Guru yang hebat, memikirkan segalanya walaupun sedang memikirkan hal lain.
Sudah dua minggu berlalu. Praktikum yang bermula pada 17 Januari terasa seperti semalam baru bermula. Penyeliaan pertama pada hari Rabu, 26 Januari 2011 sangat mengujakan. Pensyarah datang, JPN dan PPD daerah juga datang. Pensyarah mesej aku pada jam 9 malam, "Salam, sya dtg obsev esok".. Sangat ringkas. Aku yang sudah bersiap sedia untuk penyeliaan berpasangan terus mengubah plan. Memang malam itu aku bertungkus lumus menyiapkan persediaan mengajar, membuat BBM dan mengemas kini portfolio.
Alhamdulillah, berjalan lancar walaupun aku diminta oleh pensyarah untuk mengajar sekali lagi kerana semasa beliau datang, masa mengajar aku telah berlalu. Aku tidak duduk sekali bersama wakil dari JPN dan PPD kerana melayan pensyarah yang hadir. (bagus juga!)
Selesai satu pemantauan.. ada lagi berapa, aku pun tak pasti. Cuma masa yang ada ini, aku cuba mencari di mana kegemaran pelajar dan apa aktiviti yang pelajar suka. Semuanya aku akan gunakan ketika pemantauan berikutnya.
0 comments:
Post a Comment
selamat memberi ulasan