9 Jan 2009

PERLUKAN PEMBEDAHAN

“Sinus agak kronik dan perlu operation.. tapi kita perlu tegakkan dulu tulang hidung yang bengkok tu...Jika dibiarkan, boleh effect pada otak dan mata….Kosnya dalam RM6 ribu...”,Dr Zaki Ibrahim (pakar Ear, Nose, Throat) memberi pendapat…
Terima kasih pada mak dan ayah, kos untuk pemeriksaan, antibiotik, spray nasal dan CT scan sahaja sudah hampir RM700..
Memang sudah lama aku tau aku sakit..tapi seteruk mana aku tak tahu..sehinggalah aku terbaca tanda-tanda resdung berdarah hampir sama dengan apa yang aku rasa! Barulah aku buat pemeriksaan pakar..Keputusannya, perlu pembedahan..



Ini adalah antara gambar hasil CT scan yang dibuat..jelas tulang hidung aku bengkok(sebelah kiri) jadi ruang sebelah kiri sempit sedikit daripada biasa dan ada imbasan ysng menunjukkan sinus sudah penuh di bahagian kiri muka aku..(kawasan yang cerah) ruang di dahi dan mata sudah dipenuhi sinus..Sebelah kanan juga sedikit terkena jangkitan.. Kawasan yang normal berwarna hitam. Jadi warna hitam seharusnya seimbang di kiri dan kanan muka. Kawasan yang sepatutnya hitam tetapi bewarna putih ialah sinus yang sudah memenuhi kawasan mata dan dahi.

Kemudian hari Rabu aku ke KPJ (JB) berjumpa dengan Dr. Ridzo (dahulu beliau pernah merawat abang aku). Setelah diamati filem imbasan yang aku bawa,”makan ubat pun tak guna ni cik..sebelah kiri ni dah penuh dah..kena operate juga..sekarang ni kita tunggu masa je..set masa,kita operate..”, kata Dr. Ridzo. “sebab benda ni dah banyak dan lama sangat, takut efek pada otak nanti..”tambahnya lagi.
Emak dan ayah bersetuju setelah berbincang mengenai kos..dalam 3 ke 4 ribu (tapi mungkin tak termasuk ubat dan sewa wad)..Terima kasih yang tak terhingga pada emak dan ayah..aku memang tidak berwang..
Hari Isnin, 29 Disember 2008 @ 1Muharam,aku akan menjalani pembedahan di KPJ.

14 comments:

  1. salam...ingin bertanya..saya nak menjalani rawatan seperti saudara..tapi banayk faktor saya sedang fikirkan..

    resdung saya agak kritikal..jd nak tanya,selepas saudara wat operation ni, resdung saudara dh pulih ke???
    situasi selepas operate mcm mana?sekarang ada resdung balik x?

    ReplyDelete
  2. salam anis..alhamdulillah resdung saya macam dah ok..pagi2 takde berair lagi..bersin pagi2 pun dah kurang..macam takde je.. hidung ok la..makin nsem..hahaha.tapi doktor cakap kena jaga..kurangkan makan seafood yek..belacan ke..saya memang kurangkan..kurangkan sabar..hahahakadang-kadang makan jugak..

    ReplyDelete
  3. salam.nk tnye.resdung b'darah mksd awk darah 2 kua skali dgn hingus ke?sbb mak sy hidung dye kua drh.tp doc ckp 2 sbb luka kat blkg hdg.bley x awk explen apa symptom yg awk alami.doc suggest wat CT scan tp mahal kn..

    ReplyDelete
  4. salam..eh nisa,dulu hidung sy takdelah smpai berdarah..cuma stiap pagi akan bersin..kdg2 air hidung menitik tiba2 je..tp buka mcm hingus tau.mcm air..cair sgt.. then kalau mcm sejuk, hidung akan berhingus..tp lendir tu busuk gler..kdg2 sakit kt area mata..smpai takleh nk buka.mmg ct scan agak mahal..tp apalah sgt duit nak dibandingkan dengan kesihatan..

