31 Jul 2009

No comments
Posted in ,

Minggu lepas tanggungjawab...

Minggu ni macam kecoh skit.. ye la, aku masuk ofis hari Rabu.. So macam banyak benda terlepas dari pengetahuan aku.. tapi nasib ada e27 aku.. Sorry la Dayah.. terima kasih sebab buat kerja betul-betul.. Isnin ni kita dapat e27 lagi sorang.. kurang skit beban ko nanti yek..
Aku masuk Rabu sebab ada temuduga GSTT guru pendidikan khas di Ayer Hitam Johor. di SK Kota Dalam kalau tak silap aku. Mencuba nasib.. kita kena ada anjakan paradigma skit.. baru la namanya hidup mesti terus.. Semasa di PKG Ayer Hitam tu, ramai betul calon-calon yang datang.. semestinya perempuan yang ramai.. ada dari Pasir Gudang, Kulai, Segamat..calon lelaki ada la dalam 30% je.. aku sampai jam 8 pagi.. tapi masuk bilik temuduga dalam tengahari agaknya.. hujan lebat, tempat duduk yang terhad tapi calon-calon ni tak putus asa menunggu..
Kalau ada rezeki ada la.. aku berdoa je..dapat blah cepat-cepat lagi bagus..hahahaha
Hujung minggu ni, aku tak plan pun nak buat apa.. maybe nak mengadap laptop je la.. nak godeh-godeh laptop ni.. macam dah semakin lembap laptop aku ni.. (mesti sebab kerja perangkaan ni..siot betul..) jangan sebab virus dah la..

29 Jul 2009

5 comments


aku nak menaip malam ni..tapi sibuk buat claim..
so aku utamakan yang utama..esok-esok aku menaip la..
dekat sejuta claim aku bulan ni..
kalau admin potong pun, mesti tinggal ratus ribu lagi..
hahahahahaha..
potong la kalau berani

25 Jul 2009

6 comments
Posted in

Ke Sabak Bernam, Sungai Besar, Sekinchan...

Hampir seminggu berada di Sabak Bernam.. Gara-gara kes banci yang perlu diselesaikan di sana, seluruh staf DT Jabatan Perangkaan Shah Alam menginap di Pusat Kecemerlangan Kokurikulum di Sabak Bernam.. Ramai-ramai menginap di dorm.. Tapi aku dapat bilik special skit..katil besar siap ada kipas lagi..macam bilik warden la.. siang buat kerja, malam merambu makan belut la..round-round la, lepak-lepak kat warung...


kawasannya besar..ni aku tunjuk bangunan utama je

Kerja memang penat..tapi dah selesai, senang hati la skit.. Balik pada hari Khamis aku dan kawan-kawan sempat singgah rumah K-rol di Tangjung Karang.. syok betul dapat minum air kelapa pandan, makan ayam kampung..kagum aku tengok ayam-ayam yang K-rol bela..besar betul..banyak pulak tu..caya la bro..macam bapak ayam dah ko..hahahaha
Ni ayam-ayam K-rol..ada banyak lagi..ni time makan..

Hari Jumaat semua macam takde mood nak kerja..tapi aku pagi-pagi dah kena kejar macam-macam..tapi aku selamber je kejarkan cuti bergaji aku..(walaupun akhirnya bos tak sign juga..huhu).
Hari Sabtu aku balik Yong Peng dengan Nuar..Dia dapat cuti seminggu sebab UITM suruh cuti..kes H1N1 la ni..semua budak-budak balik.. Isnin ni ada temuduga.. aku tak berapa bersedia lagi.. tapi soalan-soalan yang bakal ditanya dah dalam kepala..aku agak-agak je soalan tu..biasanya sama..
Minta-minta la dapat kerja baru..bukan aku dah malas dengan perangkaan..keje best..tapi dapat kerja yang lagi bagus, siapa tak nak kan...aku nak jugak...

15 Jul 2009

4 comments
Posted in

Hari korban..hahaha

Hari ni agak sibuk..banyak hal perlu disiapkan di pejabat.. ada yang mintak itu, mintak ini, tanya itu ini, macam-macam lagi la.. (nak kutuk, panjang plak nanti..hahaha)
Hari ni aku nak ucapkan terima kasih pada kawan-kawan yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk aku.. mula dari dayah yang sanggup bawa aku balik dari proton servis lepas tu hantar lagi sebab nak ambil kereta yang dah dibaiki.. aku hantar kereta tadi, sebab brek bunyi lagi.. tadi dah tak bunyi lepas dibaiki..hope ok la.. kalau tak ok, aku akan hantar balik selagi dalam guarantee..hohoho.. Kepada Fiza plak, terima kasih wakilkan aku ke taklimat isi borang banci.. aku tak sempat nak balik pejabat on time tadi.. dah la ko nak berhijrah ke Johor, kena plak gi taklimat..mekaseh yek... Fahmi pula tolong updatekan nama staff DT.. nasib ada Fahmi..kalau tak tak sempat ambil kereta sebelum kedai tutup..nama staf tu, En Bakar minta pada pukul 5pm..nasib la aku dah prepare sebelum disuruh..tinggal edit sikit je..hohoho..
Lepas balik ambil kereta, aku terus ke Frenzy Futsal..Bun ajak aku main..aku ni memang pantang kalau orang ajak main futsal..mesti tak tolak punya..aku pun main la dengan kasut shaolin soccer aku..hahaha..rupa-rupanya main petang tadi untuk selection wakil team main open futsal..aku dengan selambernye terpilih..kena beli kasut baru la camni..huhu...mekaseh kepada Bun yang ajak aku tanpa cakap ada selection..kalau tak mesti aku tak datang punya..hahaha...Game pukul 8 pagi di Extreme Park, Sabtu ni.. sape nak sokong, datang la..hehehe
Alahai aku dah mengantuk..malas nak check ejaan dan ayat aku kat atas..lantak la..blog aku!!

