments
Posted in

Adui...tapi sedap..

Petang tadi aku berbekam..tak pernah buat..ni la pertama kali aku buat.. Pembekam tu datang ke rumah aku.. Semua kat rumah ni berbekam.. Di bawah ni ada info skit tentang bekam..






Ni la badan mangsa setelah selesai berbekam..huhu


Bekam Sunnah merupakan amalan yang pernah dilakukan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W. semasa hayat baginda . Ulama telah membuat kajian terperinci berkenaan amalan berbekam ini dengan berpandukan hadis-hadis sahih.Ulama Islam telah menganjurkan umat Islam supaya melakukan amalan berbekam ini sebagai amalan yang mendapat pahala bagi yang mengamalkannya. Malahan ia diredoi oleh Allah Subhanahuwataala.

Hadis yang berasal dari Ibnu Abbas dalam shohih al-Bukhari, Ath-Tibb,Juz1,hal 5680 yang bererti dalam sabda Nabi bahawa kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, yakni minum madu , sayatan (alat bekam) dan kay (dengan api). Sesungguhnya aku melarang umatku dari kay .
Nabi Muhammad S.A.W. juga pernah bersabda dalam hadisnya yang bererti bahawa Sebaik-baik Perawat ialah Pembekam .

Marilah kita beramal dengan berbekam sunnah . Kembalilah kepada rawatan Islam yang sebenar . Sesungguhnya amalan bekam sunnah mempunyai banyak nas-nas sahih berdasarkan hadis-hadis nabi. Biarlah kita beramal sesuatu yang mempunyai sandaran yang kukuh ; iaitu tidak lain dan tidak bukan daripada seorang insan yang kamil lagi siddiq , Nabi Muhammad S.A.W. melalui hadis-hadis baginda . Janganlah kita berbuat sesuatu amalan dalam hal berubat tanpa ada sandaran yang benar ( sahih ) .

Sebagai perawat Islam dan juga Pembekam Sunnah , sesungguhnya saya amat berbangga menjadi umat baginda Nabi Muhammad S.A.W. dan beramal dengan sunnahnya ; iaitu Bekam Sunnah . Sebagai umatnya kita seharusnya menegakkan sunnah-sunnah baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Jadikanlah amalan bekam sunnah sebagai amalan kebajikan kita . Ia paling baik dilakukan pada setiap bulan sekali . Selain daripada Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. yang wajib seperti sembahyang , puasa di Bulan Ramadan , zakat wajib dan haji wajib ; kita dianjurkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W. untuk berbekam .

Bekam Sunnah mempunyai beberapa kelebihan seperti :-

(a) membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang .
(b) memperbaiki kelancaran pembuluh darah
(c) menghilangkan kekejangan dan sengal-sengal otot.
(d) bermanfaat bagi penderita asma , pneumonia, dan angina pectoris
(e) baik untuk mengubati migrain dan sakit gigi.
(f) kesembuhan penyakit mata dan rabun.
(g) penawar penyakit kepeningan
(h) penawar racun ( berdasarkan hadis )
(i) penawar sihir ( berdasarkan hadis )
(j) mengubati penderita resdung .
(k) mengubati penyakit buasir
(l) mengubati masalah kelamin ( mati pucuk )
(m) menstabilkan tekanan darah .
(n) mengubati strok atau angin ahmar.
(o) untuk awet muda/keremajaan
(p) membuang angin-angin dalam badan

Larangan-larangan Bekam
(a) Tidak dianjurkan melakukan bekam terhadap penderita diabetis/kencing manis atau pendarahan , kecuali jurubekam yang benar-benar ahli.
(b) Tidak dianjurkan kepada pesakit-pesakit yang benar-benar lemah/ fizikalnya sangat lemah.
(c) Tidak dianjurkan melakukan bekam terhadap penderita infeksi kulit yang merata.
(d) Tidak dianjurkan bekam terhadap orang yang sangat tua .
(e) Tidak digalakkan terhadap orang yang selalu keluar darah/ kekurangan darah dalam tubuh.
(f) Tidak digalakkan pada ketika badan terlampau letih lesu , lemah tenaga badan.
(g) Tidak digalakkan ketika baru selesai mandi .
(h) Tidak digalakkan ketika berpergian atau bermusafir jauh .
(i) Tidak digalakkan ketika berpuasa .
(i) Tidak digalakkan perempuan sedang mengandung .
(j)Tidak digalakkan kepada perempuan baru melahirkan anak .
(k)Tidak digalakkan kepada perempuan sedang haid , nifas dan istihadhoh.
(l)Tidak digalakkan kepada orang yang keletihan kerana mengerjakan ibadah umrah dan haji .

sumber:http://www.rawatanislamazam.com
3 comments
Posted in

Tayar tak bulat kena RM305.70

Dah dekat 4 bulan kereta aku buat bunyi tak best.. Tapi aku lanyak je sebab tunggu duit gaji.huhu.. Bunyi mcm motor bot itu berkumandang apabila kereta aku memecut laju.. Aku memang suka bawa laju. hehe.. buktinya tanya pak cik kedai goreng pisang yang menyelamatkan aku dari di saman..hehehe(rujuk artikel lepas..)

