31 Oct 2009

6 comments
Posted in

Oh Johnny's.....

Malam semalam, sebelum azan maghrib tiba-tiba ayah ajak kami sekeluarga makan steamboat di Batu Pahat. Apa lagi, selepas solat maghrib, kami terus ke sana. Kali terakhir aku makan steamboat di Danga Bay. Di Batu Pahat ni ayah cakap kedainya bagus. Boleh tahan la.. Aku memandu mengikut arahan. Ke kiri, aku pusing ke kiri.. ke kanan, aku pusing ke kanan.. Sampai la di Johnny's. Kedatangan kami di sambut pekerja Bangladesh yang bertutur dalam bahasa Inggeris.

Setelah siap dihidang, kami pun makan dengna rakusnya.. hahaha.. tu pun tak dapat nak habiskan sampai licin. Takkan nak bungkus bawa balik pula..
Sebagai tujuan nak bagi adik beradik aku yang lain telan air liur, maka aku uploadkanlah gambar di Johnny's tu..Wakakaka
(takpe, lain kali leh gi ramai-ramai lagi.. abang azam atau angah leh belanja kan ? kan ? kan..?)


Ni la Set C tu.. aku main sebat je...



Upacara perasmian..

Muka-muka sebelum menjadi rakus
Model pencungkil gigi kedai Johnny's..hahahaHummm..bau dia...tak leh tahan...masyukk..

25 Oct 2009

No comments
Posted in

FREE KE MELAKA..hahahaha

Sabtu lalu pelajar Tahun 6 SK Ayer Hitam mengadakan lawatan ke Melaka. Aku diminta menggantikan guru yang tidak dapat menyertai lawatan itu. Dengan selamberock nye aku bersetuju untuk pergi setelah mengetahui segala perbelanjaan adalah percuma. hahaha.

Pagi Sabtu tu aku memecut laju ke SK Ayer Hitam. 10 minit dah sampai. Bas pun dah ada dan aku terus masuk ke bas untuk memastikan murid di bawah kawalan aku ada di dalam bas. Sekali kena duduk belakang daa..jaga budak-budak ni.. Aku dibekalkan walkie talkie untuk sebarang makluman atau kecemasan..(macam gaya sb).

Malas nak merepek panjang. Aku upload gambar yang ada dalam handset aku..( dalam kamera kat orang lain..tak sedut lagi)

Otai kena duduk belakang..jaga line..hahaha

Ni la alat perhubungan aku..kalau leh wat main sms kan bagus

Muzium Samudera.. Ada layar kan cantik..


Murid-murid naik kapal..jangan roboh dah la..

Alfonso de Alburquerqe dan harta karun dalam kapal ni..

Masjid Selat Melaka..cantik masjid ni.. kat sini kami berhenti makan..

Menara Taming Sari.. replika je ni. Pertama kali aku naik..

Di Muzium Istana Kesultanan Melayu.. ni di Balairung Seri

Diorama di Balairung Seri..

Kota A Famosa.. Aku kat atas.. cikgu lain kat bawah..penat katanya..

Ramai orang kat atas ni.. tapi takde pe pun..

Ni ape nak cakap ek..ada yang disemadikan di sini.. kubur ke ape ni..agaknye la

20 Oct 2009

2 comments
Posted in

Sejadah berdiri lagi!!!! Berdiri dengan rambu sendiri..(BERDIRARI) haha

Sebentar tadi aku menonton Buletin Utama. Aku tertarik untuk memperkatakan tentang berita sejadah berdiri di sebuah surau sekolah di Pasir Mas, Kelantan.. Ada 16 sejadah (kalau tak silap dengar la) dalam posisi bersolat (aku tgk tak macam pun). Siap ada 'imam' lagi. Ramai orang awam yang datang melihat. Ada yang bawa anak, ada yang bawa kamera, ada yang bawa mulut ke sana sini menokok cerita dari umpama 1 cd kepada 1 dvd. hahaha

Hai...orang Melayu masih suka perkara mistik ni.. Tak terfikirkah kalau susunan sejadah tu ada budak-budak sekolah yang buat.. Siap nak laporkan pada Buletin Utama lagi.. Hehehe.. Aku tengok dalam rakaman video tu, bukan la berdiri tinggi pun..macam disusun dan digumpal-gumpal je.. Bukankah boleh syirik percaya perkara karut-karut ni.. Jabatan agama yang dihubungi pun berpendapat mungkin ada individu yang sengaja membuat gempar..

Semasa dengar berita tu, aku sempat ambil sejadah dan buat gumpalan seperti dalam rakaman video tu.. huh, lagi tinggi aku leh buat.. hahaha.. Berubah la wahai Melayu..

Melayu memang takkan hilang di dunia, tapi adakah melayu akan mengubah dunia???!!!!




