23 Sep 2011

No comments
Posted in

Kisah di akhir-akhir bulan September


21 September 2011 - Batu Pahat Mall. Aku sibuk dengan program Citrawarna Batu Pahat. Petang tu aku memecut ke Melaka semata-mata nak ambil transkrip KDC aku di IPPM Melaka. Drive dekat 2 jam,ambil transkrip tak sampai seminit pun.Hampeh..Tapi Alhamdulillah..dapat Cemerlang dengan pointer 3.73 (aku tak berapa ingat pointer aku skrg ni..malas nak check transkrip..hehe) aku tak berapa puas hati dengan result subjek kemahiran hidup.. mesti kawan-kawan aku pun tak puas hati. Sebab kami je tau isu subjek ni..eeiii.....lantak la..


22 September 2011 - Batu Pahat Mall. Aku jadi hos untuk Pertandingan Pakaian Tradisional Pendidikan Khas 2011 untuk Program Citrawarna..Aku bergandingan dengan Hernisham. Peserta ada 25 orang. Memang macam-macam ragam. Kelakar. Tapi aku dengan Sham main tabur je la..Cakap je ape yang patut..hehehe. Petang tu aku ke sekolah untuk buat panggilan ke Jabatan Pelajaran Johor. Semata-mata nak tahu ke mana surat penempatan aku. Dah seminggu member dapat, tapi aku tak dapat lagi. Sah, aku dh tanya Jabatan, dia cakap nama penempatan aku di SK LKTP Ayer Hitam, Kluang...Ah sudah.. akhirnya kerani tu cakap ada kesilapan,jd aku kena tunggu lagi seminggu untuk dia pos lagi surat yang betul..

9 Sep 2011

No comments
Posted in ,

MISTIK 2 (berdasarkan kisah benar)

07/09/2011

SAMBUNGAN DARI MISTIK 1 (KLIK UNTUK BACA)


 
Keesokan harinya, rutin kami berjalan seperti biasa. Keluar masuk kelas. Tapi rutin kami kali ini berubah sedikit. Sedang aku, HS dan AS sedang mengemas projek pondok ilmu yang kami bina, tiba-tiba kak EJ memanggil kami. Suruh segera masuk ke ruang guru.

Kami berlari untuk segera sampai. Tiba di muka pintu, aku dapati Kak SM duduk di kerusi dengan keadaan meronta-ronta. Tangannya dipegang oleh Hajah FA dan Kak RN.

7 Sep 2011

No comments
Posted in ,

MISTIK 1(berdasarkan kisah benar)



06/09/2011

Aku sedang duduk-duduk di ruang guru. Hanya menanti sesi persekolahan pagi ini tamat. Tiba-tiba namaku dijerit oleh rakanku HS.

"Arif,sini cepat!! Cikgu SM mengamuk..!!"

Aku segera berlari ke kelas di mana cikgu SM berada. Cikgu AS pun turut serta. Sampai di sana ada guru perempuan yang sedang memegang tangan kak SM. Mereka minta bantuan kami. Tangan Cikgu EJ hampir digigit oleh Kak SM. Aku dan AS cepat memegang tangan Kak SM. Aku pegang tangan kanan, AS pegang tangan kiri. Cikgu perempuan yang lain memegang kaki Kak SM sambil ada yang menyapu air ke muka Kak SM (air yang telah dibacakan ayat suci AL-Quran.) Kak SM dalam keadaan berbaring.

Kak SM mengerang sakit.
"Aku lemah..lepaskan aku..aku tak nak ikut engkau.."
Suara Kak SM serak-serak. Aku tak dapat beza yang mana patah kata dari dia, yang mana dari 'benda' dalam badan dia tu.

HS segera laungkan azan. Kak SM semakin kelihatan lemah. Dia pejamkan mata. Aku tau dirinya tengah berlawan dengan 'benda' dalam dirinya tu. Kak SM yang aku kenal memang baik dan kuat amalannya. Dia rajin membaca Al-Quran dan rajin mengikuti perkara berkaitan agama Islam ni.

Setelah Kak SM tersedar, dia mengucap astarghfirullah. Dia tanya apa jadi padanya. Cikgu perempuan menceritakan apa yang berlaku. Kami guru lelaki bergerak ke ruang guru. Buat seperti biasa. Kami dah tak terkejut kerana ini bukan kejadian kali pertama. HS pun mohon diri ke dewan. Nak kemas dewan katanya. Malam ni ada solat hajat di sekolah.

Selang beberapa minit, kak EJ memanggil kami lagi. Jadi lagi katanya. Kami segera ke tempat Kak SM.
AS dan cikgu perempuan memegang Kak SM. Aku duduk berlutut ditepi kepala Kak SM dan melaungkan azan. Seperti tadi, Kak SM kembali tenang tapi keletihan. Sakit-sakit badan katanya.

BERSAMBUNG... MISTIK 2
Nantikan kisah kejadian seterusnya yang lebih dasyat dan aku sempat rakamkan kejadian tu. Juga kisah bagaimana semua ini boleh terjadi..