23 Sep 2011

Kisah di akhir-akhir bulan September


21 September 2011 - Batu Pahat Mall. Aku sibuk dengan program Citrawarna Batu Pahat. Petang tu aku memecut ke Melaka semata-mata nak ambil transkrip KDC aku di IPPM Melaka. Drive dekat 2 jam,ambil transkrip tak sampai seminit pun.Hampeh..Tapi Alhamdulillah..dapat Cemerlang dengan pointer 3.73 (aku tak berapa ingat pointer aku skrg ni..malas nak check transkrip..hehe) aku tak berapa puas hati dengan result subjek kemahiran hidup.. mesti kawan-kawan aku pun tak puas hati. Sebab kami je tau isu subjek ni..eeiii.....lantak la..


22 September 2011 - Batu Pahat Mall. Aku jadi hos untuk Pertandingan Pakaian Tradisional Pendidikan Khas 2011 untuk Program Citrawarna..Aku bergandingan dengan Hernisham. Peserta ada 25 orang. Memang macam-macam ragam. Kelakar. Tapi aku dengan Sham main tabur je la..Cakap je ape yang patut..hehehe. Petang tu aku ke sekolah untuk buat panggilan ke Jabatan Pelajaran Johor. Semata-mata nak tahu ke mana surat penempatan aku. Dah seminggu member dapat, tapi aku tak dapat lagi. Sah, aku dh tanya Jabatan, dia cakap nama penempatan aku di SK LKTP Ayer Hitam, Kluang...Ah sudah.. akhirnya kerani tu cakap ada kesilapan,jd aku kena tunggu lagi seminggu untuk dia pos lagi surat yang betul..

0 comments:

Post a Comment

selamat memberi ulasan