Semalam aku ke Tayar Budaya, berhampiran BP Mall.. kedai tu kedai orang melayu..Ayah aku yang cadangkan kedai ni sebenarnya.. Niat ke sana ni nak wat alignment tayar..meter aku dah lebih 20ribu km tapi aku rasa tak pernah wat alignment lg..(tak tau la servis center yang aku gi tu buatkan atau tak..mcm tak je..)
Sampai di sana, mekanik tu tanya apa masalah kereta aku. Setelah menceritakan dengan gaya yang tersendiri, mekanik itu naik kereta untuk memandu dan aku duduk di tepinya..Bunyi yang kadang-kadang menyorok itu akhirnya keluar!! Sungguh bertuah dpt mendengarnya..

mekanik tu cakap macam ni:
Ni mungkin tayar ni bang..macam tayar dah bengkak. Mungkin abg ada langgar lubang pastu dawai dalam dia putus. lama-lama tayar ni bengkak..dah tak bulat..benjol-benjol. tu yang bunyi mcm lalu atas line-line kuning tu..(ala line yang soh kita slow tu..)
aku pun balas balik:
Agaknye la bang..saya dulu kerja Shah Alam memang ada lalu jalan lubang-lubang..time tu jalan ke bangunan kerajaan tu tgh naik taraf jalan. Memang langgar lubang tu kita pulak yang rasa sakit sebab terhentak kuat..lubang dalam tu..
Dia balas balik:
Haa kalau abg cakap camtu,senang la kita nak buat kerja. Nanti saya check tayar atau bearing..Ada customer hantar je dekat kita..serah bulat-bulat. Bila repair tak jadi marah pula..Ingat senang ke nak cari kalau ada bunyi-bunyi ni..Mekasih la abang bagi info kat saya.Senang skit kerja saya nanti.


Sampai di kedai,aku tukar tayar depan dengan tayar baru. Tayar depan bawa gi belakang.Tayar belakang??buang je la..dh xleh guna pun..

Setelah selesai..bunyi pun takde..tapi duit aku juga turut takde..RM305.70..huhu..
Peringatan mekanik:
Jangan lanyak lubang suka-suka hati.
Tayar tahan 2 tahun biasanya.
Tayar kena alignment paling cepat 5 ribu km paling jauh 10 ribu km..










15 Apr 2010

No comments
Posted in

SMS offer video lucah

Tengahari tadi, sedang indah aku menewaskan adik aku dalam game bola FIFA, tiba-tiba telefonku berbunyi..

"Sape pula mesej ni..?kacau la..baru nak menang besar..", aku cakap dengan nada sombong..hahaha

Rupanya mesej itu menawarkan video sex terlampau.(Aku nak type semula, dah terdelete pula)..Lebih kurang macam ni la bunyinya..:

Fikiran bebas?Mahu lihat aksi video Lyna dan kawan-kawan? taip Ya blablabla..dan untuk 18 tahun dan fikiran bebas sahaja..blablabla...


Aku dah selalu dapat mesej berbaur lucah ni..mmg lucah pun..tapi kalau mesej dari mesin aku tak balas..kalau mesej dari no operator Malaysia (macam celcom ke,maxis ke..)aku akan reply dengan nada kesat..contohnya Mampos ko!! Aku repot polis..padan muka ko!! dan macam-macam lagi..

Nak dijadikan cerita,aku pun reply la msj yang aku dpt tadi..haha..penghantarnya 01743XXXXX..dari utara la ni.. camni aku reply: I will report to the police!

Aku memang bengang dengan mesej-mesej camni..wat kecoh je. Sekali petang tadi aku dapat mesej dari no tu..dia reply da..mesejnya camni:

Salam.Maaf.Baru nampak anak ku main hp forward sms. Saya dah ajar dia. Minta maaf keatas sms tadi.


Terkejut aku baca mesej ni..jarang ada orang reply balik..haha..padan muka dia..aku tak balas..nak je aku balas suruh tunggu siasatan polis nanti..biar dia kelam kabut skit..haha...

