22 Oct 2012

4 comments

Babak seram di Hospital Tangkak




 20 Oktober 2012

Plot 1

"Anak awak kena tahan wad.", doktor jelaskan pada aku dan isteri. "Berapa lama doktor?", aku tanya walaupun dah tau jawapannya. "Sampai dia ok la..", jawab doktor berbangsa Cina itu.
Bacaan kuning anak aku yang terkini ialah 24.5..pagi tadi 17. Risau jugak aku pasal jaundis. Yelah, sebagai guru pendidikan khas, hasil pembacaan dan maklumat yang aku dapat, aku tahu risiko kalau bayi dibiarkan jaundis. Lega sebab Hospital Tangkak ni mengizinkan anak dan ibu tidur dalam wad yang sama. Jadi takdelah isu ibu sedih nak tinggalkan anak.

Aku, isteri dan anak menaiki ambulan ke wad kanak-kanak. Padahal wad kanak-kanak tu belakang blok je dari tempat doktor tadi. Tapi disebabkan isteri aku baru 4 hari dalam pantang, tak berapa kuat nak berjalan, lalu disorong dengan wheelchair, dan naik ambulan. Wad kanak-kanak atas bukit, sape nak sorong dia. Aku dah pegang baby.

Sampai di wad yang dikelilingi pohon besar dan berdaun rimbun, aku pun masuk ke wad itu bersama isteri dan anak.  Ada dua pesakit je?? Satu dalam bilik isolation. Kena cirit birit. Tandasnya aku lihat jauh dihujung wad. Aku teman isteri sampai 7 malam. Lepas tu, aku pulang ke Yong Peng. "Esok ayah datang lagi ye", kata aku pada isteri dan anak. Maka bermalamlah isteri aku di wad itu.



Plot 2

Aku tiba awal di hospital ini. Semangat nak teman orang tersayang. Bual punya bual, isteri aku cerita, malam tadi dia dengar nurse bual-bual pasal cerita seram. Katanya di tandas wad ni, ada nurse terdengar bunyi air paip terpasang sendiri walaupun tiada orang. Aku bila dengar cerita tu, rasa seram plak bila ke tandas di wad ni. Berada dihujung wad, memang sunyi sepi.

Petang tu hujan lebat. Aku belum solat asar lagi. Zohor aku dah solat di Taman Tangkak Jaya. Tapi nak keluar untuk solat asar ni hujan lebat pula. Tunggu teduh, dah hampir pukul 5.30 pun tak teduh lagi. Aku nak jamak tak boleh pula. Yong Peng ke Tangkak cumalah 75km je ikut highway PLUS. Aku pun bangun tanya nurse tempat solat. " Bilik solat kat sini untuk perempuan aje encik." Ala, aku dah merayu pun dia tak bagi. Katanya, tempat solat lelaki dekat wad 2, Wad Lelaki.. Aku pun segera ke sana. Hujan masih turun tapi sudah renyai-renyai. Cuaca memang gelap la. Jam menunjukkan 5.45petang..

Sampai di wad 2, aku minta nurse di situ tunjukkan tempat solat. "Di belakang blok ni encik. Ada surau." Alamak, tak bagi aku guna bilik solat kat sini la tu.. Aku pun berjalan lagi untuk ke surau. Mata aku meliar cari papan tanda 'SURAU'. Aku dah jumpa. Tapi..ada yang tak senang. SURAU, BILIK PENSTERILAN, RUMAH MAYAT.. penunjuk arah yang akhir tu buat aku tak sedap hati. "RUMAH MAYAT".

Aku fikir banyak kali, nak ke surau ke, nak keluar je drive dan solat di surau yang aku pegi semalam. Tapi hujan agak lebat sedikit dari tadi. Ah, pergi je la. Aku nak solat, ape nak takut. Kata hati aku menenangkan perasaan.huhu.. Makin aku berjalan nak ke surau, makin lengang dan sunyi. Memang takde orang langsung. Sebab persekitaran di situ blok yang entah apa-apa. Macam ofis, tapi dah 5.50, memang la dah takde orang.