Apa lagi, panggil buletin utama la..hahaha
Nota: Gambar di atas dibuat oleh penulis sendiri.. takdenye sejadah tu nak berdiri sendiri.. tak pasal-pasal tv3 datang umah aku nanti..
fuyoo sejadah berdiri tepi aku..lagi tinggi dari video tadi tau..

19 Oct 2009

1 comment
Posted in

Ada bungkusan untuk aku..

Sampai di rumah selepas pulang dari kerja tadi, aku dikejutkan dengan bungkusan yang dipos khas untuk aku.. Wah...ada hadiah la..

Terima kasih kepada dayah yang menghadiahkan aku t-shirt, key chain dan pen. Ole-ole dari Bandung katanya.. Dia baru balik bercuti, ingat juga kat aku ye.. terima kasih.. ingatkan ole-ole tu ko nak bagi mee bandung ke, sirap bandung ke.. hahaha..

Lepas je ambil gambar, aku terus mesej Dayah.. terima kasih kat Ayu juga selaku orang di sebalik tabir dalam proses memastikan bungkusan ini ke rumah aku..hehehe. (kawan ko anta guna buraq ke?hehehe)

Ni la benda dalam kotak tu..

Mekaseh Dayah untuk ole-ole ko tu..!!!
No comments
Posted in

Cuti yang singkat tapi seronok

Cuti sempena Deepavali pada Jumaaat lalu dimeriahkan dengan kedatangan anak buah aku, Iman. Abang Azam dan keluarganya tiba petang Jumaat tu. Malam tu, kami sekeluarga melayan Iman je la.

Hari Sabtu pagi, seperti yang dirancang, kami sekeluarga menuju ke Wet World Pedas. Kononya di sini ada kolam air panas. Memang ada tapi tak la sebesar yang dijangka. Lagipun tak ramai orang mandi air panas ni.. sebab panas betul kot.. (barangkali ramai mandi malam sebab ada night spa). Aku berendam pun kejap je sebab aku rasa panas macam dah separuh masak.. Kami banyak berendam dalam air biasa je..

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke rumah angah di Shah Alam. Ini la perancangan utama. Aku selaku driver dah rasa kepenatan sebab penat berenang tadi. Sebelah malamnya kami sekeluarga makan sate kajang di branch kedai Hj. Samuri ni di PKNS. Makan banyak betul.. Selepas tu terus ke Mydin Subang.. Wah Iman berjalan sakan..yang bestnya baby ni tak banyak menangis..(memang suka berjalan agaknya..hahaha)

Pagi lagi kami dah bertolak ke rumah angah yang baru di Aman Perdana.. Saja pergi sebelum dia berpindah randah dari seksyen 24 ke kawasan baru ni.. Selesai makan tengahari di Seksyen 8 Shah Alam, kami pun bertolak menuju ke Yong Peng..

Dalam perjalanan ke Yong Peng, kami singgah di Nilai 3. Rasanya ini kali pertama aku ke sini. Banyak betul kedai jual karpet dan baju..Tapi tak beli apa-apa pun.. Window Shopping je..

Sekitar jam 6 petang, kami pun tiba dengan selamat di tol Yong Peng. Memang penat.. Semua tidur dalam kereta tadi, aku driver, mana leh tidur.Huhu..

Terima Kasih aku ucapkan kepada Nor Hidayah Mohd Ali kerana menjemput aku ke majlis rumah terbukanya pada Ahad lepas.. tapi aku tak berkesempatan datang atau pun berjumpa dengan beliau kerana kekangan masa. Terima kasih Dayah.

16 Oct 2009

No comments
Posted in ,

Kerja mulia di hari cuti

Hari ni Jumaat.. Cuti peristiwa sempena Deepavali ni tiada apa yang menarik untuk dibuat. Takkan aku nak bershopping plak.. Hahahaha.. Kat Mydin pun penuh ngan baju tradisi kaum India je..

Nak dikongsikan cerita, aku pun godeh la router DSL-2640T ni.. (orang Johor tau la 'godeh' tu ape..hehe) Semalam aku dah godeh tapi takleh nak setup jugak.. Ceritanya bermula begini, dulu router wireless ni adik aku nuar dah godeh.. Lepas dia setting password, terus takleh connect internet.. terpaksa la guna kabel semula..(1 user je leh guna..) Jadi dengan semangat waja di pagi cuti ni, aku pun mengadap internet cari penyelesaian router ni.. Huh, sekejap je dah setel.. Berjaya gak aku.. Semalam aku try takleh.. rupenye masa setup wizard tu ada mistake skit..