14 Apr 2010

No comments
Posted in

Baca al Quran

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar (membaca) al-Quran dan mengajarnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)


Diriwayatkan daripada Anas, dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumah tangga kamu dengan sembahyang dan dengan membaca al-Quran.” – (Hadis riwayat al-Baihaqi)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan mengingati Allah". Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia" - (ar-Rad ayat 28)

Rukun iman..beriman kepada kitab/Al-Quran..apa bukti kita beriman kalau nak baca pun berat..ada yang tak pernah baca..

7 Apr 2010

1 comment
Posted in , ,

Sayangi hutan

Nampaknya artikel kali ini berbentuk ilmiah. Semuanya ini sebagai pautan dari brosur yang disediakan untuk memenuhi tugasan subjek Pendidikan Alam Sekitar di IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Mari terus ke isi penting brosur bertajuk "Sayangi Hutan".

“Pada akhirnya
Kita akan memulihara hanya apa yang kita cintai
Kita akan menyintai hanya apa yang kita fahami
Kita akan memahami hanya apa yang kita diajari”


Hutan hujan tropika adalah jenis hutan yang paling luas di Malaysia, iaitu meliputi kira-kira 60% daripada kawasan di Semenanjung Malaysia, dan kira-kira 75 % di Sabah dan Sarawak. Hutan ini biasanya terdapat di kawasan yang tingginya tidak melebihi 1000 meter.

Ciri-ciri utama Hutan Khatulistiwa ialah :· Pokoknya tumbuh lurus, tegak dan berakar banir
· Hutan malar hijau
· Pokok-pokok tumbuh dengan rapat
· Tumbuh-tumbuhan bawah jarang

Kepentingan hutan yang utama:
1.Membekalkan gas oksigen ke atmosfera
2.Habitat semula jadi hidupan liar
3.Menyeimbangkan mikro iklim sesuatu tempat
4.Kawasan tadahan air hujan dan mencegah hakisan
5.Sumber makanan
6.Sumber kayu-kayan, buluh dan rotan
7.Sumber tumbuhan ubat-ubatan
8.Tempat rekreasi dan pelancongan
9.Kawasan penyelidikan saintifik

HUTAN HUJAN MEMBANTU MENSTABILKAN CUACAHutan hujan membantu menstabilkan cuaca dunia dengan menyerap karbon dioksida daripada
atmosfera. Karbon dioksida yang berlebihan di dalam atmosfera dipercayai akan menyumbang kepada perubahan cuaca melalui pemanasan global. Maka hutan hujan mempunyai perhubungan penting dengan pemanasan global. Hutan hujan juga mempengaruhi keadaan cuaca tempatan dengan membentuk hujan dan menyederhanakan suhu.

HUTAN HUJAN MEMBEKALKAN KEDIAMAN KEPADA TUMBUHAN DAN HAIWAN
Hutan hujan adalah tempat kediaman kepada spesies tumbuhan dan haiwan yang banyak di dunia, termasuk banyak spesies yang menghadapi keadaan bahaya menjadi pupus. Apabila hutan ditebang, banyak spesies ditakdirkan menghadapi kepupusan. Beberapa spesies hutan hujan hanya boleh hidup di habitat semula jadi mereka. Zoo tidak boleh menyelamatkan semua haiwan.


HUTAN HUJAN MEMBANTU MENGEKALKAN KITARAN AIR
Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (U.S. Geological Survey), "kitaran air, juga dikenali sebagai kitaran hidrologi, menghuraikan pergerakan air yang berterusan di atas, pada dan di bawah permukaan Bumi."
Peranan hutan hujan dalam kitaran air adalah menambahkan air kepada atmosfera melalui
proses transpirasi (di mana mereka melepaskan air daripada daun mereka semasa fotosintesis). Lembapan ini menyumbang kepada pembentukan awan hujan yang kemudiannya akan melepaskan air balik kepada hutan hujan. Di Amazon, 50-80% lembapan tinggal di dalam kitaran air ekosistem. Apabila hutan ditebang, kurang lembapan dalam atmosfera dan jumlah hujan menurun dan kadang-kala membawa kepada kemarau.

HUTAN HUJAN MENGURANGKAN HAKISAN
Akar pokok dan tumbuhan hutan hujan membantu mengukuhkan tanah. Apabila pokok ditebang, tiada lagi benda yang melindungi bumi dan tanah dihanyutkan oleh hujan. Proses tanah dihanyutkan dikenali sebagai hakisan. Apabila tanah dihanyutkan ke dalam sungai ia menyebabkan masalah terhadap ikan dan manusia. Ikan menderita kerana air menjadi kabur,
manakala manusia mempunyai masalah apabila memudiki laluan sungai yang cetek kerana jumlah tanah dan lumpur yang meningkat dalam air. Pada masa yang sama, petani akankehilangan lapisan atas permukaan tanah yang penting untuk bertani.