Aku tiba di surau, takde orang. Pintu surau tertutup. Ya Allah, surau ni dekat betul dengan Bilik Mayat!!.. Ada la dihadang dengan pagar je. Aku tak tau kenapa aku rasa seram. Dah la hujan, takde orang, sebelah bilik mayat pula tu. huhu.. Aku pun solat keseorangan. Tapi hati memang tak berapa khusyuk. Ada je terfikir kalau ada yang tepuk dari belakang, ada yang aminkan dengan kuat la, ada yang ketawa la..Macam-macam aku fikir. Ape la orang lemah iman ni ek..

Plot 3

Selesai solat, aku pun segera keluar menuju ke Wad Kanak-kanak. Hujan masih turun. Aku tak jumpa isteri sebaliknya terus ke tandas di wad itu. Aku cuci tangan bersih-bersih dan tiba-tiba ada rasa nak terkencing. Boleh pula masa ni la aku teringat cerita isteri aku  pagi tadi. Adoyai...aku dah tak tahan, aku pun masuk je tandas. Sambil buang air kecil tu, mata aku melilau tengok atas. Macam penakutkan?? tapi memang ada takut skit la..Kalau boleh nak minta nurse teman je.Hahaha.. Masa nak keluar tandas, aku buka pintu perlahan-lahan. ASTAGHFIRULLAH....!!! Aku istighfar dalam hati. Aku terkejut sebab masa buka pintu perlahan-lahan, aku nampak macam ada kain putih bungkus dekat dinding depan pintu.!!

Pocong ke? boleh plak kepala aku fikir ke situ. Aku buka lagi pintu dan tengok memang ada benda tu macam terbaring depan dinding menghadap pintu tandas.
KURANGAJJAAARR!!! Aku menjerit kecil sambil buka pintu tandas tu. Aku melangkah keluar tandas dengan berani. Hujan semakin lebat masa itu.

Aku berdiri menghadap 'benda' tu, sambil berkata, " Cis, macamana aku boleh takut plak". Aku ketawa kerana bungkusan kain putih tu hanyalah gumpalan kain cadar pesakit. Tapi boleh tahan siot jugak aunty cleaner ni, boleh plak dia ikat gumpalan kain cadar tu ala-ala macam pocong. Nak je aku kapankan aunty tu. Aku tak perasan kain tu masa aku masuk tandas tadi.

Keluar dari tandas, aku cerita pada isteri aku, dia ketawa sampai dia cakap , "Dah la, orang sakit bawah la bila ketawa". Lagi la aku ketawa. Hahahahaa...sekian...








19 Oct 2012

3 comments

Aku Jadi AYAH!!!! chapter 2

 Kita merancang. Allah sebaik-baik perancang.
Tapi Allah kata, jangan segan-segan nak mohon berdoa padaNya..


Ayah tengok lesung pipit baby dekat sebelah kanan..

Rabu, 17 Oktober 2012, 1 Zulhijjah 1433- Memang berdebar.. Macam-macam aku fikir.. tapi aku pura-pura tenang. Saja nak bagi isteri tenang.. hehe.Oleh sebab aku dapat rasakan yang aku akan sibuk tak makan pada hari ini menunggu isteri bersalin, maka aku isytiharkan aku PUASA pada hari ini. Semangat kebapaan dah datang..

Sambung sikit yang tadi..

SEDIA KE DEWAN BERSALIN..GO GO GO

    Pukul 1 pagi aku dah bangun, aku basuh baju dan tengok tv. Pkul 2.40 pagi aku drive ke HPSF. Orang tak ada lagi, maka aku dapat parking best dekat dengan blok Cengal. Aku pun sambung tidur dalam kereta. Tiba-tiba dalam jam 3.40 pagi, bini aku cal, cakap air ketuban dah pecah dalam wad. Aku segera naik ke Dewan Bersalin, tapi bini aku tak diarahkan ke sini lagi. aku pun berlari ke wad. Tengok katil dia, mak aiii...penuh air dan darah..Lantai pun sama.. Dah makcik cleaner kena bersihkan pagi-pagi...dapat pahala tau mak cik..hehe. Aku sorong bini aku dengan wheelchair ke Dewan Bersalin.

