28 Jul 2011

No comments
Posted in

PAKAI VS TAK PAKAI

Apa yang aku dapat dari internet..


* nama adalah rekaan.. ini hanyalah cara dakwah baru..
kan orang suka baca komen di facebook

10 Jun 2011

No comments
Posted in

SEMINAR PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU DAN PENSYARAH PENDIDIKAN KHAS / PEMULIHAN KHAS.

Atas rasa ingin membantu rakan-rakan, saya uploadkan surat untuk anda download..sebarang kemusykilan, sms jer..

SEMINAR PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU DAN PENSYARAH PENDIDIKAN KHAS / PEMULIHAN KHAS.

TARIKH : 15 JUN 2011 - 16 JUN 2011
TEMPAT:  IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
MASA    :  8.00 PAGI SEHINGGA 4.30 PETANG
TAJUK   :  1. STRATEGIES FOR SUCCESSFUL INCLUSION
                  2. PLAY APPROACH
PEMBENTANG :  MICHELE TOTTERDELL (AUSTRALIA)
                              DR. LIM BOON HOCK (WINGS MELAKA)

muat turun surat panggilan di sini..klik jer.. (ada surat dan nama guru)

makluman: Senarai nama yang ada disertakan hanyalah senarai nama guru dari JOHOR sahaja..Saya tak dapat senarai nama guru Melaka..harap maaf..

15 May 2011

No comments
Posted in

Selamat Hari Guru...

Tahun ni, kali kedua aku menyambut Hari Guru sebagai guru..(Hari Guru 2011= sambutan kali ke 40)

29 Mar 2011

No comments
Posted in

Baca sendiri...!

Ni je yang aku nak share..
Gunakan akal dan iman untuk menilai sendiri...

28 Jan 2011

No comments
Posted in

Masa berlalu..

Guru yang hebat, memikirkan segalanya walaupun sedang memikirkan hal lain.


Sudah dua minggu berlalu. Praktikum yang bermula pada 17 Januari terasa seperti semalam baru bermula. Penyeliaan pertama pada hari Rabu, 26 Januari 2011 sangat mengujakan. Pensyarah datang, JPN dan PPD daerah juga datang. Pensyarah mesej aku pada jam 9 malam, "Salam, sya dtg obsev esok".. Sangat ringkas. Aku yang sudah bersiap sedia untuk penyeliaan berpasangan terus mengubah plan. Memang malam itu aku bertungkus lumus menyiapkan persediaan mengajar, membuat BBM dan mengemas kini portfolio.

Alhamdulillah, berjalan lancar walaupun aku diminta oleh pensyarah untuk mengajar sekali lagi kerana semasa beliau datang, masa mengajar aku telah berlalu. Aku tidak duduk sekali bersama wakil dari JPN dan PPD kerana melayan pensyarah yang hadir. (bagus juga!)

Selesai satu pemantauan.. ada lagi berapa, aku pun tak pasti. Cuma masa yang ada ini, aku cuba mencari di mana kegemaran pelajar dan apa aktiviti yang pelajar suka. Semuanya aku akan gunakan ketika pemantauan berikutnya.