14 Aug 2013

No comments

Baru nak mencoret....

Assalamualaikum... selamat sejahtera pembaca sekalian..

dah lama aku tak post cerita di blog ni..kenapa ye..mungkin beberapa sebab..

1. kewujudan fb..lebih mudah aku share gambar dan story kontot kt fb...
2. kesibukan menjadi ayah..hehe..tak dapat buka laptop..uqail mesti dtg tepuk2 laptop..last skali, dia berdiri     atas laptop aku..huhuhu.. anak...anak...
3. aku ada galaxy tab..makanya nak share something dkt blog ni mmg malas ler...payah nak menaip..

mood nak menaip, tp malas nak taip dengan ayt dan tatabahasa yang betul..huhu..format pun belasah je la labu....

malam ni, jam di laptop 11.27pm, 14 Ogos 2013, aku menaip...huhu
aku di rumah mertua di Jementah..sempena cuti raya panjang ni... balik kampung isteri
anak pula tak sihat...bini pun tak berapa sihat..jd sambil berjaga malam, tunggu time anak makan ubat, aku pun merajinkan diri buka laptop..tiba-tiba rasa nak buka blog plak..

raya ni, anak aku tak sihat plak...demam, batuk, selsema..aku takut dia kena jangkitan paru-paru..sian nanti.. pagi tadi dh ke klinik mahkota di segamat..ramai orang kesian Uqail tunggu lama sangat..sampai tertido..

Uqail tak seceria seperti hari sebelum ini..dia banya meradang..barangkali badannya sakit-sakit.. di usia nak masuk 10 bulan, gigi dah 2 atas,2 bawah...kaki dah brtatih 4,5 langkah..nak cepat besar anak aku ni...

dalam kereta td, plastik ubat uqail penuh dgn muntah ummi..ummi pun mabuk mabuk..(mengandung ke??hehe) insyallah..UPT dah menunjukkan keputusan positif..tp tak bawak jumpa doktor lg...kt segamat ni doktor lelaki plak yg dia tau..so tunggu balik batu pahat la baru check..rasanya baru sebulan..baru sangat.. cuma kali ni ummi mabuk teruk tak macam masa mengandungkan uqail dulu..

Jadi dalam kereta, aku je la yang sihat..hehe.. tak berapa sihat gak sebenarnya.. kaki kanan aku ni masih terasa lenguh..walaupun dah berkurangan, tapi bila dukung uqail, mmg terasa sampai lenguh..maunya uqail dh 7 or 8 kilo aku rasa.. dia tak sihat ni, nak tidur sambil dukung je...

Ummi dah mabuk, ayah la yang kena dukung... tak pe la demi anak...hope Allah sihatkan aku untuk jaga keluarga aku..Allah sihatkan lah kami semua..

OK..jumpa lagi..berangan nak upload gambar uqail dari lahir sehingga sekarang...tunggu masa yang rajin..hehe

1 Jan 2013

1 comment

CUTI+GAJI GOV= PLANNER

SEMPENA TAHUN BARU 2013 DAN SESI PERSEKOLAHAN YANG BARU

DAPATKAN PLANNER 2013
KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN DAN SAVE

(jangan risau,nampak kabur. tapi print nanti cantik je..)

Semoga tahun 2013 ini lebih dimanfaatkan sebaiknya!!!
selamat mengajar semula cikgu-cikgu di Malaysia..!!!!


PLUS ++ PERINCIAN SESI PERSEKOLAHAN 2013


8 Dec 2012

1 comment

Cahaya keluarga..


30 November 2012 -
Muhamad Ariq Uqail pertama kali sampai ke rumah atuk Yong Peng. Perjalanan dari Jementah bermula jam 3 petang akhirnya tiba ke destinasi lebih kurang jam 5 petang. Ayah memang memandu dengan perlahan bimbang bergegar atau brek secara mengejut. Sebelum tiba rumah atuk, ayah tunjukkan dulu rumah yang bakal disewa nanti. Tak jauh. Di Taman Utama Yong Peng sahaja. Ketibaan Uqail di rumah atuk disambut dengan gembira dan meriah.

Malam kedua, Uqail sukar tidur malam. Aduhai.. asyik nak dipegang sahaja. Usianya sudah 45 hari. Rutin tidur pun sudah berubah. Siang sangat nyenyak. Malam  sekitar jam 2 pagi hingga 5 pagi tak mahu tidur. Ayah dan ummi bangun silih berganti. Berterusan beberapa hari.