    Sampai di Dewan Bersalin, aku tak dibenarkan tengok bini aku diperiksa oleh doktor. Aku tunggu di luar. Jam menunjukkan 4 pagi.. Bila la nak bersalin ni..otak aku asyik melaungkan benda yang sama. Tapi mesti lambat sebab anak first.. aku berfikir seperti doktor pakar lagi.hehe.

DALAM BILIK 6..


Tag yang aku dapat untuk masuk

    Dalam jam 5 pagi, nurse panggil aku masuk bilik 6. Nurse bagi tag 'bilik 6' dan terangkan aku syarat-syarat ringkas. Aku diminta sign surat untuk masuk bilik bersalin. Sampai di bilik 6, aku tengok bini aku siap leh senyum-senyum lagi.. ek eleh... aku pun bergurau senda dengan dia untuk hilangkan gemuruh dia. Nurse yang lalu lalang perasan dan cakap,"Ooo ni tak sakit lagi ni..Boleh ketawa lagi ni..Nanti dah sakit, apa kat keliling pun tak perasan.." Alamak nurse ni, aku nak hilangkan rasa takut, dia cakap jujur plak dekat bini aku..phuuiihh.. dalam jam 6.15 pagi aku cakap dengan isteri nak pergi solat subuh dulu. Mungkin inilah waktu subuh yang penuh pengisian aku lakukan.. Aku berdoa sesungguh-sungguhnya. Minta semuanya dipermudahkan. Aku yakin Allah pasti membantu.. Selesai solat, aku ke Dewan Bersalin semula.



Situasi Bilik Bersalin Bilik 6

SUARA HATI BAKAL AYAH..

   Wahai anakku, dewasa kelak, bacalah kisah ini dan sematkan di hatimu akan pengorbanan umi dan ayah..
Nurse masuk bilik 6 dan lihat perkembangan umi.. Nurse cakap baru 4 cm. Aduiii...ayah dah tunggu lama.. dari pukul 4 sampai pukul 8pagi baru buka 4cm?? ayah dah macam mengantuk sangat ni Nak.. Tapi ayah lagi kesian tengok umi, dia dah rasa sakit dah waktu ni. Rupenye nurse ada letak ubat biar dia rasa sakit.

   Ayah tak sanggup tengok umi menahan kesakitan. Sekali datang sakit dia, umi mengerang sehingga ayah pun tak terjangka sakitnya macamana Nak... Ayah cuma boleh cakap sabar, tenang.. "Ini kemuncaknya..awak dah jaga baby kita selama 9 bulan lebih, ini la masanya awak nak tengok anak kita." Cara cakap dah kalah dah pakar-pakar motivasi. haha.. Macam-macam lagi ayah bagi semangat pada umi. "Awak kuat", "awak mampu", "banyaknya pahala awak", "Awak mampu sebab tu Allah bagi awak rasa sakit ni sebab ramai lagi perempuan yang tak dapat rasa nikmat sakit ni.." Fuuhh kalau ayah bukukan nasihat-nasihat tu, pasti laris jualannya Nak.. berjenaka pula ayah ni..huhu..

JANGGUT DITARIK, AMUKAN YANG MENYEDIHKAN

   Seterusnya doktor check lagi.. dah 6cm katanya.. Umi dah meraung sakit. Habis janggut ayah ditarik, telinga ayah di ramas,umi dah tak tentu arah. Doktor tambah lagi ubat tu. Ayah hanya terdiam bila umi mendengus kesakitan. Ya Allah, selamatkanlah isteri dan zuriatku, itulah doa ayah masa tu.. Ayah ajak umi berzikir, tarik nafas, hembus.. sebab nurse suruh kawal nafas supaya baby dapat oxygen.. Ayah minta umi redha dulu dengan kesakitan ni.. Allah yang beri sakit, Dia berkuasa nak kurangkan kesakitan tu. Ayah pesan pada umi, sakit ni memang mesti dirasai. Baru emak ada nilai kasih sayang pada anak..

