8 Dec 2012
Cahaya keluarga..
Posted on Saturday, December 08, 2012 by M.A.B.A
30 November 2012 -
Muhamad Ariq Uqail pertama kali sampai ke rumah atuk Yong Peng. Perjalanan dari Jementah bermula jam 3 petang akhirnya tiba ke destinasi lebih kurang jam 5 petang. Ayah memang memandu dengan perlahan bimbang bergegar atau brek secara mengejut. Sebelum tiba rumah atuk, ayah tunjukkan dulu rumah yang bakal disewa nanti. Tak jauh. Di Taman Utama Yong Peng sahaja. Ketibaan Uqail di rumah atuk disambut dengan gembira dan meriah.
Malam kedua, Uqail sukar tidur malam. Aduhai.. asyik nak dipegang sahaja. Usianya sudah 45 hari. Rutin tidur pun sudah berubah. Siang sangat nyenyak. Malam sekitar jam 2 pagi hingga 5 pagi tak mahu tidur. Ayah dan ummi bangun silih berganti. Berterusan beberapa hari.
06 Disember 2012 -
Pertama kali Uqail dibawa berjalan. Ayah, Ummi, Tok mak dan mak usu ke BP Mall untuk membeli stroller. Berangan nak beli jogger, tapi memandangkan jogger ni makan ruang terlalu besar di dalam but kereta nanti, ummi pun stroller saja. Tapi Uqail tak berapa selesa di dalam stroller. Mungkin baru lagi dan Uqail masih kecil.
Kepenatan kerana berjalan, malam itu Uqail tidur nyenyak. Senang hati ayah. Malam itu juga pertama kali Uqail minum susu ummi dari botol susu. Ayah suruh biasakan dengan botol. Nanti kalau ummi dah kerja, susah pula Tok Mak nak jaga Uqail.
08 Disember 2012 -
Ayah terjaga dari tidur sebab dengar Uqail merengek. Ayah tepuk tenangkan Uqail, tapi Uqail mengeliat dan menendang-nendang. Eh, Uqail dan mula mengiring!! Ayah betulkan kedudukan Uqail.
Anak ayah ni dah semakin besar.. Kadangkala tersenyum apabila diagah. Leher pun sudah kuat untuk tegakkan kepala walaupun tak lama. (setengah minit dikira lama juga).
Ayah dan ummi menunggu lagi perubahan dari Uqail. Besarlah dengan sihat nak.. Ayah dan ummi akan menjaga Uqail..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
asal baca ni rasa sedih?
ReplyDelete