06 Disember 2012 -
Pertama kali Uqail dibawa berjalan. Ayah, Ummi, Tok mak dan mak usu ke BP Mall untuk membeli stroller. Berangan nak beli jogger, tapi memandangkan jogger ni makan ruang terlalu besar di dalam but kereta nanti, ummi pun stroller saja. Tapi Uqail tak berapa selesa di dalam stroller. Mungkin baru lagi dan Uqail masih kecil.

Kepenatan kerana berjalan, malam itu Uqail tidur nyenyak. Senang hati ayah. Malam itu juga pertama kali Uqail minum susu ummi dari botol susu. Ayah suruh biasakan dengan botol. Nanti kalau ummi dah kerja, susah pula Tok Mak nak jaga Uqail.

08 Disember 2012 -
Ayah terjaga dari tidur sebab dengar Uqail merengek. Ayah tepuk tenangkan Uqail, tapi Uqail mengeliat dan menendang-nendang. Eh, Uqail dan mula mengiring!! Ayah betulkan kedudukan Uqail.
Anak ayah ni dah semakin besar.. Kadangkala tersenyum apabila diagah. Leher pun sudah kuat untuk tegakkan kepala walaupun tak lama. (setengah minit dikira lama juga).

Ayah dan ummi menunggu lagi perubahan dari Uqail. Besarlah dengan sihat nak.. Ayah dan ummi akan menjaga Uqail..

18 Nov 2012

No comments

SAVE GAZA!! : WALLPAPER UNTUK IKON DESKTOP


WALLPAPER DESKTOP EDISI SAVE GAZA!!
letak la kt desktop supaya desktop anda nampak kemas..
(save gambar, lpas tu klik kanan, 'set as dekstop background')
sila guna link download di bawah utk gambar lebih berkualiti.


Lihat hasil DEKSTOP nanti di gambar paling bawah!!
(memang sengaja besarkan rak tu..hehe)
kalau nak tukar gambar dalam frame tu,
boleh guna photoshop (atau apa sahaja yang anda pandai),
 place gambar baru, kemudian transform gambar guna 'distort'
anda boleh ubah perspektif gambar ikut kesesuaian bingkai gambar tu..
kalau tak faham, rajin-rajin la bertanya.. :)




JENG JENG JENGGGG..... KAN NAMPAK LEBIH KEMAS DAN STYLOO..
SELAMAT MENCUBA!!!


22 Oct 2012

4 comments

Babak seram di Hospital Tangkak




 20 Oktober 2012

Plot 1

"Anak awak kena tahan wad.", doktor jelaskan pada aku dan isteri. "Berapa lama doktor?", aku tanya walaupun dah tau jawapannya. "Sampai dia ok la..", jawab doktor berbangsa Cina itu.
Bacaan kuning anak aku yang terkini ialah 24.5..pagi tadi 17. Risau jugak aku pasal jaundis. Yelah, sebagai guru pendidikan khas, hasil pembacaan dan maklumat yang aku dapat, aku tahu risiko kalau bayi dibiarkan jaundis. Lega sebab Hospital Tangkak ni mengizinkan anak dan ibu tidur dalam wad yang sama. Jadi takdelah isu ibu sedih nak tinggalkan anak.

Aku, isteri dan anak menaiki ambulan ke wad kanak-kanak. Padahal wad kanak-kanak tu belakang blok je dari tempat doktor tadi. Tapi disebabkan isteri aku baru 4 hari dalam pantang, tak berapa kuat nak berjalan, lalu disorong dengan wheelchair, dan naik ambulan. Wad kanak-kanak atas bukit, sape nak sorong dia. Aku dah pegang baby.

Sampai di wad yang dikelilingi pohon besar dan berdaun rimbun, aku pun masuk ke wad itu bersama isteri dan anak.  Ada dua pesakit je?? Satu dalam bilik isolation. Kena cirit birit. Tandasnya aku lihat jauh dihujung wad. Aku teman isteri sampai 7 malam. Lepas tu, aku pulang ke Yong Peng. "Esok ayah datang lagi ye", kata aku pada isteri dan anak. Maka bermalamlah isteri aku di wad itu.



Plot 2

Aku tiba awal di hospital ini. Semangat nak teman orang tersayang. Bual punya bual, isteri aku cerita, malam tadi dia dengar nurse bual-bual pasal cerita seram. Katanya di tandas wad ni, ada nurse terdengar bunyi air paip terpasang sendiri walaupun tiada orang. Aku bila dengar cerita tu, rasa seram plak bila ke tandas di wad ni. Berada dihujung wad, memang sunyi sepi.

