5 Aug 2009

Minggu sakit plak...

Sekarang ni memang macam-macam ada..ada penyakit, ada masalah ekonomi, masalah politik, masalah itu, masalah ini..

Ahad lepas aku rasa tak sedap badan..macam nak demam.. Lepas makan dekat seksyen 10, aku pun beli air 100plus satu botol besar.. balik umah, aku teguk setiap 20 minit. Aku berselubung nak bagi berpeluh.. Aduii sendi-sendi aku sakit.. aku tidur dengan keadaan berpeluh.. tapi sekejap je terbangun, nak ke toilet!! keluar toilet aku teguk lagi air..banyak kali aku ulang alik ke toilet.. kalau tak nak buang yang kecil, nak buang yang besar plak.. lemah juga badan aku tapi aku gagahkan juga.. nasib tak tercirit kat dalam umah..hahahaha..

Menjelang petang aku dah rasa elok sikit.. tapi badan agak panas.. akak dan abang ipar aku bawak aku ke klinik di seksyen 25.. suhu 38 celcius, batuk-batuk skit, sendi-sendi lenguh.. doktor cakap suhu 38 memang boleh bagi lenguh-lenguh dan sakit kepala.. aku takut H1N1 je.. Doktor cakap, simptom H1N1 ni tengok pada ampat perkara (doktor india..hoho)
1. Demam yang agak panas.
2. Batuk dan sakit tekak
3. Sesak nafas, sakit dada.
4. Baru balik dari oversea..(tapi yang last ini dulu boleh pakai..sekarang tak boleh dah)

So doktor suruh tengok dulu hingga hari ke empat.. kalau demam panas tak surut juga, baru buat rawatan lain.. Alhamdulillah, aku cuti Isnin je.. petang tu Isnin dah beransur pulih.. Selasa dah kena wat kerja balik....huhuhu...

Di pejabat ramai pula yang terbatuk la, demam la, selsema la.. mak aku dah call banyak kali suruh beli topeng tutup mulut.. ada juga kat pejabat yang dah pakai.. ada yang sampai basah aku tengok sorang akak ni pakai.. mana taknye, mulut dah tutup tapi tak reti senyap.. ada je nak berceloteh..basah dek air liur dia je la..hahaha..lagi berkuman tu!!!

Aku suruh budak-budak yang sakit-sakit ni gi klinik atau cuti je..tapi jangan diorang pura-pura sakit dah la..

Aku harapkan kerja-kerja aku berjalan lancar.. bila bos asyik panggil meeting, aku rasa macam closing banci dah makin dekat tapi result yang aku dapat tak dapat capai target..salah aku ke??? atau salah rangka yang aku dapat??aku baru capai 20%..target nak 80%..adoyaiiii...mana nak cari ni..


aku nak beli juga la topeng tutup mulut ni..

Ni bukan kuman H1N1 je..budak kentut cirit buih kat pejabat sekalipun aku takkan terhidu..haha
.
Pakai camni takut responden takut nak dekat plak..


Pakai camni kalau dah kena selsema babi kot..hidung dah jadi babi gaknye..huahuahua

2 comments:

  1. mcm haram semua topen ko!!

    ReplyDelete
  2. gelihati betul mak tengok topeng2 awak ni?yang mana kegemaran awak tu?yang akhir tu paling kelakar!

    ReplyDelete

selamat memberi ulasan