23 Aug 2011

Menguruskan borang mohon nikah.

Isnin, 22 Ogos 2011 - Pagi di sekolah, aku mintak Encik Azman Salip dan Ustaz Hernisham untuk jadi saksi borang mohon nikah. Setel.. Kerjasama yang baik!!.. hehe.. (terima kasih..kalau korang nak kawin, aku leh jadi saksi borang..hehe..untuk Sham sahaja ye..)

Lepas waktu sekolah, aku bergegas ke Pejabat Kadi Batu Pahat. Aku nak cepat sampai sebab tak nak tunggu turn terlalu lama. Bahagian pendaftar nikah, cerai dan rujuk ni takde ambil no.giliran. So aku kena cepat!! Jam 2.10 pm aku naik.. Sampai di kaunter, aku lihat...(mensuspenkan pembacaan..hehe)

Oh, ada 1 pasangan sedang berurusan. Maknanya lepas ni aku! yes.. Aku pun tunggu. Borang dah lengkap tulis jawi ni. Mantap khat aku..hehe..

Turn Aku!!!

Aku pun ke kaunter. Pegawai wanita di situ.. Aku bagi salam dan serahkan borang. Aku datang ni sebab nak minta kebenaran berkahwin di luar kawasan.. Ye la, tunang aku tu orang Segamat. So daerah dah lain.. Sambil uruskan borang aku, staf tu boleh plak ajak berbual.. tanya pasangan orang mana, cikgu ajar subjek apa, mcmana leh jadi cikgu, dekat U amik course apa.. aku layan je la..janji borang aku dia buat dengan baik..hehehe

Ok, encik ke bilik tepi ni, jumpa Ustazah Rohayu untuk temubual. Aku tengok borang temubual tu, ada beberapa perkara:
1) Syahadah
2) Al-Fatihah
3) Doa Qunut
4) Munakahat
5) Toharah
6) Tanggungjawab suami isteri

Alamak..benda-benda ni nak kena tanya ke??banyak la plak...(kataku dalam hati sambil buat muka tenang depan staf perempuan tu..hehe..)

Aku pun cepat-cepat masuk bilik tu jumpa Ustazah Ayu.. sekali dia suruh aku mengucap syahadah dan maknanya..dengan yakin dan lantang aku jawab..

Lepas tu dia tanya, boleh baca doa qunut?? hek eleh..aku malas nak tanya Qunut Nazilah ke Qunut semayang subuh..hehehe.. aku pun baca dengan makhraj yang mantap.. pastu Ustazah tu kata, ok, selamat bernikah. pergi kaunter sana, bayar rm5.. laaa tu je nak tanya..?? ok la tu kan..

Aku teringat, ejaan nama pasangan aku salah!! aku pun ke kaunter dan minta dia betulkan.. Noor Awalin.. Bukan Norawalin.. aku terkopius sebab aku eja jawi, dia tanya dalam rumi.. nasib aku pernah bagi kad raya, jadi teringat la plak..hehehe..

Selesai borang aku. Lepas ni pihak perempuan kena setelkan kat segamat.. Selamat...!!!!

0 comments:

Post a Comment

selamat memberi ulasan