Salam Ramadhan..
Esok puasa..!!! Teringat puasa zaman kanak-kanak dahulu.. Ayah bagi RM30 jika cukup puasa sebulan, kain yang dibasahkan disapu pada badan dan muka, mandi untuk menyejukkan badan, nak buka minta macam-macam, dan 'perang' dengan
adik beradik selepas bersahur..hahaha.. macam-macam lagi perangai yang pelik-pelik dan kelakar..
Masuk asrama, puasa dah biasa. Tak bersahur pun boleh tahan. Siap main bola lagi petang-petang. Cukup kuat masa tu. Buka ramai-ramai di dewan makan, bertarawikh, beratur di hadapan dewan makan untuk bersahur..dan macam-macam lagilah..
Masuk matrikulasi, sebab kami under Mara, sahur dan buka di dewan makan beramai-ramai. Petang bergasak main futsal sepak tong sampah. hehe.. Jarang kami ke bazar ramadhan. Sebab jauh la..hehe. Tapi makan di dewan makan pun cukup mewah. Dah lapar, makan je la..hehe
Masuk universiti, sahur jauh-jauh..Siap naik motor dikala embun membasahi bumi.huhu..Rakan-rakan dah macam kelawar, malam berjaga terus bersahur, siang semua macam ashabul kahfi. haha..tidur macam dah nazak. Aku boring pada bulan puasa di UUM ni sebab petang langsung takde orang nak main. Tapi kadang-kadang ada juga yang mula main sepak-sepak yang akhirnya macam jadi perlawanan persahabatan..hehe..ramai pula yang join. Nak berbuka,aku amat jarang berbuka di kafeteria. (walaupun ramai awek-awek disitu..) Aku lebih senang berbuka di bilik rakanku. Nazrul dan Haikal. Beli di bazar Ramadhan dan makan bersama-sama. Menu yang kerap dibeli, air cendol, char kuew teow, murtabak..Hmmm memang sedap..
Kali ini, aku akan berbuka di rumah. Pasti gembira dapat berbuka dengan masakan emak. Kalau dulu, mesti ada air yang sedap setiap kali berbuka. Tapi itu zaman ramai adik beradik di rumah. Kali ini aku sarankan pada emak, tak perlu pelbagai juadah. Cukuplah sekadar satu tema, daging atau ikan atau ayam. Tapi kalau ada yang pelbagai, tak mengapa..aku akan makan juga.hehe..
Semoga Ramadhan kali ini aku akan dapat merebut peuang untuk terus beribadat.

salam ramadhan al-mubarak dan selamat berpuasa dari danielzaididotblogspotdotcom...
ReplyDeleteSalam Ramadhan..
ReplyDeleteSelamat mengejar amal ibadat