9 Sept 2011

MISTIK 2 (berdasarkan kisah benar)

07/09/2011

SAMBUNGAN DARI MISTIK 1 (KLIK UNTUK BACA)


 
Keesokan harinya, rutin kami berjalan seperti biasa. Keluar masuk kelas. Tapi rutin kami kali ini berubah sedikit. Sedang aku, HS dan AS sedang mengemas projek pondok ilmu yang kami bina, tiba-tiba kak EJ memanggil kami. Suruh segera masuk ke ruang guru.

Kami berlari untuk segera sampai. Tiba di muka pintu, aku dapati Kak SM duduk di kerusi dengan keadaan meronta-ronta. Tangannya dipegang oleh Hajah FA dan Kak RN.

"Aku tak kuat..lepaskan aku.." rintih Kak SM.

Kali ini, aku keluarkan telefon bimbit aku dan rakamkan keadaan yang berlaku. AS bertanyakan sesuatu kepada Kak SM yang sedang meracau.

"Siapa kau?", tanya AS.
"Aku kekasih dia.." jawab 'benda' tu.
"Kau nak apa?", AS bertanya lagi.
"Aku sayang dia.." jawab 'benda' tu.
"Tak boleh!!" Kau siapa nak sayang dia??'' jerit AS.
"Aku kekasih dialah bodoh..!!' balas 'benda' tu..
Kak SM kembali mengerang kesakitan.
Kak EJ memicit ibu jari Kak SM dengan bawang putih.
"Sakit..sakit", jerit Kak SM.

Kasihan aku tengok Kak SM. Dia bertarung dengan dirinya sendiri. Antara sedar tak sedar. Kadangkala terdengar kalimah-kalimah ketuhanan dari mulutnya.

HS segera azan di tepi Kak SM. Dia kelihatan semakin lemah dan diam. Akhirnya dia seperti tersedar.
"Ya Allah..Kak..Sakitnya badan kak.." Kak SM bercakap dengan Hajah FA.
Yang lain cuba menenangkan diri Kak SM. Suruh dia berehat. Minum air.

Kami pun duduk berbual seperti biasa. Aku tunjukkan rakaman yang aku buat tadi pada Kak SM.
"Ya Allah..Malunya..eh padamlah..malu la akak"
Aku kata," Saya nak akak tengok macamana keadaan akak tadi. Biar saya simpan eh.."
Aku minta kebenaran dia.

KAK SM MENGAMUK

Sedang kami berbual, Kak EJ menyuakan jarinya pada hidung Kak SM. Kak SM menolak. Busuk katanya.
Bau itu sebenarnya bau bawang putih yang dipegang tadi.
"Ni bau minyak wangi la kak", Kak EJ berdalih.

Secara tiba-tiba, Kak SM yang keletihan tadi bingkas bangun dan menjerit, "Bodoh.Kau tipu aku!!"
Kak SM menolak Kak EJ dan menendangnya. Kak EJ segera mengelak dan melarikan diri. Didepan mata aku, aku lihat Kak SM mengamuk, dia mengangkat kerusi besi dan melempar pada Kak EJ. Betul-betul lalu ditepi laptop aku. Kalau kena laptop tu..huh sedih!!.

Kerusi yang dilempar tadi jatuh dan tempat duduknya tertanggal. Aku dan AS yang berada disitu terus menangkap tangan Kak SM. Aku menjerit. "Allahuakbar!!Allahuakbar!!Allahuakbar!!".
Kak SM terjelepuk ke lantai.
"Aku kuat.Aku kuat" katanya. Aku yakin 'benda' tu yang bersuara.
"Allah lagi kuat.Tiada yang dapat lawan kekuasaan Allah!!" jerit AS.
Aku laungkan azan ditepi telinga Kak SM sambil memicit ubun-ubun kepalanya. Kak SM lemah. Dia tersedar. Badannya betul-betul sakit. Kami biarkan dia tidur dilantai. Betul-betul tepi locker cikgu-cikgu. Beralaskan bantal, dia tidur. Aku, AS dan HS segera mengemas alatan pertukangan yang kami guna di pondok ilmu tadi.

JADI LAGI

Sedang sibuk mengemas alatan, Kak EJ memanggil kami lagi. Dia selongkar locker. Aku lihat dia sedang mencampak semua barang-barang dan fail di dalam locker Kak EJ. Aku rakamkan aksinya itu. Aku dan AS datang dekat. AS menegur Kak SM yang di luar sedar tu.

"Apa kau buat ni? Kau tak boleh buat macam ni. Duduk diam-diam", AS tinggikan suara.
AS menolak tangannya dan menutup locker Kak EJ. Aku merakam lagi aksinya. Kak SM mengoyakkan kertas yang dapat dicapainya. Aku dekatkan lagi diriku dengan Kak SM.

Aku bertanyakan beberapa soalan. Maaf, aku tak dapat ceritakan soalan di sini. Sebab aku tak nak ada yang percaya cakap jin ni. Jawapannya memang nak melagakan umat manusia. Contohnya, aku tanya agama apa, 'benda' ni kata takde agama..Tapi suami Kak SM pernah cakap, dulu jin ni kata dia Islam. Bertuah punya jin!! Pandai melagakan orang.

Tapi dalam video yang aku rakam, jelas perbualan kami.

HS membaca surah Yasiin. Sekejap Kak SM tutup telinga, sekejap dia sengih dan ketawa. HS teruskan juga membaca. Kami biarkan sahaja tangannya yang merayap hendak mencubit-cubit. Akhirnya, Kak SM letih dan tertidur. AS yang menghubungi Darul Syifa' mendapat nasihat yang aku sendiri dapat rasakan pada awalnya: Jangan baca-baca sebarang ayat kalau kita tak pandai mengubat. Nanti 'benda' tu lagi berlagak kuat..Betul tu, aku kasihan dengan Kak SM. Sebab sakitnya,dia yang rasa.

Suaminya yang dihubungi, segera pulang dari JB untuk menjemputnya telah pun sampai. Kami berbual kosong sebelum pulang ke rumah. Suaminya mengucapkan terima kasih. "Malam ni gi berubat", katanya lagi.

BERSAMBUNG LAGI..

0 comments:

Post a Comment

selamat memberi ulasan