17 Oct 2010

No 1 di Malaysia...hmm..

Aku hanyalah seorang guru GSTT yang sedang mengikuti kursus KDC (kursus dalam cuti) di Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Insyallah tamat pada bulan Jun 2011.

Sekitar jam 9 pagi aku dihubungi oleh Pegawai Khas Pendidikan Khas Daerah Muar, Tn. Hj Shafiee Hamzah.. Baru pulang dari program Pendidikan Luar anjuran maktab selama 4 hari 3 malam, aku yang sedang sibuk mengemas tali abseiling terpaksa meminta rakanku mengambil alih tugas. Begini perbualan kami....



HS=Hj Shafiee  MA=Mohd Arifudin

HS: Assalamualaikum Arifudin..
MA: Ye Waalaikumsalam Hj..Ada pe Hj..?
HS: Awak di maktab lagi ke?

MA: Ye Hj..saya tgh mengemas barang camping ni..

HS: Ooo..camnilah, saya hari tu pergi mesyuarat, markah awak paling tinggi kat Malaysia ni. awak dapat 100% markah INSAK..disebut-sebut tau

MA: Ye ke Hj??(aku senyum bangga..haha)

HS: Ye..betul..no 1 di Malaysia. Jadi saya nak minta awak bagi tip-tip jawab INSAK, teknik-teknik ke kat calon temuduga KDC nanti. Diorang ni temuduga Isnin nanti..Boleh?

MA: Allah...Saya main jawab je Hj..Ape la saya nk cakap kat diorang tu nanti..hehe (aku ketawa macho..) Berapa lama tu Hj?

HS: Awak kongsi la pengalaman awak.. Tak kesah la berapa lama.. Awak dapat 100% mesti ada rahsia dia. Makan, minum, minyak semua jangan risau la..Budak-budak ni dah kumpul duit dah..

MA: (Aku terkejut) Insyallah Hj..Saya cuba mana yang mampu.. Bila tu?

HS: Esok (Sabtu,16 Okt) jam 8.30 pagi di PPD Sungai Abong..Awak tau kan kat Muar ni..Tunang awak pun ada kat sini kan..Saya jaga dia elok-elok tau..

MA: Hahaha (sambil fikir, ni dh lari tajuk ni..Hj ni saja nak amik ati aku soh gi Muar..) Ye ke Hj?? Terima Kasih Hj...haha..Insyallah saya datang nanti.

HS: Eh, belum tunang lagi kan..bila awak nak tunang?

MA: Insyallah tahun depan Hj..

HS: Ooo..ok ok..awak datang esok ye..

MA: Ok Hj..Insyallah..

HS: OK Assalamualaikum.

MA: Waalaikumsalam..

Lepas tu aku terfikir.. apa la nak cakap kat calon-calon KPLI KDC tu nanti.. Ah, baik aku setelkan keje-keje ni dulu.. Banyak masalah aku pagi-pagi di maktab ni.. Aku lupakan dulu pasal ceramah ni.. Cepat tolong kemas wei..!! jerit rakanku.

Nanti aku ceritakan kisah aku memberi ceramah di PPD Sungai Abong..
(Terharu dan berbesar hati kerana dijemput memberi ceramah kepada calon bakal guru sedangkan aku belum sah jawatan.. Terima Kasih Allah. Beri aku peluang melangkah lebih jauh..)

1 comment:

  1. syabas...rezeki ada dimana2...& tahniah dapat menyambung khidmat keluarga 'Ateh' dalam dunia pendidikan...kak ngah doakan semoga terus berjaya...insyaAllah..

    ReplyDelete

selamat memberi ulasan