MASA DITUNGGU HAMPIR TIBA

   Jam 9.40 pagi ayah tengok umi dah tak tahan sangat, ayah panggil nurse.. "Nurse, bini saya dah tak tahan sangat ni." Nurse pun datang untuk buat pemeriksaan. Ayah diminta keluar sebentar.. 9.50pagi ayah disuruh masuk semula untuk bersama isteri. Ayah dah berdebar menyaksikan kelahiran kau Nak.. Nurse mintak ayah pangku kepala umi, ayah buat seperti yang disuruh. Umi meneran sepenuh tenaga. Ayah tak sanggup melihat umi seperti itu. Sebak hati ayah.. Ayah cuba bagi kata-kata semangat. Nurse juga beri panduan. tapi ayah tahu, umi dah terlalu letih. Malam tak dapat tidur lena sebab ada pesakit yang baru melahirkan anak dan anaknya menangis sepanjang malam, kemudian umi terjaga dari pukul 3.20 pagi hingga 9.15pagi dengan menahan sakitnya lagi..Memang takde tenaga..

   Ayah beri umi semangat. Umi seperti dah kehabisan tenaga. Ayah goyang-goyangkan muka umi. Jam dah 10.00 pagi, nurse dah mula tinggi suara sebab umi ambil masa terlalu lama. Bimbang degupan jantung baby semakin lemah, nurse bantu umi untuk keluarkan bayi. Ayah dah nampak kepala baby, ayah pun cakap pada umi, "syg, dah nampak kepala baby sayang..Sikit je lagi..come on syg!!". Akhirnya, berhempas pulas, jam 10.15 pagi umi berjaya dan nurse tunjukkan baby lelaki. YEARGHHH aku jadi Ayah!!!

   Ayah tengok umi lesu, tapi lebih mendebarkan baby tak menangis masa nurse pegang. Nurse berlari bawa baby keluar dari bilik bersalin. Ayah cakap pada umi, "Baby kita selamat, terima kasih sayang.." Ayah cium dahi umi, dan nurse minta ayah keluar untuk bagi ruang pada nurse bersihkan umi.

JARI MENGGELETAR..

   Ayah tunggu di luar. Tak tau apa jadi pada baby, apa jadi pada umi. Ayah ke hulu ke hilir sambil menghubungi ahli keluarga yang lain. Ayah risau jadi ap-apa yang tak diingini. Tapi ayah cuba redha dan bersyukur dengan apa yang Allah dah aturkan ini.. Ayah ke surau dan buat sujud dhuha serta sujud syukur. Ayah berdoa sehingga tak perasan air mata mengalir..(ciss, masa menaip ni pun nk mengalir lagi..ahh,tak nampak screen plak..lap dulu)

    Ayah naik ke bilik bersalin dan duduk. Mata tengok tv tapi tak tau apa yang ayah tengok. Fikiran ayah jauh entah ke mana.. Ada sahabat bagi surat khabar suruh tenang, tapi jari ayah menggeletar dan hanya selak-selak surat khabar je.Tak baca satu pun. Tiba-tiba nurse panggil. "Mana suami Noor Awalin". Ayah segera jawab "Ye saya nurse".. "Encik boleh tengok anak encik dekat nursery belakang ni.".."Isteri saya mana nurse?" "Belum siap lagi encik". Soal jawab ayah dan nurse.

   Ayah berlari ke bilik yang nurse suruh.. Ah sudah, ni tempat baby yang ada problem ni.. Ayah makin risau.
Mak guard minta ayah tulis nama untuk daftar masuk.. Ayah bingung masa di dalam, nurse tunjukkan jalan mana nak pergi. Ayah tanya mana bayi saya? Nurse minta nama ibunya. Ayah pun dapat tengok kau Nak.. Sayu hati ayah tengok nurse tengah bedungkan baby dan nurse mintak pampers serta baju. Sebelum pegang, nurse minta ayah berwudhuk dan cuci tangan dahulu. Ayah minta izin berwudhuk di bilik solat wanita di situ.(takde staf lelaki kat nursery ni)..Nurse ajar ayah cara angkat baby sebab ayah cakap ayah takut nak angkat.Tak pandai. Ayah pun azan dan iqamatkan di situ, baby tengok ayah, sambil merengek kecil. ayah baca surah-surah lazim, 3 qul, alqadr, ayatul kursi.. ayah tahnikkan baby dengan madu. Baby jilat dan seolah-olah senyum. Ayah nak menangis tp cover nsem..huhuhu...

