17 Ogos 2009..7.20am
Aku tiba di SK Ayer Hitam Johor..Perhimpunan sedang berjalan semasa aku sampai di sekolah tu..tapi aku duduk dalam kereta je..
Selesai perhimpunan, aku masuk ke pejabat sekolah.. serahkan surat tawaran yang aku terima..Aku lapor diri sebagai GSTT Pendidikan Khas..
Selesai..
Kemudian aku dibawa oleh guru besar, En. Parlan ke kelas pendidikan khas.. Aku diberi taklimat serba sedikit mengenai kelas tersebut.. Hari pertama tak banyak yang dapat dilakukan..selain bertegur sapa dengan guru-guru, aku berkenalan juga dengan pelajar-pelajar pendidikan khas ini..
Perkara yang tak menarik yang aku dengar ialah 3 kes H1N1 dilaporkan di sekolah ini..Seluruh warga sekolah memakai topeng..Aku pula tak bawa topeng..Jadi, aku lah orang paling kebal pada hari itu.. hahaha.
Selepas tamat sesi persekolahan, aku ke Johor Bahru.. pergi KPJ Johor.. Nak masuk ke hospital ni, diperiksa suhu badan la, kena cuci tangan la.. Aku nampak kedai jual topeng, aku pun beli.. RM2.00!!! hampeh la mahal.. tapi aku beli la jugak..kawasan bahaya ni..
Esok aku kena ajar Pendidikan Jasmani dan Kemahiran Hidup.. Huh, ajar je la..buku ada..
Sekian catatan pertama aku di sekolah SK Ayer Hitam ini..catatan kena skema..aku kan cikgu..hahahaha
Inilah wajah aku sepanjang sesi persekolahan minggu ini..huahuahua..macam cerita Naruto plak..
0 comments:
Post a Comment
selamat memberi ulasan