19 Aug 2009

Mari bersukan..

Budak-budak main hoki, aku pantau je..hikhikhik


Hari kedua di SK Ayer Hitam..


Aku datang dengan pakaian sukan..huhu..
Ajar kelas A dan B pendidikan jasmani..
Jam 8 pagi aku bawa pelajar-pelajar ke padang. Sesi panas badan pun bermula..
Aku arahkan semua lari keliling padang tiga pusingan..(padang kecil je).
Aku pun berlari tiga pusingan tau.. Tapi tak penat pun..Aku fit lagi ni, kata aku dalam hati..hahaha
Kemudian kami main 'musang dan ayam'. Aku dah jadi ayam, aku dah jadi musang..(alah kejar budak-budak je..kalau kejar usain bolt tu lain la..terkincit aku kejar dia..hehe)

Lepas tu main hoki..budak-budak ni pandai main..jadi tak susah pun nak jaga.. Aku yang tak pandai main sebenarnya..hahaha..aku kan kidal..setakat main pukul je boleh la.

Mengajar kemahiran hidup darjah lima tak susah pun..tajuk "Merancang dan menjual barang"..aku International Business..hehe..Ajar yang ringkas je..nanti tak paham pula budak-budak ni..
Esok masih ada..tapi guru-guru pendidikan khas ni akan ke hospital untuk bawa pelajar check up. jadi tinggal aku dan cikgu Hairiah saja..Mampukah aku terus tersenyum pada esok hari??huhu..

0 comments:

Post a Comment

selamat memberi ulasan