Petang tu hujan lebat. Aku belum solat asar lagi. Zohor aku dah solat di Taman Tangkak Jaya. Tapi nak keluar untuk solat asar ni hujan lebat pula. Tunggu teduh, dah hampir pukul 5.30 pun tak teduh lagi. Aku nak jamak tak boleh pula. Yong Peng ke Tangkak cumalah 75km je ikut highway PLUS. Aku pun bangun tanya nurse tempat solat. " Bilik solat kat sini untuk perempuan aje encik." Ala, aku dah merayu pun dia tak bagi. Katanya, tempat solat lelaki dekat wad 2, Wad Lelaki.. Aku pun segera ke sana. Hujan masih turun tapi sudah renyai-renyai. Cuaca memang gelap la. Jam menunjukkan 5.45petang..

Sampai di wad 2, aku minta nurse di situ tunjukkan tempat solat. "Di belakang blok ni encik. Ada surau." Alamak, tak bagi aku guna bilik solat kat sini la tu.. Aku pun berjalan lagi untuk ke surau. Mata aku meliar cari papan tanda 'SURAU'. Aku dah jumpa. Tapi..ada yang tak senang. SURAU, BILIK PENSTERILAN, RUMAH MAYAT.. penunjuk arah yang akhir tu buat aku tak sedap hati. "RUMAH MAYAT".

Aku fikir banyak kali, nak ke surau ke, nak keluar je drive dan solat di surau yang aku pegi semalam. Tapi hujan agak lebat sedikit dari tadi. Ah, pergi je la. Aku nak solat, ape nak takut. Kata hati aku menenangkan perasaan.huhu.. Makin aku berjalan nak ke surau, makin lengang dan sunyi. Memang takde orang langsung. Sebab persekitaran di situ blok yang entah apa-apa. Macam ofis, tapi dah 5.50, memang la dah takde orang.

Aku tiba di surau, takde orang. Pintu surau tertutup. Ya Allah, surau ni dekat betul dengan Bilik Mayat!!.. Ada la dihadang dengan pagar je. Aku tak tau kenapa aku rasa seram. Dah la hujan, takde orang, sebelah bilik mayat pula tu. huhu.. Aku pun solat keseorangan. Tapi hati memang tak berapa khusyuk. Ada je terfikir kalau ada yang tepuk dari belakang, ada yang aminkan dengan kuat la, ada yang ketawa la..Macam-macam aku fikir. Ape la orang lemah iman ni ek..

Plot 3

Selesai solat, aku pun segera keluar menuju ke Wad Kanak-kanak. Hujan masih turun. Aku tak jumpa isteri sebaliknya terus ke tandas di wad itu. Aku cuci tangan bersih-bersih dan tiba-tiba ada rasa nak terkencing. Boleh pula masa ni la aku teringat cerita isteri aku  pagi tadi. Adoyai...aku dah tak tahan, aku pun masuk je tandas. Sambil buang air kecil tu, mata aku melilau tengok atas. Macam penakutkan?? tapi memang ada takut skit la..Kalau boleh nak minta nurse teman je.Hahaha.. Masa nak keluar tandas, aku buka pintu perlahan-lahan. ASTAGHFIRULLAH....!!! Aku istighfar dalam hati. Aku terkejut sebab masa buka pintu perlahan-lahan, aku nampak macam ada kain putih bungkus dekat dinding depan pintu.!!

Pocong ke? boleh plak kepala aku fikir ke situ. Aku buka lagi pintu dan tengok memang ada benda tu macam terbaring depan dinding menghadap pintu tandas.
KURANGAJJAAARR!!! Aku menjerit kecil sambil buka pintu tandas tu. Aku melangkah keluar tandas dengan berani. Hujan semakin lebat masa itu.

Aku berdiri menghadap 'benda' tu, sambil berkata, " Cis, macamana aku boleh takut plak". Aku ketawa kerana bungkusan kain putih tu hanyalah gumpalan kain cadar pesakit. Tapi boleh tahan siot jugak aunty cleaner ni, boleh plak dia ikat gumpalan kain cadar tu ala-ala macam pocong. Nak je aku kapankan aunty tu. Aku tak perasan kain tu masa aku masuk tandas tadi.

Keluar dari tandas, aku cerita pada isteri aku, dia ketawa sampai dia cakap , "Dah la, orang sakit bawah la bila ketawa". Lagi la aku ketawa. Hahahahaa...sekian...