Isnin 22 Ogos 2011 - Ketika aku sedang menyiapkan lembaran untuk murid, tiba-tiba ada murid dari Kelas Bersih jerit di depan pintu bilik guru pendidikan khas.. Cikgu, Haikal mengamuk!! dia buka seluar!!!!
Yang ada di situ cikgu golongan hawa.. Apa lagi, aku la kena handle.. aku pun segera (lari macam laju la konon) ke Kelas Bersih. Aku nampak murid tu dah londehkan seluar sedikit. Nampak seluar dalam dia..
Tiba di pintu kelas, aku pun buat nada marah, "Eh, kenapa buka seluar ni??!!! Pakai balik!!" (muka memang garang..mcm kurang pahala puasa time ni..) Tiba-tiba..... (saje bagi suspen)..
Murid tu tunjukkan cangkuk seluar dia yang tertanggal.. Sebab dia murid autisme, Haikal ni tak berapa boleh nak berkomunikasi.. jadi dia jerit-jerit je kalau ada masalah. Cikgu kena cuba faham apa yang dia nk ekspresikan.. Bila dia tunjuk cangkuk tu, aku pun ketawa.. "Laa..tu la..gemok sangat..kan dah tanggal cangkuk tu..." aku bernada lembut penuh kasih sayang..ceh..
Aku pun segera dapatkan tuala dan set menjahit. Aku suruh dia buka seluar dan pakai tuala sementara aku nak jahit cangkuk. Dah namanya Autisme, memang dia tak nak tuala tu. Sebab bukan tuala yang dia selalu pakai..Takkan aku nk gi umah dia amik tuala dia. Aku ada kelas kejap lagi ni.. So sebab nak cepat,aku malas nak pujuk dia pakai tuala tu, aku suruh dia duduk..
Lalu, aku pun jahit cangkuk seluar dia. Tak nak buka seluar, aku jahit je la.. nasib cangkuk. Kalau kelengkang yang koyak, memang gasak la..hahaha..
Siap jahit, aku dengki dai dengan tuala tu. Memang dia geli betul dengan tuala tu.. Aku sakat la ape lagi..haha.. Haikal, haikal.. memang murid-murid ni kadangkala melucukan. Yang penting sabar dan tenang. Tanggungjawab tu..
hahaha...kelakau la crite ni
ReplyDelete