Hari ini dimulakan dengan baik sekali. Aku rasa bahagia sebab jadual mengajar aku cuma satu kelas sahaja.. Itu pun selepas rehat.. hanya sejam. hehe.. Baik lah tu sebab semalam (Rabu) jadual mengajar aku padat.. takde masa free langsung.. dari pagi sampai waktu balik ada kelas. huhu.. Tapi rupanya langit tak selalu cerah.. Kebahagiaan yang mengulit pagi aku di sekolah seolah-olah dirampas.. wah bunga-bunga bahasa plak aku ni..
Bermulalah episod yang kalau aku fikir dari sudut negatif memang tak best.. aku dikehendaki hadir ke Taklimat Pendidikan Khas di PPD Batu Pahat jam 2 petang.. Perjumpaan guru-guru pendidikan khas (GSTT dan GSST) bersama Pegawai Khas Pendidikan Khas Batu Pahat, Pn Siti Muslihat Binti Jailani.
Ceritanya begini, sebelum sesi taklimat bermula, Pegawai Khas aku ni meminta dalam ramai-ramai guru yang hadir (dalam 40 orang aku rasa) untuk jadi pencatat ataupun setiausaha majlis.. semua tak nak..termasuk la aku.. tunduk mmerenung meja.hoho..
Tiba-tiba...Pn Siti Muslihat meminta En. Arifudin Ateh untuk menjadi setiausaha.. Eh, tu nama aku..!!! aku pun senyum lebar sambil jawab boleh puan... Seumur hidup aku, aku tak pernah jadi setiausaha..huhu.. format minit mesyuarat pun aku tak ingat.. selalu jadi pengerusi jek..hoho..
Bermula la titik-titik kehidupan aku sebagai seorang setiausaha.. aku catat la apa yang patut..berdasarkan pengalaman melihat cikgu-cikgu di sekolah yang menjadi setiausaha..hehehe...
Kemudian ada perancangan mengadakan program jamuan akhir tahun pendidikan khas peringkat daerah.. maka jawatankuasa dibentuk.. Aku minta orang lain jadi setiausaha, tapi semua nak aku jadi.. 'teruskan' cakap guru-guru lain.. hampeh.. peringkat daerah ni, surat menyuratnya sahaja dah merumitkan.. huh,aku terima sebgai satu cabaran.. tapi masa pelantikan tu, aku macam tak rela..aku rasa macam sesak nafas..semua deria rasa aku hilang..rasa nak kentut pun hilang..hahaha.. tapi aku teruskan mencatat.. wat tenang je walaupun rasa macam nak menolak..haha
Maka, mulai saat ini, aku kena belajar format ISO yang terkini.. buat surat,buat laopran..segalanya ISO..minta-minta la aku mahir ISO lepas ni..huhu..
Tahniah buat diriku.. huhu..
21 Jan 2010
Alamak... kenapa la macam ni pula...
Posted on Thursday, January 21, 2010 by M.A.B.A
Categories: aku cikgu, pujangga bercerita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wahhh..!~ sgt bgus~ aku pon 1st time jd SU dlu utk mlm prgkaan..kelam kabut dowh~ huhu
ReplyDeletegiler femes encik arifudin kita
ReplyDeleteAnakku,
ReplyDeleteIngat tak suatu waktu dulu,
Semasa ayahmu sibuk selalu,
Tak kira hari kerja atau hari minggu,
Ke sana ke sini tak pernah jemu.
Ada kalanya tidur lewat malam,
Membuat kerja yang diamanahkan,
Tanpa mengeluh tanpa bertangguh,
Kerana kepercayaan orang menjadi tokoh,
Apa kata anakku?
Alahhh....ayah ni,
Asik sanggup kerja tu, kerja ni,
Sekarang amacam...?
Sebenarnya,
Sekali orang percaya kita,
Tunjukkan bahawa....sebenarnya memang 'ya',
Syabas.....semoga menjadi seorang guru yang unggul.
JADILAH SEORANG GURU dan bukan BEKERJA SEBAGAI GURU.
-GB CEMERLANG
yeah!!! bila ayah mu berkata-kata.......
ReplyDeletepas ni org akan kenal anak 'Cikgu Ateh'..
bukan lagi 'Cikgu Ateh'...sbb cikgu Ateh dah pencen....huhuhu..
hoho.. aku tgh blur ni..komen mana satu nak reply dulu..haha..
ReplyDeletekesimpulannya aku reply untuk semua:
TERIMA KASIH atas segal ulasan anda.. hehehe
(aku malas nak taip byk2)
owh ini ke minit mesyuarat yg ko btungkus-lumus..
ReplyDeletesusah2 dahulu, bsenang2 kemudian..
tahniah jd seketeri kacak...hehe
to mashimaro>>
ReplyDeletewahaha....baru ko tau kenapa aku btungkus lumus..hahaha