27 Feb 2010

Lama blog aku ni terbiar..



Semuanya kerana laptop aku rosak..
Dah lama aku tak jenguk laman blog aku ni.. bukan tak ingin menaip lagi. Sebenarnya, banyak perkara yang berlaku dalam dua minggu kebelakangan ni.. Rombongan Pendidikan Khas Ayer Hitam, latihan sukan, hal-hal di sekolah, aktiviti harian aku, banyak lagi perkara yang ingin aku kongsikan.. tapi sebab dah lama tertangguh, idea-idea untuk penulisan tu dah terkubur.. aku jadi malas nak refresh balik ceria-cerita tu..

Laptop aku terjatuh dari atas meja makan.. jatuh terus ke lantai. huh, memang sayu sebab banyak laporan mesyuarat, kerja khusus, dan pelbagai dokumen lain lagi dalam laptop tu. Laptop yang aku jaga selama ini, tidak pernah diserang virus ataupun rosak teruk, tiba-tiba saja tak boleh digunakan!! Kalau diibaratkan orang, tak pernah sakit, tiba-tiba ajalnya tiba..Selepas lebih kurang 5 minit on, laptop aku akan 'stuck'.. langsung tiada tindak balas kalau tekan tetikus atau papan kekunci..

Aku sempat copy dokumen yang penting sahaja ke dalam external hardisk aku.. tapi tak semua kerana saiz external hardisk aku ni kecil. Sebab tu la blog aku sunyi dan hampir dua minggu aku tak melayari internet..
Sekarang dah ok..dah masuk 'bengkel', tapi kena tukar hardisk baru.. dalamnya tak seperti dulu.. dulu penuh dengan software yang hebat-hebat.. takpe la, nanti aku install lagi. Jangan buat hal lagi dah la.. assignment tak siap lagi ni...

2 comments:

  1. Apasal tak tulis siapa yang ke hulu ke hilir sampai dua tiga kali bawa laptop tu ke bengkel dan tanpa upah apa-apa......paking keta......masa menunggu.....air liur bercakap dengan pomen......makan mi mamak.....minyak keta.....kehausan bunga tayar keta......tenaga nak bukak pintu kedai.....nak start engin keta....dan macam-macam lagi.....dan lagi....dan lagi.....

    ReplyDelete
  2. perghh...kan dah bagi duit...siap bg duit lebih lagi...lihat la para pembaca,ini semua mainan politik kotor..hohoh

    ReplyDelete

selamat memberi ulasan