FAKTA PENTING MENGENAI HUTAN :
>Hutan merupakan tempat tinggal kepada 300 juta orang penduduk di seluruh dunia.
>Hampir 2 bilion manusia bergantung pada hutan untuk sumber kayu api untuk tujuan memasak.
>Pada tahun 1989, hutan menghasilkan sejumlah 336 juta tan buah-buahan.
>Lebih 25% bahan aktif dalam ubat-ubatan berasal dari hutan. Nilai ekonomi bahan-bahan tersebut adalah US$43 bilion (RM109.2 bilion).
>Eksport kayu-kayan dari negara membangun pada tahun 1989 berjumlah US$13.4 bilion (RM34.0 bilion). Manakala nilai perniagaan rotan di seluruh dunia adalah US$2 bilion (RM5.08 bilion) setahun.
>Terdapat hampir 10 juta spesies flora dan fauna di seluruh dunia. Lebih 50% daripadanya didapati di dalam hutan tropika. Di Malaysia sahaja terdapat 14500 spesies tumbuhan berbunga dan 800 spesies tak berbunga.


29 Mar 2010

No comments
Posted in

Arrgghhhhhh........

Mafhum firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan? Amat besar kemurkaan Allah kerana kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan. (Surah al-Saff, ayat 2-3)

Mafhum hadis:

Daripada Abdullah bin Amr bin`al-As, Rasulullah bersabda: “Ada empat tanda. Sesiapa yang ada padanya semua ini, dialah sebenar-benar orang munafik. Dan sesiapa yang ada padanya salah satu daripada empat tanda ini, maka dia mempunyai salah satu tanda munafik hinggalah dia meninggalkannya: apabila diberikan amanah dia khianat, apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkir, apabila bertelingkah dia melampaui batas”. (Muttafaqun alaihi)

20 Mar 2010

3 comments
Posted in

Kenduri Kahwin Jadi Majlis Alumni

Selamat Pengantin Baru Khas Buat Ummu dan Shah
Semoga Bahagia Ke Akhir Hayat

Sampai terpejam mata pengantin lelaki..owpps..xleh kutuk, keris ada tersisip tu..hoho

Pengantin Perempuan berseri-seri..

Tanggal 20 Mac 2010, rakan satu sekolah aku telah melangsungkan majlis perkahwinan di Kampung Jawa Segamat. Yang menariknya, ramai rakan-rakan Ex-SMKA Segamat hadir.. dah macam majlis alumni pula. Seronok bercerita hal masing-masing. Ada yang belajar, ada yang bekerja, ada juga yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan dalam masa terdekat ini..
Aku pun gembira dapat berjumpa rakan-rakan lama. Dalam kemeriahan majlis, kami semua berjumpa pula pengetua kami dahulu, Tn. Hj. Kamal Bin Hassan dan juga guru yang disegani, En. Wahab B. Gedung. Selepas majlis, kami bergerak ke rumah Zahidah. Hari ini hari pertunangan Afrizani dan Zahidah. Jangan lupa mengundang kami ke majlis perkahwinan nanti.
Masing-masing dah bermacam ragam..Ni kenapa yang lain bergambar mengalahkan pengantin ni..hahahttp://arifmaba.blogspot.com/


Untuk paparan gambar menarik majlis perkahwinan Ummu dan Shah, layari album digital

14 Mar 2010

9 comments
Posted in

Mural pertama aku di SK Ayer Hitam

Dah lama nak siarkan cerita ni.. tapi sebab malas nak muat naik gambar, tu yang tertangguh tu.. hehe.. Lebih kurang pertengahan Februari 2010 aku siapkan mural ni. Hampir sebulan tertangguh kerana sibuk dengan aktiviti lain di sekolah dan faktor utama ; malas..

Akhirnya siap la mural ni.. Gambarnya memang simple tetapi mengandungi mesej yang besar.. Bagi yang berjiwa seni dan memahami insan istimewa ini, mungkin dapat menilainya.. Mungkin ada juga orang yang menganggap lukisan menceriakan dinding semata-mata..

Tiga tangan yang menyiapkan puzzle ini diibaratkan persekitaran utama yang mampu membentuk kehidupan insan istimewa ini.. Ibu Bapa, Guru dan Masyarakat.. Mereka inilah yang akan membentuk murid-murid berkeperluan khas ini untuk bersedia menghadapi dunia nyata. Puzzle itu diibaratkan diri murid-murid istimewa ini. Kuasa persekitaran ini yang melengkapkan diri murid. Jika dibentuk menjadi seorang yang kuat mencuri,maka jadi pencuri. Jika dibentuk menjadi mekanik, maka jadilah mereka mekanik..

