10 Apr 2009

No comments
Posted in

PERDANA MENTERI YANG KE-6

Aku publish post ni bukan untuk berpolitik..
(walaupun berpolitik tu sebahagian tuntutan dalam Islam)
Tapi aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan
TAHNIAH
Dato Seri Najib Tun Razak
sebagai Perdana Menteri Malaysia
Ke-6
Mungkin kata orang mengenai TEORI "R.A.H.M.A.N" kebetulan menjadi tepat..Korang tau tak?? teori ni la wat aku senang hafal nama-nama perdana menteri Malaysia..
R : RAHMAN
A : ABDUL RAZAK
H : HUSSEIN
M : MAHATHIR
A : ABDULLAH
N : NAJIB
Bukan nak cakap teori RAHMAN ni betul-betul tepat..
Sebab dulu ada kawan aku kata,"jangan-jangan "N" tu stands for Nik Aziz"..
tapi tak betul pun..yang betul PM terkini memang mula dengan "N"..Cuma apa yang aku nak perkatakan, siapa next PM nanti..? pasni aku nak guna teori apa plak??
Sebagai rakyat Malaysia beragama Islam, aku berdoa tak kira la siapa pemimpin tu nanti, Semoga dia beragama Islam, dan warganegara Malaysia..jgn sebab teori ni dah tamat, penjajah plak yang ambil alih...ishh..mintak jauh la..
Come on rakyat Malaysia..Come on orang Islam Malaysia..
Siapa nak jadi PM nanti??
Menonjol la sekarang dengan sifat kepimpinan yang sepatutnya..!!!

3 Apr 2009

4 comments
Posted in

AKHIRNYA.....kisah di UUM

Akhirnya....setelah 3 tahun penantian..penat berjalan kaki ke kuliah, letih membuat tugasan, lesu bersengkang mata mengulangkaji..segalanya seolah-olah terbalas walaupun tidak sampai 2 minit berada di atas pentas semasa hari konvokesyen ke-22 Universiti Utara Malaysia..

Sedikit coretan sekitar hari konvokesyen inginku kongsikan..

26 Mac 2009, 6.30 pagi..aku tiba di Changlun..

Pemandu pelancong kejutkan aku daripada tidur, “Adik,adik..!!adik turun Changlun kan..?”.Memang aku dah di depan perhentian bas Changlun!!Fuh kalau tak dikejut, memang aku dah sampai Hadyai..Bas yang aku naik tu ada pelancong Britain, China, dan entah dari negara apa lagi, aku pun tak tahu..

Jam 6.30pagi, nasib baik Nadzrul datang menjemputku..aku datang semata-mata untuk mengambil jubah konvokesyen. Aku menginap di bilik Haikal & Nadzrul.. Sedihnya, ujian M-Test KPLI terpaksa aku korbankan kerana ia dijalankan setara Malaysia pada tarikh 28 Mac sedangkan konvokesyen aku pada 29 Mac 2009..Mudah-mudah rezeki aku masih terbuka luas..

29 Mac 2009, aku dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa dengan Kepujian. Mak, ayah, adik, angah dan abang Ben datang meraikan.. Terima kasih sudi datang ke hutan Sintok ni.. Keluar daripada dewan, hampir 30 minit baru dapat cari famili aku..Kaum India memang ramai..dah macam pesta kaum India plak masa tu..Walaupun hujan renyai pada hari itu, aku sempat bergambar dengan rakan-rakan dari Kolej Petronas..(Hubungan kami memang luar biasa..hadir setiap kali ada kawan-kawan menerima ijazah)..

Hari berikutnya aku bergambar keliling UUM bersama Faizal..Bayan ngan Metro jadi cameraman..Memang bergambar sakan sebelum pulang jubah..dah nak hitam muka sebab berpanas..

31 Mac 2009, aku tiba di Lucky Garden pada jam 7.30 pagi..bas dari Kedah tu tak lalu di pekan Yong Peng..tidak ada siapa yang boleh menjemput aku pulang ke rumah..(ayah kerja, mak jaga adik di wad) Aku nekad berjalan kaki dari Lucky Garden ke rumah setelah yakin tidak ada bas yang akan lalu pada waktu itu..Memang seperti yang disangka,tiada bas ataupun teksi yang lalu..Sejam berjalan kaki,akhirnya aku tiba di rumah pada jam 8.30 pagi..penat yang tak terkata...

Kaki aku lenguh yang teramat sangat..sampai sekarang pun sakit lagi..Petang tu aku pergi melawat adik di Hospital Putra, Batu Pahat..adik kena tahan wad selama 4 hari..Kena caj RM2200..giler dasat..padahal takde bedah apa-apa pun..memang mahal...tak pe, yang penting adik aku selamat..








15 Mar 2009

No comments
Posted in

HMMMMM.....

DIAM ADALAH EMAS
Kadang-kadang aku rasa berdiam diri saja lagi tenang..
Banyak cakap,banyak salahnya..
Banyak salah,banyak dosanya..
Banyak dosa??..di mana tempatnya??
Fikirkan..

Tapi memang lumrah manusia..
Perlu berkata-kata, perlu berkomunikasi..
Setiap orang ada had patah kata yang ditutur dalam sehari..
Harapnya, pertuturan itu mendatangkan kebaikan..
Bukan menyakitkan hati atau perasaan orang lain..




4 Mar 2009

No comments
Posted in ,

Batang dah togel,berbuah satu..ooppss!!terlebih sudah..

Sepatutnya,post pasal gambar-gambar pelik atau menarik ni, aku publish dekat
tapi sebab benda ni berlaku depan mata aku dan aku sendiri yang snap picture ni,
so aku decide publish dekat page ni je la..kira macam pengalaman aku la..
(sbnrnye..ahh aku punya suka la blog aku..hahaha)
Kejadian ni dirakamkan pada 4 hari yang lepas (dari tarikh publish ni)
berhampiran Sekolah Agama Seri Bertam Yong Peng..
Korang tengok la sendiri..dah takde daun pun leh berbuah lagi..
tak tau la rasa buah dia tu camne..ntah-ntah kosong..
tapi tupai takde..jangan risau..takde sape nak tebuk..hahaha






4 comments
Posted in

HARI ULANGTAHUN AYAH KE 55 (04/03/1954)


Ni gambar ayah masa dulu...

Ni gambar ayah sekarang...
Memang nampak berbeza sebab 55 tahun dah berlalu..
Tapi ayah tetap sama pada kami semua..
Seorang ayah yang telah membesarkan dan masih membesarkan 7 anaknya
dengan ketegasan dan kasih sayang..
SELAMAT HARI LAHIR AYAH !!!
soalan yang sering ayah tanya pada anak-anaknya,ditanya kembali..
"Apa azam ayah agaknya untuk hari lahir ke 55 tahun ini?"
SEMOGA AYAH SENTIASA DALAM RAHMAT ALLAH
DAN
DIPERMUDAHKAN URUSAN DUNIA AKHIRAT..
~AMIN..~