Bila dah leh connect internet, aku pun terfikir nak letak password.. ye la, bukan pasal kedekut ngan jiran-jiran dan orang taman..(router ni cover range sampai 100meter) tapi diorang nak share ke bayar bil..hehehe..lagipun nanti network jadi slow plak kalau dah ramai-ramai guna.. Aku pun dengan rasa sedikit kedekut di dalam hati telah setup password untuk penggunaan wireless ni..SSID aku tukar kepada 'atehwifi'.

Selamat menggunakan kemudahan ini wahai adik beradikku.. Selepas ini kita tidak akan berebut menggunakan internet lagi..hahahaha

15 Oct 2009

No comments
Posted in

Semangat marhaban diteruskan..

Marhaban diteruskan untuk hari terakhir.. hari kedua aku tak sempat nak publish sebab bekalan eletrik di taman aku diputuskan dengan sengaja oleh TNB..(ganti kabel dari 9am hingga 6pm). Hari ni rumah yang ingin dikunjung tidak banyak..tetapi jauh-jauh..
Malas nak ulas banyak, aku upload gambar-gambar je..layankan...





Aku bergambar bersama PPM (Pn Lily) dan anak murid

PPM (Pn. Lily dan Pn. Lin) bersama anak murid

Marhaban di rumah Afiq

Marhaban di rumah Aiman..Macam real je budak ni marhaban..

Haikal..dia ni autisme. Mood nya berubah-ubah..

Jo ni, orang marhaban dia bersilat kawin plak

video

Syafik ni menyanyi pula dalam kereta aku

video

13 Oct 2009

2 comments
Posted in

Meraban di marhaban

Macam-macam warna baju ada.. ni beratur nak agihkan masuk kereta

Berjalan suka..suruh belajar buat muka seposen je..

Hari ini (13 Oktober 2009) kelas Pendidikan Khas SK Ayer Hitam mengadakan program marhaban di rumah murid-murid khas ini.. Program berjalan dari 13hb hingga 15hb Oktober..Enam kereta (kalau tak silap aku la) membawa seramai 24 orang murid.. Wah masing-masing berbaju raya.. Jam 8.00 pagi kami semua dah bergerak ke rumah pertama di jalan ke Kluang..aku tak tau pun rumah anak murid ni..jadi aku follow je kereta cikgu yang lain..

Dalam kereta aku pesan kat budak-budak ni, kalau nak terkencing atau terberak bagitau cikgu cepat..pesanan awal aku buat sebab budak-budak ni ada kes yang kurang daya tahan kencing..cakap nak kencing tapi dah terkencing rupanya!!..hampeh.. Alhamdulillah hari ni takde kejadian tak diingini berlaku..huhu..

Macam-macam perangai budak-budak ni..kadang-kadang gelihati, kadang-kadang panas hati..hahaha..nasib anak orang..jaga la leklok..kesabaran yang tinggi diperlukan..hehehe. Ada anak murid aku yang sindrom ni, langsung tak nak berdiri..lembikkan badan je..sampai rumah orang dia akan baring meniarap.. dah macam sujud sahwi pun ada aku tengok, macam berenang pun ada..lantak ko la..janji ko tak mengamuk..rumah akhir baru budak ni nak makan..sengih je time makan..ingat hensem la tu..

Ni la budaknya..Syafik Sikon..manje dia ni..kat umah panggil adik..maunye tak manja..

Makanan rumah budak-budak ni sedap betul..ada soto la, ada nasi beryani la.. aku rasa la juga semua makanan.. sampai di sekolah jam 12 lebih.. lega dah sampai sekolah.. tapi penat pula rasanya memandu dari pagi.. Esok ada lagi..



11 Oct 2009

No comments
Posted in

Program lagi...

Minggu lalu aku dipenuhi dengan program-program sekolah..(biasa la dah jadi cikgu..kalau jadi angkasawan, lain plak aktivitinya..)

Jumaat sambutan hari raya peringkat sekolah..Sabtu pula aku dikehendaki hadir untuk Majlis Perasmian Penutup Karnival Sukan Rakyat untuk Kelas Integrasi Pendidikan Khas seluruh Batu Pahat di SK Pintas Raya.

Jam 8.05am aku di Parit Raja..Hujan selebat lebatnya..tak nampak jalan..aku memandu perlahan kerana bimbang terlepas sekolah pula nanti.. Sampai di tepi sekolah, aku parking di tepi jalan besar..tunggu di dalam kereta sehingga hujan teduh..