Kemahiran, pengetahuan dan apa-apa juga unsur positif atau negatif yang dipaparkan oleh kuasa persekitaran utama in akan membentuk insan istimewa ini..

Kata-kata hikmah yang aku lakarkan ialah
BERSAMA MEMBINA MASA HADAPAN MEREKA.
INSAN ISTIMEWA TANGGUNGJAWAB BERSAMA.
Renungkan...

Baru sikit ni..hehe

Tangan lagi sebelah mana??pegang kamera amik gambar sendiri la..haha

Khusyuk ya amat...

Dah nak siap dah..

Siap pun..boleh la kan...

9 Mar 2010

2 comments
Posted in

In progress..

Ni la keadaan kereta saga yang aku lihat petang tadi.. Lepas ambil adik sekolah agama, aku dan ayah terus ke workshop di Taman Desa..


8 Mar 2010

4 comments
Posted in

Aku kemalangan kecil



Dah nak sampai rumah dah.. lagi 200 meter.. Kalau dah nak jadi tu, kita berhati-hati la macamana pun..tetap jadi juga!! Aku beriman pada qada' dan qadar..

Begini mulanya, aku memandu tenang hari ni. selalu aku pandu laju untuk cepat sampai ke rumah. Tapi kali ini aku pandu perlahan je. Tiba di simpang belakang surau taman aku, ada satu motosikal memcut laju menuruni bukit. Aku tekan lagi pedal minyak. Kalau tak, memang kena tepat dekat cermin sebelah aku. Jadi, sebab aku nak elak kena cermin tepi aku, motor tu terseret dari pintu depan sampai la penutup minyak kereta pun kemek.. Aku berhenti serta merta dan terus keluar. Cina lelaki usia dalam 40an terbaring di jalan. Tapi dia bingkas bangun. Aku tengok kereta tak kemek teruk. Cuma kemek banyak tempat dan bercalar. Apek tu macam ok. Tiada luka dan motornya tak la jahanam (sebab memang motor masuk kebun.semua dah longgar).

Aku sergah, "Apsal ko laju sangat. Ni macamana ni? Banyak kemek!" Aku berani camtu sebab tengok jalan bukan aku yang salah. Dia yang patut berhenti. Apek tu terketar-ketar. Menggigil aku tengok. Dia cakap hantar kedai. Aku ikut dia pergi ke Taman Desa dan biar dia setel dengan tokey kedai tu sendiri. Tokey kedai tu suruh apek tu bagi aku duit je. Aku cakap aku tak nak. Nanti duit tak cukup nak repair. Aku mana la tau nak repair tu kena berapa. Aku nak dia yang setelkan sendiri dengan kedai. Aku tau kereta dah ok.


Pintu driver


Kilatnya kereta ni.. banyak calar dan kemek kecil-kecilan..hoho

Tapi masalahnya kereta leh siap dalam 3 hari. Sebab banyak part kena buat. Pintu depan belakang,part yang bawah pintu, area tutup tank minyak pun kena. Jadi esok aku guna kereta kancil. Pagi hantar mak ke sekolah, petang kena jemput. Mungkin 3 hari ni aku akan lewat sedikit ke sekolah dan balik on time.. Oh guru besar, fahami la situasi aku!!huhu..

2 Mar 2010

15 comments
Posted in

Kenapa pulak tepon aku ni...alahai....

Pagi tadi aku taip mesej rasanya macam biasa.. kelajuan yang maksimum.. siap leh mesej sambil drive lagi..(mintak maaf datuk polis...) ni la gambaran penulis mengenai telefon bimbitnya (aku la penulisnya)....Boleeh mesej sambil makan, sambil baring nak tidur.. Tapi selepas tengahari, kenapa aku taip mesej lambat ni?? Nak main mesej sambil drive pun susah sangat..memang tak boleh... Rupa-rupanya aku terlupa, telefon aku dah jadi macam gambar bawah ni.. sebijik!!! Eh apa tujuan aku post artikel ni??!! hahaha.. sebenarnya sebagai tanda kenangan je..jadi aku ingat bila date sebenar aku beli telefon ni...
Its time to change!!! hehe

27 Feb 2010

2 comments
Posted in

Lama blog aku ni terbiar..



Semuanya kerana laptop aku rosak..
Dah lama aku tak jenguk laman blog aku ni.. bukan tak ingin menaip lagi. Sebenarnya, banyak perkara yang berlaku dalam dua minggu kebelakangan ni.. Rombongan Pendidikan Khas Ayer Hitam, latihan sukan, hal-hal di sekolah, aktiviti harian aku, banyak lagi perkara yang ingin aku kongsikan.. tapi sebab dah lama tertangguh, idea-idea untuk penulisan tu dah terkubur.. aku jadi malas nak refresh balik ceria-cerita tu..

