13 Jul 2009

Sahaja aku mengarut...

Hari minggu aku tak kemana..duduk tengok movie yang aku download, makan, tengok tv, dan tidur.. jadi malam ni aku susah nak tidur sebab mata aku penuh tenaga..hahaha..
Petang tadi, aku baca artikel di akhbar tentang Michael Jackson..(aku minat dia ni sebab pandai menari..)a.k.a Mikaeel.. yeke??mudah-mudahan betul la arwah ni dah masuk Islam..sekurang-kurangnya, arwah ni adalah melafazkan kunci syurga iaitu kalimah syahadah semasa hidupnya.. tapi.. peliknya kenapa majlis pengebumiannya dibuat macam majlis penganut kristian..siap ada lagu-lagu, ada macam koir gereja lagi, ada keranda emas..macam majlis pengebumian orang kristian plak.. aku ni tak la pandai sangat nak bercakap pasal agama.. tapi kalau kita tengok majlis tu pun, kita leh fikir sendiri.. takpe la, bukan salah arwah..salah waris-warisnya la yang buat majlis macam tu..
Kalau si ayah masuk Islam, mesti lebih manis kalau si anak pun memeluk agama Islam.. tapi Iman tak dapat diwarisi kan..?? Allah lebih mengetahui apa yang berlaku.. kita ni manusia biasa..kadang-kadang baru berfikir pun dah tersalah taakul..belum lagi bersuara, entah-entah lagi banyak salahnya..
Aku belek-belek akhbar tadi, tapi kenapa kurang liputan pasal H1N1 ni.. ada konspirasi ke nak menutup cerita ni?? mungkin tak nak rakyat Malaysia ni risau kot.. tapi kita perlu tau tahap mana masalah ni dah berlaku..kata "one malaysia".. aku risau betul pasal penyakit ni..kerja aku berhadapan dengan responden yang entah apa la status kesihatannya.. minggu lepas aku selsema dan batuk-batuk..alhamdulillah hari ni aku bertambah sihat..mintak-mintak la dijauhkan perkara-perkara buruk ni..

Ok la..masa dah time pun waktunya..hahaha..aku rasa nak explore internet jap sebelum tidur ni..mana la tau ada kerja kosong yang loagi best dari sekarang..hahahaha..chau...

0 comments:

Post a Comment

selamat memberi ulasan