15 Sept 2010

Sejarah hidup terukir..kenangan indah terpahat..

Hari : Isnin
Tarikh : 13 September 2010
Jam : 4.30 petang
Situasi : Raya ke-4, cuaca yang tenang.

Alhamdulillah, aku sudah mengorak langkah kecil. Langkah ke arah kebaikan. Bermula begini..
Perjalanan ke Jementah yang penuh dengan kesabaran di hari raya ini akhirnya sampai ke destinasi yang dituju ; Taman Cempaka, Jementah, Segamat.

Tapi setibanya di rumah yang dicari, aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Kurang berkata-kata dan banyak menundukkan kepala.

Dua hari sebelum puasa

Aku ke Muar dengan segera selepas pulang dari sekolah. Aku menunggu teman untuk membeli barang yang tidak pernah aku beli. Sebenarnya tak pernah juga ke kedai seperti itu. Selesai babak penting yang pertama, aku ke kedai mencari pakaian pula. Aku tak pandai memilih, maka aku serahkan pada peneman aku tadi. Beruntung sebab dia tak cerewet memilih (walaupun agak lama memilih..). Petang itu juga, aku bergegas pulang ke Yong Peng. Temanku ada majlis solat hajat pula di sekolahnya.

Hari yang dijanjikan

Aku yang dari tadi banyak menundukkan kepala dan hanya melayan anak buah aku, Iman kadangkala mencuri pandang dan mendengar apa yang dibincangkan oleh ibu bapaku. Bila la nk balik ni..ayat yang sering aku tanya pada diri aku sendiri..

Dan akhirnya, barang yang aku beli sebelum bulan Ramadhan itu disarungkan ke jari manis rakan yang menemaniku, Noor Awalin Mustafa oleh ibuku. Sesi berbual, dan menjamu selera selesai, maka kami pun pulang ke rumah. Selesai majlis merisik yang dirancang ringkas.

Kini, aku kena bersedia untuk majlis seterusnya. Bila la nak beli-beli barang ni.. aku rasa macam dah tua plak bila dah mula fikir segala benda ni.. Dulu enjoy je..duit tak reti nak kumpul..sekarang... haha..

Semoga selesai semuanya.

4 comments:

  1. wah..thniah yer..;)..jmput nnti tau!!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.semoga bahagia sahabatku :)

    ReplyDelete
  3. Bila dah mula melangkah ke dunia yang penuh tanggungjawab, diharapkan agar Arif bersedia menghadapi dugaan, sanggup berkongsi segala suka dan duka.....didoakan semua jodoh antara kalian berpanjangan.

    ReplyDelete

selamat memberi ulasan