Laptop aku terjatuh dari atas meja makan.. jatuh terus ke lantai. huh, memang sayu sebab banyak laporan mesyuarat, kerja khusus, dan pelbagai dokumen lain lagi dalam laptop tu. Laptop yang aku jaga selama ini, tidak pernah diserang virus ataupun rosak teruk, tiba-tiba saja tak boleh digunakan!! Kalau diibaratkan orang, tak pernah sakit, tiba-tiba ajalnya tiba..Selepas lebih kurang 5 minit on, laptop aku akan 'stuck'.. langsung tiada tindak balas kalau tekan tetikus atau papan kekunci..

Aku sempat copy dokumen yang penting sahaja ke dalam external hardisk aku.. tapi tak semua kerana saiz external hardisk aku ni kecil. Sebab tu la blog aku sunyi dan hampir dua minggu aku tak melayari internet..
Sekarang dah ok..dah masuk 'bengkel', tapi kena tukar hardisk baru.. dalamnya tak seperti dulu.. dulu penuh dengan software yang hebat-hebat.. takpe la, nanti aku install lagi. Jangan buat hal lagi dah la.. assignment tak siap lagi ni...

14 Feb 2010

9 comments
Posted in

Isu minyak...(macam aku je yang perasan)

Agak lama aku menyimpan gambar ni. Aku dah buat kajian kat semua stesen minyak yang aku singgah. Dari Yong Peng, Muar sampai la ke JB dan Shah Alam.. Memang terbukti ada perbezaan. Aku dah tanya pam attendant yang betugas, tapi mereka sendiri tak tau.. memang la tak tau.. dia kerja je.. nak tanya, tanya la CEO company..hehe..

Begini ceritanya, aku dah banyak kali isi minyak RM30.. Biasala nak jimat, aku isi RON95.. tapi apa yang aku hairankan, semua pam minyak menunjukkan litres: 16.667 untuk RM30..TETAPI berbeza dengan Petronas yang hanya 16.666 untuk RM30..kenapa tak cukup lagi 0.001 ?? adakah di Petronas semua pam minyak dibundarkan.. atau adakah 0.001 'disimpan oleh Petronas..?? Persoalan ini yang perlu kita tanya pada Petronas.. (kalau orang Petronas terlintas kat blog aku ni, sila la jawab yek..hehe)

Bayangkan JIKA 1 kereta,Petronas 'curi' 0.001.. Itu satu kereta, kalau 100 kereta isi di Petronas sehari? jika 365 hari? jika kira semua kereta yang isi minyak di Petronas?? huuuh, kaya Petronas... (macam isu dulu-dulu yang pekerja bank ambil 1 sen tanpa kita sedari..boleh dapat sejuta tau..)

Persoalannya betul ke apa yang aku tulis ni.. aku tak cakap BETUL.. aku tak cakap SALAH.. nanti kena masuk mahkamah plak aku ni.. aku cuma menulis berdasarkan apa yang aku lihat.. Jadi anda fikirlah sendiri.. Kuasa pengguna di tangan anda..!!!

Hidup minyak tanah!!!!hehe

di Petronas

di Petronas juga

ni pun kat Petronas juga.. (semua tempat lain-lain tau)

Ni bukan di Petronas

13 Feb 2010

No comments
Posted in

Aku mulakan dengan agak baik....

Masih belum terlambat untuk aku berkongsi pengalaman pertama kali aku menjadi pengurus pasukan bola sepak SK Ayer Hitam untuk tahun 2010 ini.. Memang agak membebankan untuk aku hadir setiap hari ke sekolah semata-mata untuk 'melatih' mereka walaupun aku hanyalah PENGURUS.. tapi tanggungjawab itu rasanya terpikul di bahu aku juga.

Melatih murid bermain dalam masa seminggu memang sukar untuk mendapat hasil yang diharapkan. Tapi apa boleh buat..seperti pepatah orang taman aku,"better late than never..". haha.. biar la lambat berlatih daripada tak berlatih langsung..

Akhirnya, dengan semangat juang yang tinggi, pada 11 Februari 2010 bermulalah petandingan bola sepak 7 sebelah bagi cawangan Ayer Hitam. Setelah berhempas pulas, pasukan yang aku bawa ini mendapat tempat ketiga. Fuh..nasib baik dapat tempat ketiga..(ok la, sebab pasukan lain dah berlatih lama..huhu)

Apa yang aku banggakan ialah, latihan yang kurang dan pada tahun lepas, skuad SK Ayer Hitam ni tak lepas kumpulan pun., Tapi tahun ini, leh dapat tempat..hehehe.. GPK KOKU dah tanya samada aku ada di sekolah lagi untuk tahun depan ataupun tidak.. InsyAllah aku akan beri yang terbaik untuk skuad tahun hadapan..


