28 Jan 2011

No comments
Posted in

Masa berlalu..

Guru yang hebat, memikirkan segalanya walaupun sedang memikirkan hal lain.


Sudah dua minggu berlalu. Praktikum yang bermula pada 17 Januari terasa seperti semalam baru bermula. Penyeliaan pertama pada hari Rabu, 26 Januari 2011 sangat mengujakan. Pensyarah datang, JPN dan PPD daerah juga datang. Pensyarah mesej aku pada jam 9 malam, "Salam, sya dtg obsev esok".. Sangat ringkas. Aku yang sudah bersiap sedia untuk penyeliaan berpasangan terus mengubah plan. Memang malam itu aku bertungkus lumus menyiapkan persediaan mengajar, membuat BBM dan mengemas kini portfolio.

Alhamdulillah, berjalan lancar walaupun aku diminta oleh pensyarah untuk mengajar sekali lagi kerana semasa beliau datang, masa mengajar aku telah berlalu. Aku tidak duduk sekali bersama wakil dari JPN dan PPD kerana melayan pensyarah yang hadir. (bagus juga!)

Selesai satu pemantauan.. ada lagi berapa, aku pun tak pasti. Cuma masa yang ada ini, aku cuba mencari di mana kegemaran pelajar dan apa aktiviti yang pelajar suka. Semuanya aku akan gunakan ketika pemantauan berikutnya.

13 Jan 2011

No comments
Posted in ,

Bawah mata kiri berkerdip je

Bawah mata aku kiri aku asyik bergerak-gerak dari semalam..dah 2 hari..aku tak tau kenapa..
Ramai pendapat, kalau mata kiri berkerdip, ada berita sedih menimpa..Apakah kepercayaan ini??
(kalau mata kanan mesti aku nak percaya..hahaha)

Hasil carian aku di internet,
dalam istilah perubatan ia disebut sebagai 'blepharospasm'
yang bermaksud 'involuntary contraction of orbicularis oculi'.

Orbicularis oculi tu adalah otot di sekeliling mata yang membolehkan kita menutup dan membuka mata. involuntary contraction pula bermaksud denyutan yang tidak dapat kita control sendiri.

Puncanya: 'idiopathic' yang bermaksud 'tidak diketahui atau masih belum dijumpai'.
Ia akan lebih teruk jika kita stress. Jadi kena belajar tangani stress untuk kurangkan kekerapan denyutan di mata tu.

Yeaaa tu la jawapan yang aku nak tau..memang beberapa minggu ni aku macam stress.
Hal sekolah, hal praktikum, hal peribadi..memang bikin stress.
Aku ni pula jenis orang yang nak semua complete dengan cepat dan betul..
Jadi memang menghadap laptop dan kerja je..

Bilakah semua ini akan berakhir??huhu..takkan berakhir...
Sebab itulah kehidupan..perkara lain pula menunggu..belajar dari pengalaman...

12 Jan 2011

2 comments
Posted in

Semakin hampir..!!!

Aku semakin hampir dengan tempoh praktikum!!
Kepala dah mula memikirkan
1. Portfolio - adakah sudah lengkap perkara asas?
2. RPH - dah bersedia nak menulis?
3. Murid - dah fikirkan kekuatan dan kelemahan murid untuk buat P&P?
4. P&P - dah fikir induksi, aktiviti untuk dua kumpulan dan BBM yang hendak digunakan?
5. RPI - dah buat ke?
6.RPT - dah pilih budak ke?
7. Kelas - dah ceria??

Jawapan untuk semua soalan di atas ialah - BELUM!!!!

aaaahhhhhhhhhhhhh.....ada masa lagi..
Mari bertungkus lumus sebelum 17 Januari 2011..