29 Jun 2009

2 comments

SAGA...TERSAGAT DUIT AKU..

Oh Saga BLM yang aku sayang..
Janganlah kau meragam ataupun rosak..
Hari ni kau dirawat di Proton servis untuk kali ketiga dan ini merupakan kali terakhir kau dapat servis percuma (percuma untuk upah pekerja je.. barang-barang masih kena beli..)
Jikalau kau dapat mendengar, aku dikenakan RM111.2o untuk servis terakhir bersama Proton ini..
Tak mengapalah kalau itu yang terbaik untuk kau..
Yang aku geram tu, brake-shoe set yang dibetulkan dua minggu lepas, berbunyi kembali..
Siapa yang perlu aku salahkan.. aku hanya memandu pergi balik kerja sahaja..
Aku harus berhati-hati untuk masa depan yang belum diketahui..
Kalaulah aku perlukan lagi 30 sen untuk membeli kereta toyota vios ataupun honda civic..
alangkah indahnya....

aku dah tak tau nak merepek apa kat blog untuk minggu ni..luahan mengenangkan bajet aku dah lari!!!!!
biarlah handset aku terus macam ni...

28 Jun 2009

No comments
Posted in

Kanching Rawang...

AIR TERJUN KANCHING..MEMANG BEST...

Hari Sabtu diisi dengan aktiviti bersama rakan pejabat..K-rol menjadi ketua ekspedisi ke Air Terjun Kanching, Rawang.. Perjalanan ke sana dari Shah Alam tidaklah sejauh yang disangka.. Hanya dalam kurang sejam kami sampai. Pengunjungnya pula tidaklah begitu ramai.. TAPI...

Tapi kami diganggu oleh monyet-monyet disitu.. sekumpulan monyet sering mengganggu pengunjung dengan mencuri bekalan makanan yang dibawa.. Memang geram dengan gelagat monyet tu.. Sudahnya, kami letakkan makanan berhampiran tempat kami mandi. tu pun monyet tu curi air kotak kosong dan sos cili yang dah dituang ke pinggan.. Mampos ko makan cili..hahaha "jangan monyet..jangan.." (aku teringat kartun monyet dengan kancil masa kecil-kecil dulu..hahaha)
MONYET HUDUH..

Kami sampai di Shah Alam sekitar jam 4.. semuanya keletihan.. Aku tertidur tak sedarkan diri.. tau-tau dah magrib.. Mungkin ini lah aktiviti luaran kami yang terakhir kerana selepas ini cuti Sabtu Ahad padat dengan hal-hal kerja, kursus dan bulan Ramadhan semakin hampir..

22 Jun 2009

3 comments
Posted in

Menempa nama mencipta rekod peribadi..

Hari ini aku agak malas nak pergi kerja.. aku memang sengaja bergerak lewat sedikit seperti biasa.. sekitar 7.25am baru keluar rumah.. sekali sesak pula jalan..padan muka aku.
Sampai di pejabat, aku parking di tepi The Store.. memang kawasan jajahan MBSA untuk menyaman kereta di situ.. tapi sebab risau punch kad merah, aku pun parking je la untuk sekejap.. jangan kena saman sudah...
'Ada lagi 15 minit!!' aku cakap pada diriku sendiri..macam nak bagi semangat yang aku tak terlewat.. Seperti yang aku duga, lif pulak sesak..macam biasa, mesti kena tunggu dalam 10 hingga 15 minit baru boleh naik lif.. tu pun kena berani menyelit.. biasanya memang air wudhuk aku terbatal la sebab berhimpit dengan perempuan.. huhu..
Tapi kali ni aku tak dapat menyelit.. sebab semua perempuan..hoho.. Dengan penuh yakin, aku berlari di tangga menuju ke tingkat 10.. Pejabat aku.. tingkat 5 aku rasa steady lagi..sampai tingkat 7 aku rasa dah mengah.. tapi aku teruskan larian.. kat tingkat 8 ada makcik-makcik bersantai pula.. aku pun jalan minta lalu sambil kawal pernafasan.. konon-konon tak nak bagi nampak penat..hehe.. sambung berlari sampai tingkat 10.. alamak ramai plak budak-budak perempuan kat pintu.. semuanya tunggu aku sampai la tu.. haha..bukan ape..selagi aku tak buka pintu bilik di tingkat 8, memang budak-budak ni tunggu kat pintu tu..kunci kan kat aku..
Sambil berjalan kawal pernafasan, aku pun berjaya punch kad jam 7.50am.. Satu rekod cemerlang menaiki tangga dalam masa kurang 3 minit..hahaha.. ok juga stamina aku ni..hehe..aku duduk sekejap, ambil angin.. jam 8.15am baru aku alih kereta di tempat yang takkan kena saman.. nasib baik ada tempat lagi..
Aku rasa kepala macam berpinar.. ingatkan sebab kurang tidur..mahunya tak kurang.. main futsal 1am sampai 3am pada hari Sabtu lepas.. tapi tidur cukup rasanya.. sebelum main futsal pun aku dah rasa macam ni.. balik kerja petang tadi pun aku rasa macam bergoyang kepala aku.. macam bengong.. nak dikata tekanan kerja, takde la tekanan pun..hari ni relax je sebab bos takde.. haha.. aku pun tak tau.. moga-moga esok sihat la macam biasa..