SK Ayer Hitam yang berbaju merah tu..

Nak mula kena salam-salam dulu..

Dah kalah 1st game, kena 'basuh' dulu.. hahaha

Budak-budak aku yang tak pakai jersi tu.. menunggu sesi penutup

Sempoi je majlis penutup..VIP duduk kerusi plastik je..

Penyampaian hadiah tempat ke3..jadi la...

Pengurus tak dapat hadiah ke???huhu..tak adil!!!

Pemilihan mewakili Zon Ayer Hitam

Wakil dari SK Ayer Hitam cuma seorang sahaja...


9 Feb 2010

3 comments
Posted in

pisang goreng bernilai RM 300???


Hari ini aku memang sibuk. Pagi-pagi lagi dah tercegat di padang Sk Ayer Hitam. Aku ditugaskan menjadi pengadil acara lompat tinggi sempena Sukantara SK Ayer Hitam 2010. Berdiri sehingga jam 10.30 pagi. Selepas itu aku sibuk menguruskan pengambilan jersi untuk skuad bola. Ada perlawanan persahabatan petang ini.


Aku segera pulang untuk menemani mak ke bank. Mak nak buat bank draf. Aku kena la temankan dan seperti biasa menghantar adik ke sekolah agama..


Cerita tentang pisang bernilai RM300 ini bermula apabila aku memecut laju menuju ke Ayer Hitam. Aku berjanji untuk berada di sekolah jam 4 petang untuk uruskan pemain bola. Mereka ada perlawanan persahabatan menentang skuad SK Sri Gading. Sedang aku memecut dan memotong di garisan berkembar, cantiknya pemandangan apabila aku melihat polis trafik sedang mengadakan sekatan jalanraya dalam 200 meter di hadapan aku!!.. “Memang aku akan kena saman ni”, detik hati aku. Polis dah berdiri di tengah jalan seolah-olah nak menahan kereta aku. Berdiri cekak pinggang sambil pegang bendera merah.

Tiba-tiba, mataku terlihat ada gerai pisang di tepi sebelah kanan jalan. Akalku terfikir satu rancangan dalam detik-detik kritikal ini. Aku segera cross seberang jalan menuju gerai pisang dan membeli pisang. Huh, aku menenangkan perasaan dan berfikir lagi, nak teruskan jugak atau berpatah balik ke rumah. Polis ada kira-kira 100 meter di hadapan. Aku redah je la, saman pun samanlah..


Memang tepat, aku ditahan setibanya di roadblock tu.. Ramai pemandu lain di saman kerana laju dan potong double line. Polis trafik tu arahkan aku berhenti. Aku redha kalau kena saman.
“Encik diam, bagi saya bercakap..”, polis tu bersuara. Aku diam je. “ Saya nampak encik potong double line dan berhenti mengejut kat gerai goreng pisang tu. Saya boleh baca tu..”. Aku rasa nak tergelak.. Kantoi..hahaha..


Polis tu sambung lagi, “Kali ni saya bagi amaran je. Lain kali saya saman”. Aku sengih panjang (mungkin pucat muka aku masa tu..hahaha) aku ucap terima kasih dan terus ke sekolah.
Fuh lega..nasib baik ada gerai goreng pisang tu.. Biarlah gerai tu untung RM2.00 dari aku kena RM300..huhu..


Mungkin niat ikhlas aku ke sekolah untuk buat latihan bola sepak menyebabkan aku dilindungi Allah..


Esok-esok aku akan memotong lagi..hehehe.. Biar polis rajin wat kerja.. Gaji polis dah naik, mestilah tambah kerja. Barulah setimpal dan berbaloi naikkan gaji polis..

4 Feb 2010

2 comments
Posted in

Seharian di sekolah..

Sempena sukan tahunan SK Ayer Hitam 2010 ini, seluruh warga sekolah mula giat berlatih di sekolah. Masing-masing nak menjadi juara keseluruhan. Termasuklah aku, guru rumah jingga. Rumah sukan ini baru ditubuhkan pada tahun ini termasuklah satu lagi rumah sukan baru iaitu ungu..

Pagi-pagi aku dah bersama dengan ahli rumah jingga berlatih lompat tinggi. Aku memantau je.. takkan melompat plak..huhu.. Sehinggalah jam 9 lebih, murid-murid masuk ke kelas, aku beralih pula untuk bersama dengan murid pendidikan khas. Murid pendidikan khas ini juga ada sukan peringkat daerah pada bulan Mac nanti. Jadi mereka juga perlu berlatih.

