Selepas aku diapa-apakan di operation room..Bukannye sedar ni...
Gambar-gambar ni ehsan daripada blog abang aku..hmm..ni la keadaan aku lepas operation..sedar tak sedar sangat..bernafas guna mulut je..memang bibir jadi kering...
Mak bersihkan darah-darah keliling hidung aku
Mak aku jaga aku semasa di wad..Kesian aku tengok mak..tidur di kerusi malas, kesejukan, tidur pun tak lena..tu lah kasih sayang ibu..Tak mampu aku nak balas semuanya..terima kasih mak...
Malam first selepas operation, hidung aku mengalir darah..tuam kat dahi dengan ais, baru kurang sikit..kepala memang mabuk-mabuk..efek bius gaknye..Aku tak leh tido sangat..sebab hidung tersumbat,mana selesa nak tido..
gambar ni tengah makan bubur mary brown..abg aku sponsor..mekaseh
2 orang tu tunggu kalau-kalau aku tak abis makan..hahaha
Lama-lama aku beransur pulih..lepas doktor keluarkan span dalam salur hidung aku, hari-hari kena bersihkan darah kering dan lendir-lendir nanah..huhu..bau dia...busuk betul...!!Then kena masukkan air garam dalam hidung, keluarkan ikut mulut..baru darah-darah,lendir-lendir tu betul-betul ilang..
Alhamdulillah, dah seminggu operate, aku ok..cuma kadang-kadang pening-pening sikit...
15 Januari ni, jumpa doktor lagi...aku tak kesah nak jumpa..yang penting duitnya...huhuhu...
assalam Tuan, macam mana sekarang, okay tak? Alamak, byk nak kena jaga ya selepas operation? Saya insha Allah esok operate... risau juga ni...
ReplyDelete