ADAKAH NYAMUK INI YANG TELAH MENGANCAM KESIHATAN AKU??
Penyakit Chikungunya adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Gejala utama jangkitan adalah demam panas, rasa sakit yang teruk pada sendi terutamanya sendi kecil dan ruam. Chikungunya tidak menyebabkan kematian dan adalah ’self-limiting’ ataupun sembuh dengan sendiri. Pesakit cuma memerlukan rawatan simptomatik dan rehat secukupnya, namun gejala sakit sendi boleh berlarutan bagi pesakit yang telah berumur. Rawatan hospital hanyalah untuk keadaan tertentu sahaja. Pesakit kebiasaannya memperoleh imuniti sepanjang hayat. Sepertimana jangkitan virus lain, tiada ubat khusus atau vaksin untuk penyakit Chikungunya. Cara paling berkesan untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes di persekitaran kita.
Disediakan oleh: Dr. Azlan Darus - Penolong Pengarah Kanan (CPBV), Bahagian Kawalan Penyakit ( 30 Julai 2008)
Disediakan oleh: Dr. Azlan Darus - Penolong Pengarah Kanan (CPBV), Bahagian Kawalan Penyakit ( 30 Julai 2008)
Adoyaii....baru get ready nak gi kerja esok...tapi doktor cakap aku kena chikungunya plak..sambung lagi cuti 2 hari...huhu..memang dah lama tak gi kerja..
Lepas operate hidung hari tu, aku cirit birit..lemah badan..sakit kepala..memang tak larat la..macam nak menangis pun ada masa sesi nyahtinjaan (berak la tu) sebab badan aku lepak sangat..
Aku ingatkan sakit perut sebab makan telur puyuh masak sambal..aku pun makan ubat cirit birit je la..kurang skit nak terberaknya tu..tapi ada rasa-rasa lagi la..tapi hari Sabtu (10 Januari 2009) mak aku perasan bintik-bintik merah kat badan aku, kat muka..So bila jumpa doktor,selamber je doktor tu kata aku kena chikungunya..blood pressure aku pun turun..huh, tambah lagi MC dua hari..
Kepada mereka yang cirit birit, sengal-sengal sendi, macam nak demam(walupun korang taknak) elok la dapatkan rawatan segera..lepas 3, 4 hari nanti dah kuar bintik-bintik merah kat badan..baru tau!!..
Doktor cakap benda ni akan berulang lagi..(huh dah macam bervirus badan aku ni)..
Kena banyak minum air..sebab virus ni menyah air dalam badan..minum air 100plus (ganti air kelapa) sebab air kelapa ni banyak potasium,leh wat badan lagi letih..tapi yang bagusnye asyik kencing je..(buang kuman). Doktor soh aku tidur duduk supaya kalau boleh every 1 hour minum air segelas..
So aku doakan aku cepat sembuh, dan orang yang lain tak kena macam aku..yang penting,jangan biarkan nyamuk tu berleluasa..
banyakkan bersabar...ada hikmah disebalik ujian ni
ReplyDeletekesian kt nyamuk.die plak y dperslhkn.smuenye berpunca dr mnusia gk.sape sruh ko x jge kbersihn.ha3..tp ape2pun.ni smue dugaan ko.Alhmdulillah la dh smbuh skrg.smoge pasni x kne lg la.sme2 kte mndoakn ksihatn kte..1 lg,idung ko dhla bsr.ko mkin besrkn lg apesl.ko ok ke x ni?.ha3. k la ari.kep going wit ur blog.very interesting.kempen2 la ckit utk pmbngkng.ha3.._wak
ReplyDelete