Selepas jam 10.05 pagi aku ada kelas Sains dan Alam Sekitar. Hari ini bagi murid-murid lembaran kerja sahaja. Aku penat, mereka pun penat. Huhu..

Tengahari, aku stay sekolah.. Mewarna mural yang sudah siap aku lukis. Warna yang mudah-mudah sahaja. Aku ada membuat mural di belakang kelas. Simple saja, jadi kenalah siapkan cepat. Nanti orang cakap mural yang mudah pun perlu sebulan lebih untuk disiapkan..Huh, lebih baik aku siapkan cepat. Mujur kali ini PPM membantu aku mewarna mural ini.

Jam 4.30 petang aku ke padang lagi. Kali ini aku menguruskan pemilihan pemain bola sepak sekolah. Maklumlah, aku dilantik menjadi pengurus pasukan. Hadiri mesyuarat, buat surat menyurat..ntah apa lagi pun aku tak berapa pasti sebenarnya.. Aku baru nak belajar ni.. Aku buat latihan sehingga jam 6 petang. Memang penat..

Malam ni aku nak tidur awal.. Esok rutin yang hampir sama!!

28 Jan 2010

No comments
Posted in

Kerana sayur kangkung goreng belacan

Memang cantek...memang murah... aku makan di kantin semalam.. masa nak makan tu aku dah syak wasangka.. Hati ini bercampur baur. Nak makan ke tak nak.. tapi kenapa hari semalam aku boleh ternoda juga untuk makan sayur tu. Selalunya aku ikut naluri hati aku. Tapi kali ini aku tetap degil nak makan.. PADAN MUKA AKU..

Aku makan dalam keadaan berfikir tentang sayur itu.. tapi mulut masih mengunyah hingga habis!! Terimalah akibatnya Arif.. Hidung aku gatal dan bersin tak sudah.. Ini semua gara-gara belacan. Entah kenapalah aku makan juga walaupun aku dah terfikir yang sayur ni mesti digoreng dengan belacan.. Kalau di rumah, mak aku memang faham makanan anak-anaknya. Ini di kantin.. "Ada aku kesahh!!??" Mungkin itu jawapan orang kantin bila aku ceritakan masalah aku..hohoho...

Aku dulu ada resdung yang agak kronik..sehingga perlukan pembedahan kecil. Mungkin sekarang tak seteruk dulu. (rujuk artikel tentang operation aku dahulu).Tapi aku pasti yang penyakit ini boleh berulang jika tak dijaga.. Macam itu jugalah kata Doktor Ridzo kepadaku dahulu.
Kembali kepada cerita makan kangkung tadi, hidung aku terasa gatal. Tapi nak garu di mana??? aduhai... Bila bersin barulah lega sedikit.. Sampai ke malam aku bersin-bersin. Beberapa kali aku sedut air paip melalui hidung untuk hilangkan rasa gatal. Tidaklah teruk sangat rasa gatal tu tapi aku tak selesa.. Nasib baik hari ini dah tak gatal.
Lain kali aku akan ikut naluri aku ini.. Naluriku seorang lelaki..wahh..macam tajuk lagu band indon pula.. Ada aku kesah??? haha

25 Jan 2010

5 comments
Posted in

Kerana tali leher

Pagi tadi ada seorang guru menegur cara aku memakai tali leher.. katanya ada cikgu lain yang bertanya padanya, "Arif tu tau pakai tie ke..?" "Lain macam je.." Huh, 3 tahun aku belajar di UUM.. setiap kali ke kuliah kena memakai tali leher..tak kan la aku masih tak reti pakai.. Lalu aku pun menerangkan perkara yang sebenar kepadanya..
"Begini, saya ni ikat guna cara yang paling mudah.. ni namanya ikatan 'prince albert'..

Yang selalu orang pakai ikatan cross knot.. macam ni kan.." (sambil aku tunjukkan ikatan cross knot..) "Haa betul la tu..", kata cikgu tu sambil mengangguk kepalanya.

Nampaknya ikatan tali leher aku ni dapat perhatian orang lain..mungkin mereka nampak macam tak kemas sebab kepalanya jadi serong sedikit.. tapi pada aku ikatan ni paling mudah..
Terlanjur kat sini aku nak tunjukkan jenis-jenis ikatan tali leher yang mungkin orang lain boleh tiru atau cuba..Penggunaannya tengok pada jenis tali leher dan kolar baju yang kita pakai..




Ini namanya SMALL KNOT. kemas ni..


Ini pula ikatan PRINCE ALBERT. Aku guna yang ni la tadi..


Ini HALF-WINDSOR


Ini pula ikatan FOUR IN HAND




Dan yang ini ialah CROSS KNOT