19 Oct 2012

Aku Jadi AYAH!!!!!!! Chapter 1

Suatu perasaan yang sukar digambarkan..
Kadang-kadang seperti tak percaya.
Nak menjerit gembira ada, nak menangis ada, nak ketawa ada, nk tidur pun ada..

Tapi itulah dia kuasa Allah.. Dia yang mengatur takdir kita..

Inilah permata hati aku dan Awalin

Kisahnya bermula begini...

MEMECUT KE SEKOLAH. PERKHEMAHAN DITINGGALKAN.

Selasa, 15 Oktober 2012 - Aku dah memecut laju dari Pt Unas Darat, Muar hendak ke sekolah di Ayer Hitam,Batu Pahat. Vios yang aku bawa jadi raja di Jalan Sri Tanjung menuju ke Bukit Mor. Jalan lengang, jam menunjukkan 5.50 pagi. Mesti sampai Ayer Hitam sebelum 7.15pagi. Kamera Canon aku dah siap dicas, baju pengakap dah tergantung di belakang. Hari ini ada Perkhemahan Pendidikan Khas SK Ayer Hitam di pantai Minyak Beku, Batu Pahat. Memang aku sengaja tak nak pakai baju pengakap dulu sebab nanti nak isi minyak kereta di Parit Sulong. Hari Selasa pebenda pakai baju pengakap, takut jadi persoalan pada orang yang melihat aku pakai baju unit beruniform. Hari KOKO hari Rabu la..hehe

   Tapi baru nak masuk persimpangan jalan Parit Jawa ke jalan Bukit Mor, aku dapat panggilan telefon. Dalam hati ini kuat mengatakan, "ni mesti bini aku" sebab dia memang dah tunggu hari bersalin. Dah 9 bulan 6 hari rasanya. CONFIRM bini aku yang cal. Dia cakap ada keluar darah masa di toilet. Aku segera suruh dia call nurse Klinik Desa Parit Bakar. Aku pun apa lagi, buat u-turn patah balik ke rumah. Nasib tak u-turn mcm drifter selalu buat..Sayang keta beb..haha..

   Sampai di rumah sewa aku ni, aku segera suruh dia bersiap. Nak bawak dia pegi hospital. Sama keputusan yang aku buat dengan apa yang nurse beritahu dalam telefon tadi. Tapi bini aku cakap tak sakit. Takpe, aku cakap pasal dah keluar darah.. (cakap dengan gaya meyakinkan macam doktor pakar). Angkut barang-barnag masuk kereta. Dah ready dah semua..smart thinking..keh3x...

MEMECUT UNTUK SAMPAI KE HOSPITAL PULA
    Jam 6.10 pagi, sampai di hospital, aku dah tau mana nak pergi. Sebab baru semalam aku ambil cuti rehat khas untuk hadir Kelas Rakan Suami di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) ni.. Kursus ni bagi lesen untuk aku berada di samping isteri semasa di bilik bersalin nanti. Hasil pemeriksaan doktor, bini aku punya dah buka 2cm.. Apa yang buka tu? sape dah mumayiz dan dah kawin, pasti mudah faham.. Lalu bini aku ditahan di Blok Cengal, Tingkat 2, Wad 13, Bilik 3, Katil 2.. Tapi memang muka bini aku selamber.. Tak sakit katanya,,cuma ada nampak riak wajah ketakutan sikit la..

    Bini masuk wad, aku belikan sarapan, lepas tu kena halau dengan nurse. Datang lagi masa melawat ye encik...kata nurse tu.. ok, 12.30 nanti aku datang lagi.

ISTERI MASIH BELUM SAKIT

    Semua ahli keluarga dah tau dah.. Ada yang dh post kt FB pun ha... Waktu melawat tengahari tu aku je yang menjenguk dia..Tapi bini aku masih tak sakit dan makan dengan lahapnya semua lauk pauk yang hospital bagi.. Aku?? makan pau daging je la.. Mak ayah aku sampai,tapi tak sempat masuk sebab dah lepas waktu melawat. Jadi mereka dan mak ayah mertua melawat pada sebelah petang la. Aku bawa mak ayah aku ke istana aku di Parit Unas Darat. Kasihan dengan keadaan yang tak selesa, mak ayah aku berehat sambil makan nugget yang aku goreng.. Tu je yang ada, nak masak lauk tak sempat pulak.. (+ tak reti sangat..haha)/ Time ni pun dah ramai rakan-rakan tanya perkembangan isteri aku.. Tapi aku cakap belum lagi la...

   Melawat petang pun tak sakit, tapi aku cakap pada bini aku, mesti pagi nanti awak sakit.. Malam tu aku sampai umah jam 9 malam. Aku tidur-tidur ayam bermula jam 10 lebih sebab aku layan Malaysia vs Hong Kong dulu..hehe..tgk Safee Sali dah skor sebijik, aku pun terus balik umah, tidur. Layan bola kat kedai sambil makan nasi. Tu la nasi pertama aku jamah untuk hari tu..

   Aku dah bangun pukul 1 pagi (Rabu 17 Oktober 2012, bersamaan 1 Zulhijjah 1433).. Saat ini la bermulanya babak-babak penting aku menjadi AYAH.. nanti aku sambung lagi.. jap je lagi

BERSAMBUNG..aku nak rehatkan bahu..penat menaip sambil jenguk-jenguk anak..(nampak tak sikap bapa mithali..hehe)
  




2 comments:

  1. Ayah akan buat catatan khas versi ayah apabila sampai ke Lumut nanti. Itupun bergantung kepada kelajuan internet di sana.

    ReplyDelete

selamat memberi ulasan