Hujan agak renyai-renyai aku pun turun dari kereta..alamak..cikgu-cikgu yang lain memakai baju formal..aku pula dengan tshirt berkolar dan seluar khakis (warna krim)..hahaha aku dengan selamber bersalaman dengan guru-guru dari sekolah lain..(wat muka tak paham je..hahaha)..
Ramai PPM datang..(aku perasan PPM ni sebab mereka memakai pakaian korporat PPM..tu yang nampak macam PPM je yang ramai)

Majlis agak terganggu kerana hujan lebat yang turun sekali lagi. Mungkin kurang keberkatan sebab majls pembukaan akan ada dua persembahan kuda kepang..(kan majlis fatwa dah putuskan HARAM..) wah aku memandai plak nak cakap kurang keberkatan..Akhirnya datan juga ADUN Senggarang ni..YB Jaafar Bin Hashim..majlis bermula sekitar jam 9.45am..

Majlis penyampaian hadiah, ucapan dan persembahan pemenang akhirnya selesai sekitar jam 12 lebih.. aku dah lapar sangat ni terus ke kantin untuk jamuan..leh la tahan sedap..

Lepas tu aku ke rumah PPM pula, Pn. Norfadelina. Beliau mengadakan rumah terbuka..apa lagi..aku makan la lagi dengan rakus..ada ikan bakar, ayam goreng, air jagung..macam-macam lagi..

Selesai bersantap, aku ke jemputan kahwin di rumah kenalan aku pula..Rumahnya betul-betul depan SK Parit Raja..Tahniah kepada kakaknya Hidayah yang mendirikan mahligai bahagia dengan Meor..(nama betulnya aku tak ingatla...)pasangan mempelai ni sebenarnya senior aku di SMKA Segamat dulu.. tahniah, semoga hubungan kalian berkekalan..

Sampai di rumah Yong Peng, mak uteh dan pak uteh (sebelah ayah) sudah tiba dari KL..

9 Oct 2009

3 comments
Posted in

Coretan Sambutan Hari Raya Sekolah

Hari ni SK Ayer Hitam mengadakan Sambutan Hari Raya.. Aku pun datang berbaju melayu lengkap bersongkok. Aku diarahkan bertugas di bahagian kawalan murid.. Giler ramai murid sebab campur dua sesi pagi dan petang.. Maka hari ini aku bertemulah dengan guru-guru sesi pagi dan petang.. nama tak tau pun...tgk muka je.

Kemeriahan hari raya masih dirasa.. Tapi kesian aku tengok budak-budak ni berhimpit di dalam dewan.. mana taknye...dua sesi sekali...bau tak payah nak cerita la.. aku tak tahan nak duduk dalam dewan tu..masam...masing-masing ada bau tersendiri..hahaha

Time makan boleh tahan la...tapi aku kecewa...aku lalu pagi tadi kat kantin, ada sate..banyak.... fuh layan sate la nanti..tapi aku lalu lagi sekali, banyak lidi sate...!!hampeh..secucuk pun aku tak dapat rasa.. Lalu aku membawa diri makan juadah lain kat bilik pendidikan khas..(tak jauh dari kantin)..sambil makan borak-borak la dengan cikgu-cikgu yang ada. Ruginya aku amik sikit.. Sedap la pulak!!!!!

Lagi rugi sebab aku tak amik gambar pun hari ni..apsal la sengal sangat aku ni..
so bayangkan je la suasana hari raya di sekolah yek...huahuahua..

Esok aku kena hadiri penutup sukan rakyat di SK Pintas Raya..malasnyee nak gi...

6 Oct 2009

No comments
Posted in

Minggu pelbagai karnival...

Huh dah lama tak update...
Yang paling best untuk dikongsikan, Karnival Permainan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor 2009.. Aku turut serta dalam persiapan dan pelaksanaan pertandingan futsal di Raja Futsal di Parit Raja. Bermula pada 05 Oktober dan majlis penutup pada 06 Oktober..

Aku ditugaskan menjadi penjaga masa. Bukan penjaga gol tau..huahuahua..Bosannya sebab tak dapat bergerak ke mana-mana.. duduk je di tepi gelanggang.. sesekali terhibur juga tengok aksi pelajar pendidikan khas ni..

Duduk sambil makan, minum, tengok jam randik..kadang-kadang naik kebas punggung aku sebab duduk je..huhu..hari pertama sehingga jam 7pm..mau tak penat sebab nak drive balik Yong Peng semula..aku batalkan hasrat untuk dua majlis malam tu..Dinner untuk Pegawai-Pegawai karnival ni dan marhaban di rumah guru-guru Kelas Integrasi Pendidikan Khas SK Ayer Hitam.. Demi keadilan, aku tak datang kedua-dua majlis ni..hehehe..

Rabu ni, 07 Oktober 2009 ada Karnival Sukan Rakyat pula..(banyak betul karnival..penat..aku jadi karnivor baru tau..hoho) tapi besar kemungkinan aku akan berada di sekolah je sebab cikgu lain pula la yang pergi.. dalam minggu ni akan ada karnival Boling, Bola Jaring dan Renang.. Gasak la karnival...