7 Apr 2010

Sayangi hutan

Nampaknya artikel kali ini berbentuk ilmiah. Semuanya ini sebagai pautan dari brosur yang disediakan untuk memenuhi tugasan subjek Pendidikan Alam Sekitar di IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Mari terus ke isi penting brosur bertajuk "Sayangi Hutan".

“Pada akhirnya
Kita akan memulihara hanya apa yang kita cintai
Kita akan menyintai hanya apa yang kita fahami
Kita akan memahami hanya apa yang kita diajari”


Hutan hujan tropika adalah jenis hutan yang paling luas di Malaysia, iaitu meliputi kira-kira 60% daripada kawasan di Semenanjung Malaysia, dan kira-kira 75 % di Sabah dan Sarawak. Hutan ini biasanya terdapat di kawasan yang tingginya tidak melebihi 1000 meter.

Ciri-ciri utama Hutan Khatulistiwa ialah :· Pokoknya tumbuh lurus, tegak dan berakar banir
· Hutan malar hijau
· Pokok-pokok tumbuh dengan rapat
· Tumbuh-tumbuhan bawah jarang

Kepentingan hutan yang utama:
1.Membekalkan gas oksigen ke atmosfera
2.Habitat semula jadi hidupan liar
3.Menyeimbangkan mikro iklim sesuatu tempat
4.Kawasan tadahan air hujan dan mencegah hakisan
5.Sumber makanan
6.Sumber kayu-kayan, buluh dan rotan
7.Sumber tumbuhan ubat-ubatan
8.Tempat rekreasi dan pelancongan
9.Kawasan penyelidikan saintifik

HUTAN HUJAN MEMBANTU MENSTABILKAN CUACAHutan hujan membantu menstabilkan cuaca dunia dengan menyerap karbon dioksida daripada
atmosfera. Karbon dioksida yang berlebihan di dalam atmosfera dipercayai akan menyumbang kepada perubahan cuaca melalui pemanasan global. Maka hutan hujan mempunyai perhubungan penting dengan pemanasan global. Hutan hujan juga mempengaruhi keadaan cuaca tempatan dengan membentuk hujan dan menyederhanakan suhu.

HUTAN HUJAN MEMBEKALKAN KEDIAMAN KEPADA TUMBUHAN DAN HAIWAN
Hutan hujan adalah tempat kediaman kepada spesies tumbuhan dan haiwan yang banyak di dunia, termasuk banyak spesies yang menghadapi keadaan bahaya menjadi pupus. Apabila hutan ditebang, banyak spesies ditakdirkan menghadapi kepupusan. Beberapa spesies hutan hujan hanya boleh hidup di habitat semula jadi mereka. Zoo tidak boleh menyelamatkan semua haiwan.


HUTAN HUJAN MEMBANTU MENGEKALKAN KITARAN AIR
Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (U.S. Geological Survey), "kitaran air, juga dikenali sebagai kitaran hidrologi, menghuraikan pergerakan air yang berterusan di atas, pada dan di bawah permukaan Bumi."
Peranan hutan hujan dalam kitaran air adalah menambahkan air kepada atmosfera melalui
proses transpirasi (di mana mereka melepaskan air daripada daun mereka semasa fotosintesis). Lembapan ini menyumbang kepada pembentukan awan hujan yang kemudiannya akan melepaskan air balik kepada hutan hujan. Di Amazon, 50-80% lembapan tinggal di dalam kitaran air ekosistem. Apabila hutan ditebang, kurang lembapan dalam atmosfera dan jumlah hujan menurun dan kadang-kala membawa kepada kemarau.

HUTAN HUJAN MENGURANGKAN HAKISAN
Akar pokok dan tumbuhan hutan hujan membantu mengukuhkan tanah. Apabila pokok ditebang, tiada lagi benda yang melindungi bumi dan tanah dihanyutkan oleh hujan. Proses tanah dihanyutkan dikenali sebagai hakisan. Apabila tanah dihanyutkan ke dalam sungai ia menyebabkan masalah terhadap ikan dan manusia. Ikan menderita kerana air menjadi kabur,
manakala manusia mempunyai masalah apabila memudiki laluan sungai yang cetek kerana jumlah tanah dan lumpur yang meningkat dalam air. Pada masa yang sama, petani akankehilangan lapisan atas permukaan tanah yang penting untuk bertani.



FAKTA PENTING MENGENAI HUTAN :
>Hutan merupakan tempat tinggal kepada 300 juta orang penduduk di seluruh dunia.
>Hampir 2 bilion manusia bergantung pada hutan untuk sumber kayu api untuk tujuan memasak.
>Pada tahun 1989, hutan menghasilkan sejumlah 336 juta tan buah-buahan.
>Lebih 25% bahan aktif dalam ubat-ubatan berasal dari hutan. Nilai ekonomi bahan-bahan tersebut adalah US$43 bilion (RM109.2 bilion).
>Eksport kayu-kayan dari negara membangun pada tahun 1989 berjumlah US$13.4 bilion (RM34.0 bilion). Manakala nilai perniagaan rotan di seluruh dunia adalah US$2 bilion (RM5.08 bilion) setahun.
>Terdapat hampir 10 juta spesies flora dan fauna di seluruh dunia. Lebih 50% daripadanya didapati di dalam hutan tropika. Di Malaysia sahaja terdapat 14500 spesies tumbuhan berbunga dan 800 spesies tak berbunga.


1 comment:

  1. Untuk mengelakkan plagiat brosur,aku belum boleh upload lg brosur yang aku sudah siapkan...Nantikan..

    ReplyDelete

selamat memberi ulasan