15 Apr 2009

Terbaca Emel Sendiri..

Masa keje kat PTP, aku ada dapat emel..Mesejnya lebih kurang mcm bdk2 pompuan sekolah menengah slalu wat la..RESEPI KEJAYAAN atau dikenali dgn whatever nama lagi la..ala yang mcm ni la.."gaulkan usaha yang diadun dengan ketabahan beserta doa yang istiqamah..."and ntahapeape ayat lg la..(sumpah aku tak pernah baca artikel mcm ni sampai abis..geli..haha..kat majalah sekolah mesti ada tiap-tiap tahun..).

Tapi emel yang member aku bagi ni lain skit..Aku tertarik nak baca..sebab aku terbayang mcm aku telefon PTPTN..hampeh operater mesin yang jawab..wat abis kredit aku je..memang ilang sabar..!!!Ok, rerajinkan la mata untuk baca artikel kat bawah ni..baca subtitle movie sejam boleh..ni tak sampai 2 minit pun..Layankan...


Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:
Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."


Atau....

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu.
Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Atau,

Pernahkah anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:
"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat Jibril, Tekan 1.
Dengan Malaikat Mikail, Tekan 2.
Dengan malaikat lainnya, Tekan 3.
Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat anda menunggu, Tekan 4.
"Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,sila tunggu sampai anda tiba di sini!!"

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :
"Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah lebih sekali menelefon hari ini.
Sila cuba lagi esok."

atau....

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu.
Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita,Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!
Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda.
Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk.
Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.
Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini:
24434
2: solat Subuh, 4 : solat Zuhur, 4 : solat Asar, 3 : solat Maghrib, 4 : solat Isya.
Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul" Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil.. Nombor 24434 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Haa..kan tak sampai 2 minit pun baca..Kalau lebih,anda memang slow membaca..hehe..Tak payah hurai la..ada otak sendiri fikir..ada akal sendiri ta'kul..

0 comments:

Post a Comment

selamat memberi ulasan