SEMAKIN BERDEBAR

  Ayah tanya nurse,anak saya ni ada masalah apa? nurse cakap kita takut kuman sebab baby baru lahir mudah kena kuman. Bila ibu dapat jumpa baby? Nurse cakap tak tau, tengok doktor ckp apa nanti.. Ayah makin resah. Kemudian ayah segera ke Bilik Bersalin nak cari umi. tapi nurse cakap dah disorong ke Wad. Ayah pun berlari ke wad. 1 lif rosak, ayah pun guna tangga.

  Ayah sampai Wad dan lihat darah Umi di lantai..Umi cakap pad tak letak betul. Umi dalam toilet. Ayah siapkan umi dan ayah basuh balance darah dekat pad tu, bungkus dan buang. Darah ni..iblis, jin suka, kena basuh betul-betul..

   Ayah explain pada umi tentang baby. Umi nak pergi tengok tapi umi tak bleh jalan lagi. letih. Sebab nak jln dlm bilik nursery tu, tak boleh guna wheelchair. Ayah cakap tunggu petang nanti ayah bawa umi. Yang penting umi kena kuat!.

TIDUR DI KERUSI MENUNGGU

Ayah tunggu sampai petang di hospital. Tersengguk ayah tidur. Ayah dah tak peduli apa orang cakap, yang penting ayah nak tidur. Umi pun ayah suruh tidur. Ayah tidur di kerusi tepi laluan orang sambil peluk bakul berisi pampers dan baju baby. Dapat tidur 30 minit dah cukup bermakna.

   Petang tu ayah bawa umi tengok baby. Umi sedih tapi ayah cakap takde ape2. Jangan risau. baby kena tahan sebab macam lemas sikit. Baby diletak di dalam warmer untuk bagi biasakan dengan suhu luar. Ayah ckp pada umi, Allah nak suruh awak rehat 1 malam. Biar nurse jaga baby dulu..Yang penting redha dengan ujian.. Doktor cakap baby okey. Cuma kena jaga kuning je. Ayah lega. Tapi belum boleh bawa pegi wad. Baby kena tinggal nursery utk pemantauan 24 jam.

Esok pagi, ayah datang pukul 10 nak bawa umi tengok baby, tiba-tiba nurse datang bawa baby. Umi paling gembira sekali, ayah ambik gambar je la dan bagitau pada ahli keluarga..hehe.. Umi terus susukan baby. Alhamdullillah, susu ada dan baby kenyang..sebab ayh cakap dengan baby, kalau baby tak nak isap susu umi, ayah yang abiskan nanti...terus dia isap..hahahaha...

Tengahari tu, lepas makan, umi boleh keluar wad. atuk dan nenek jementah datang. atuk yong peng datang sorang sebab tok mak keje kat sekolah..Kami terus ke Jementah...

ALHAMDULILLAH.. dan TERIMA KASIH PADA STAF HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH MUAR. LAYANAN SANGAT BAIK DAN PROFESIONAL..SAYA NAK DATANG LAGI UNTUK ANAK KEDUA NANTI..hehehe


2 comments

Aku Jadi AYAH!!!!!!! Chapter 1

Suatu perasaan yang sukar digambarkan..
Kadang-kadang seperti tak percaya.
Nak menjerit gembira ada, nak menangis ada, nak ketawa ada, nk tidur pun ada..

Tapi itulah dia kuasa Allah.. Dia yang mengatur takdir kita..

Inilah permata hati aku dan Awalin

Kisahnya bermula begini...

MEMECUT KE SEKOLAH. PERKHEMAHAN DITINGGALKAN.

Selasa, 15 Oktober 2012 - Aku dah memecut laju dari Pt Unas Darat, Muar hendak ke sekolah di Ayer Hitam,Batu Pahat. Vios yang aku bawa jadi raja di Jalan Sri Tanjung menuju ke Bukit Mor. Jalan lengang, jam menunjukkan 5.50 pagi. Mesti sampai Ayer Hitam sebelum 7.15pagi. Kamera Canon aku dah siap dicas, baju pengakap dah tergantung di belakang. Hari ini ada Perkhemahan Pendidikan Khas SK Ayer Hitam di pantai Minyak Beku, Batu Pahat. Memang aku sengaja tak nak pakai baju pengakap dulu sebab nanti nak isi minyak kereta di Parit Sulong. Hari Selasa pebenda pakai baju pengakap, takut jadi persoalan pada orang yang melihat aku pakai baju unit beruniform. Hari KOKO hari Rabu la..hehe