13 Jul 2009

No comments
Posted in

Sahaja aku mengarut...

Hari minggu aku tak kemana..duduk tengok movie yang aku download, makan, tengok tv, dan tidur.. jadi malam ni aku susah nak tidur sebab mata aku penuh tenaga..hahaha..
Petang tadi, aku baca artikel di akhbar tentang Michael Jackson..(aku minat dia ni sebab pandai menari..)a.k.a Mikaeel.. yeke??mudah-mudahan betul la arwah ni dah masuk Islam..sekurang-kurangnya, arwah ni adalah melafazkan kunci syurga iaitu kalimah syahadah semasa hidupnya.. tapi.. peliknya kenapa majlis pengebumiannya dibuat macam majlis penganut kristian..siap ada lagu-lagu, ada macam koir gereja lagi, ada keranda emas..macam majlis pengebumian orang kristian plak.. aku ni tak la pandai sangat nak bercakap pasal agama.. tapi kalau kita tengok majlis tu pun, kita leh fikir sendiri.. takpe la, bukan salah arwah..salah waris-warisnya la yang buat majlis macam tu..
Kalau si ayah masuk Islam, mesti lebih manis kalau si anak pun memeluk agama Islam.. tapi Iman tak dapat diwarisi kan..?? Allah lebih mengetahui apa yang berlaku.. kita ni manusia biasa..kadang-kadang baru berfikir pun dah tersalah taakul..belum lagi bersuara, entah-entah lagi banyak salahnya..
Aku belek-belek akhbar tadi, tapi kenapa kurang liputan pasal H1N1 ni.. ada konspirasi ke nak menutup cerita ni?? mungkin tak nak rakyat Malaysia ni risau kot.. tapi kita perlu tau tahap mana masalah ni dah berlaku..kata "one malaysia".. aku risau betul pasal penyakit ni..kerja aku berhadapan dengan responden yang entah apa la status kesihatannya.. minggu lepas aku selsema dan batuk-batuk..alhamdulillah hari ni aku bertambah sihat..mintak-mintak la dijauhkan perkara-perkara buruk ni..

Ok la..masa dah time pun waktunya..hahaha..aku rasa nak explore internet jap sebelum tidur ni..mana la tau ada kerja kosong yang loagi best dari sekarang..hahahaha..chau...

11 Jul 2009

1 comment
Posted in

Jari aku rajin skit..

Lama dah tak update blog ni.. dalam kepala aku ni ada macam-macam benda nak tulis.. tapi sebab M.A.L.A.S, aku peram je dalam kepala ni.. Lastly terlupa..hahahaha.. kadang-kadang nak update, tapi akak aku sibuk guna broadband nak upadate blog jual tudung dia tu..ntah bila nak mula pun aku tak tau..(dah mula nanti, orang ramai dijemput beli yek..hehe) aku tergerak nak update ni pun pasal ada kawan-kawan yang tanya kenapa tak update blog.. terima kasih pada viewer yang sudi melepak kat blog aku ni..
Pekerja sambilan kat perangkaan sering bertukar ganti.. ada yang sambung belajar, ada yang dapat kerja tempat lain.. bagusla..masing-masing mencari yang lebih baik.. ayat intelektualnya 'membuat anjakan paradigma' cewah.. tapi aku???takkan nak duk kat sini je??? aku ada apply juga..mudah-mudahan sangkut.. tapi aku belum menggila lagi nak anta resume.. baru isi-isi online je..
Sebut pasal staf keluar masuk ni, teringat la kat E27 aku.. Fiza... dia ni dapat keje kat Ciba Vision di Johor.. bestla dia.. semoga lebih berjaya.. semoga aku plak dapat staf yang kalau tak lebih bagus dari dia, dapat yang sebagus dengan dia pun takpe la.. fiza ni bagus.. tapi takleh puji lelebih.. nanti hidung dia kembang sampai tutup mata..hahahaha...fiza, mulut senget ko tetap menjadi pojaan hatiku..huahuahua..(gambar ko takde la..so aku takleh nak upload..yo la nset aku pun dah macam sendal pintu..mana dapat nak amik gambar..huhu)
Cuti-cuti ni takde plan la nak pegi mana-mana.. banyak sebabnya..kawan-kawan balik kampung,(tiba-tiba teringat family kat kampung), duit plak dalam bajet rangsangan (aku kena ada saving!!!huhu) dan banyak lagi reason yang aku malas nak tulis..hehe..
eh takde pe lagi nak type..aku nak view page cari keje ni..Anjakan paradigma!!!!heyarghhh...