20 Jun 2009

No comments
Posted in

21 JUN 2009...

SELAMAT HARI BAPA KEPADA AYAHANDA TERSAYANG
DI YONG PENG

Terima kasih duhai ayah....
Lahirku ke dunia ku disambut penuh syukur...
Bisikan azan ke telinga kalimah nan luhur..
Sayang ayah mendidik ku tak pernah jemu..
Halalkan lah makan minumku..
Maafkan lah salah silap ku..
Tanpa maaf dan juga restu hidupku jadi tak menentu..
Tiada yg lebih bernilai dari pengorbanan yg suci itu..
Tak berdaya aku membalasnya moga ku jadi anak yg bertaqwa..
Jasamu ayah akan ku kenang selamanya..
PadaMu Allah aku berdoa..
PadaMu jua aku meminta..
Rahmati ayah tercinta..
Ampunilah dosa-dosanya..
Panjang umur murahkan rezeki sejahtera..
Dalam ketaatan moga berbahgia di dunia di akhirat peroleh syurga..

**digubah oleh anakanda Arifudin..




18 Jun 2009

No comments
Posted in ,

TELEFON AKU......ADOYAIII

Telefon bimbit sekarang bukan lagi sebagai gajet semata-mata. Kini ia semakin penting pula.. Kalau dulu, tiada telefon bimbit, tapi tiadalah besar sangat pun masalah nak berhubung dengan sahabat, dengan saudara mara dan ahli keluarga.. Sekarang ni, tiada telefon bimbit disisi pun dah macam masalah besar pulak..

Dulu ada telegram, kad raya, emel pun dah cukup canggih.. tapi sekarang semuanya SMS ataupun telefon je la dari mana-mana tempat.. Di dalam tandas pun masih boleh berkomunikasi!!!

Kadang-kadang terfikir, semasa di universiti, agak sukar nak berhubung dengan 'geng assignment' kalau takde kredit handset..apatah lagi kalau telefon rosak!! memang tak terbuat la tugasan tu.. mesejnya ringkas saja, "petang ni discuss di cafe kolej"..dan macam-macam lagi arahan daripada ketua kumpulan .. tapi bagaimana orang terdahulu di Universiti tu berhubung untuk membuat tugasan agaknya?? tak ramai yang mampu beli handset masa tu...Mereka boleh tamat pengajian juga...boleh menjawat jawatan hebat-hebat pula tu..

Aku pun ada handset..tapi dah makin rosak plak..huhu..sebelum ni 'casing'pecah..aku biarkan je.. sekarang ni skrin plak dah gelap..lampu terbakar gaknye..hahahaha.. tapi aku tak repair pun.. selagi boleh guna untuk mesej dan berbual sudah cukup.. (tapi nak mesej kena cari cahaya terang la,kalau tak..tak nampak!!) bateri memang dah kong..hari-hari nak kena cas.. Aku ada plan nak beli.. cuma duitnya aje belum ada..huhu..

Ni la perkembangan dan kepentingan telefon bimbit pada kita.. ayat-ayat untuk orang takde handset...memang berubah dari tahun ke tahun!!!

1998: Solidarity (”Yeah, me neither–I hate those things!”)

1999: Envy (”Lucky you; I had to get one for work.”)

2000: Indifference (”Okay, what’s your home phone number then?”)

2001: Encouragement (”You should get one–you can play Tetris on them now!”)

2002: Confusion (”I thought you were, like, a tech guy.”)

2003: Sympathy (”They’re getting pretty cheap. You’ll be able to afford one soon.”)

2004: Irritation (”So how am I supposed to get a hold of you?”)

2005: Derision (”If we go out tonight I’ll send you a fax.”)

2006: Skepticism (”Are you serious?”)

2007: Awe (”Wow, you’re like the last one.”)

2008: Incomprehension (”You don’t … how …?”)

2009: ??? nak cakap pe plak ni???hahahaha