    ReplyDelete
  5. oh..yg mak sy die kua ngn hingus.sbb sy ade t'bce kat tenet psl kanser hidung n sinus.awk xde drh ea?tp apsal awk ckp psl tnda2 resdung b'darah.bca ktne?bley xbg link?

    ReplyDelete
  6. to dedeknom..
    oo..gi la check kt pakar terus..sy baca artikel tu kat majalah la..simptom sy mcm sama kt dlm artikel tu..tp tak 100% sama la..tp xigt mjlh pe n keluaran bila..sori..kalau search kt internet biasanya dlm english..

    ReplyDelete
  7. Sama je masalah,kita..cma aku blum buat operation lg..berapa lama dok hospital?brp hari lpas tu leh kje balik?

    ReplyDelete
  8. terpulang nak duduk hospital berapa lama...swasta suka je klo duk lama2..

    aku cuti 2 minggu.. lepas kapas dlm hidung dikluarkan,baru bleh idup mcm biasa..klo tak,bernafas guna mulut je la 2 minggu

    ReplyDelete
  9. Untuk pengetahuan, saya ada membaca artikel-artikel di google mengenai sinus yang mana penyakit ini tidak dapat dihapuskan 100% , hanya dapat dikawal dan dikurangkan sahaja. Bukanlah niat untuk mempromosi ubat sy, tapi apa yg saya dapati pengguna ubat resdung saya kebanyakannya memberi testimoni yg positif bahkan ada pesakit sinus level 2 yang sudah semakin pulih dan tidak memerlukan rawatan bulanan di pusat rawatan resdung lagi, tambahan lagi doktor Klinik Keluarga & Surgeri Bandar Baru Sungai Buloh pun mencadangkan ubat ini. Alhamdulillah. Dan akhir kata, bukanlah sesuatu ubat atau servis itu yg menyembuhkan walaupun jutaan ringgit dikeluarkan, tetapi yg maha menyembuhkan itu adalah ALLAH (As Syafi) . Ada orang yg sembuh kerana ubat A , ada pula yg sembuh kerana ubat B, smua itu hanya USAHA kita. Insyaallah.

    http://www.Ubat-Resdung.com
    017-5601956

    ReplyDelete
  10. Saya bru je lepas wat pembedahan buang sinus ni.. 28/2/2015 Kt KPJ JOHOR. dr Ridzo jugak. Kira dia ni memang pengalaman la eh... Tanda2 awal sy demam. Selsema dan.batuk x baik2 slama smggu jugak. Kalau sesema tu berair jer kluar.Memg tension biasanya ok. Tp baru2 ni yg paling teruk. Cek ct scan konpom ada sinus ni. Tp x berapa tteruk. Ada belah kiri muka jer. Tp doc ckp buang je. Nanti kumpul lelama pun kene buang gak stu hari nanti. So memandangkn pakai medical card.xyah risau psl cost. Agent insurans pun ckp dun worry. Jalan jer. So tgok la cmner nnti kesan dia. Cuma idung ada bleeding sket lepas operation ni.. X selesa betul.. Tp sy diberitahu temporary jer bleeding ni.

    ReplyDelete
  11. Saya baru operation tiga hari lepas. Bleeding kat hidung tu kurang cuma tekak ni mmg akan keluar darah ke?

    ReplyDelete
  12. saya baru je buat pembedahan hidung jumaat lepas..doc buang sikit tulang hidung yg bengkok n betulkan blk tulang hidung...doc ckp x boleh buang habis tulang hidung..nanti hidung jatuh...hari ni isnin.darah masih lagi keluar sikit2...doc ckp tu normal sbb luka bhagian dlm..tq doc AMIR IZWAN..dari hospital pusrawi..kos pembedahan $11k..

    ReplyDelete
  13. My brother in law just passed away because of opertion resdung. Entah mna silap dia, baru pos op 3days, bleeding truk sgt. N passdaway.:(

    ReplyDelete

selamat memberi ulasan