   Tapi baru nak masuk persimpangan jalan Parit Jawa ke jalan Bukit Mor, aku dapat panggilan telefon. Dalam hati ini kuat mengatakan, "ni mesti bini aku" sebab dia memang dah tunggu hari bersalin. Dah 9 bulan 6 hari rasanya. CONFIRM bini aku yang cal. Dia cakap ada keluar darah masa di toilet. Aku segera suruh dia call nurse Klinik Desa Parit Bakar. Aku pun apa lagi, buat u-turn patah balik ke rumah. Nasib tak u-turn mcm drifter selalu buat..Sayang keta beb..haha..

   Sampai di rumah sewa aku ni, aku segera suruh dia bersiap. Nak bawak dia pegi hospital. Sama keputusan yang aku buat dengan apa yang nurse beritahu dalam telefon tadi. Tapi bini aku cakap tak sakit. Takpe, aku cakap pasal dah keluar darah.. (cakap dengan gaya meyakinkan macam doktor pakar). Angkut barang-barnag masuk kereta. Dah ready dah semua..smart thinking..keh3x...

MEMECUT UNTUK SAMPAI KE HOSPITAL PULA
    Jam 6.10 pagi, sampai di hospital, aku dah tau mana nak pergi. Sebab baru semalam aku ambil cuti rehat khas untuk hadir Kelas Rakan Suami di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) ni.. Kursus ni bagi lesen untuk aku berada di samping isteri semasa di bilik bersalin nanti. Hasil pemeriksaan doktor, bini aku punya dah buka 2cm.. Apa yang buka tu? sape dah mumayiz dan dah kawin, pasti mudah faham.. Lalu bini aku ditahan di Blok Cengal, Tingkat 2, Wad 13, Bilik 3, Katil 2.. Tapi memang muka bini aku selamber.. Tak sakit katanya,,cuma ada nampak riak wajah ketakutan sikit la..

    Bini masuk wad, aku belikan sarapan, lepas tu kena halau dengan nurse. Datang lagi masa melawat ye encik...kata nurse tu.. ok, 12.30 nanti aku datang lagi.

ISTERI MASIH BELUM SAKIT

    Semua ahli keluarga dah tau dah.. Ada yang dh post kt FB pun ha... Waktu melawat tengahari tu aku je yang menjenguk dia..Tapi bini aku masih tak sakit dan makan dengan lahapnya semua lauk pauk yang hospital bagi.. Aku?? makan pau daging je la.. Mak ayah aku sampai,tapi tak sempat masuk sebab dah lepas waktu melawat. Jadi mereka dan mak ayah mertua melawat pada sebelah petang la. Aku bawa mak ayah aku ke istana aku di Parit Unas Darat. Kasihan dengan keadaan yang tak selesa, mak ayah aku berehat sambil makan nugget yang aku goreng.. Tu je yang ada, nak masak lauk tak sempat pulak.. (+ tak reti sangat..haha)/ Time ni pun dah ramai rakan-rakan tanya perkembangan isteri aku.. Tapi aku cakap belum lagi la...

   Melawat petang pun tak sakit, tapi aku cakap pada bini aku, mesti pagi nanti awak sakit.. Malam tu aku sampai umah jam 9 malam. Aku tidur-tidur ayam bermula jam 10 lebih sebab aku layan Malaysia vs Hong Kong dulu..hehe..tgk Safee Sali dah skor sebijik, aku pun terus balik umah, tidur. Layan bola kat kedai sambil makan nasi. Tu la nasi pertama aku jamah untuk hari tu..

   Aku dah bangun pukul 1 pagi (Rabu 17 Oktober 2012, bersamaan 1 Zulhijjah 1433).. Saat ini la bermulanya babak-babak penting aku menjadi AYAH.. nanti aku sambung lagi.. jap je lagi

BERSAMBUNG..aku nak rehatkan bahu..penat menaip sambil jenguk-jenguk anak..(nampak tak sikap bapa mithali..hehe)