16 Oct 2010

Pendidikan Luar..Seribu satu kenangan....

Pelbagai cerita yang hendak dikongsikan. Tapi ada cerita yang aku biarkan menjadi kenangan aku seorang..
Begini ceritanya.....(sila baca lebih lanjut)

Tempat PL : Rizab Hidupan Liar Tanjung Tuan Melaka.
Tempoh     : 4 hari 3 malam (aku lebih sehari. 5 hari 4 malam)
Rating        : Best (4 bintang daripada 5)

9 Oktober 2010
Aku ke IPPM Melaka untuk menguruskan barang-barang sebelum bergerak ke Rizab Hidupan Liar, Tanjung Tuan Melaka. Ramai yang telah hadir jam 12 tengahari walaupun ada beberapa peserta yang tidak dapat hadir pada hari Sabtu itu. Kami berkumpul mengikut kumpulan, dan mula memeriksa barang-barang yang ingin dibawa. Biasalah, yang tak cukup, perlu dibeli, yang rosak perlu diganti.

10 Oktober 2010
9 pelajar lelaki diarah pergi awal untuk memunggah barang. (7 orang memunggah menaiki bas termasuklah aku,2 orang lagi mengambil buluh untuk aktiviti berakit nanti). Pagi itu, aku, Bad, Mahfiz, Kak Rokiah dan Ili berkejaran membeli ikan,ayam dan sayur-sayuran. Sekejap ke Tesco, kembali ke maktab, kembali semula ke pasar pula. Kereta Bad dan Kak Rokiah dah berbau ayam dan ikan. Fuh, belum bergerak ke hutan lagi aku dah lenguh badan. Tong ikan tu amatlah berat!! Siap air batu..bayangkan berapa banyak yang dibeli untuk 77 peserta dan berbelas pegawai.
Selesai membeli barang, kami bergegas ke maktab. Sesi memunggah barang ke dalam bas. Pun dikelolakan oleh peserta lelaki. Masukkan semua barang-barang kecuali beg-beg peserta sahaja. Memang bas penuh. Kami bertujuh diminta pergi awal untuk memunggah barang dengan menaiki bot menuju ke kawasan perkhemahan. Perjalanan menaiki bas ke pesisiran pantai tidaklah begitu selesa kerana bau dari segala alatan yang dibawa, ruang duduk yang sempit kerana dipenuhi barang lain, dan badan yang penat!! Aku dan rakan-rakan (Aku, Bad, Mahfiz, Fairuz, Shakef, Fazli dan Rashidi) tidak dapat tidur sepanjang perjalanan menuju ke destinasi. Kami bernyanyi, bercerita, dan macam-macam lagi, Tidak sedar kerja yang bakal menanti!!

Setiba di pantai, kami memunggah barang turun dari bas ke bot. Memang penat. Dah Maghrib masa tu. Gelap. Aku, Helmi, Shakef dan Fairus menunggu dalam keadaan yang gelap di kawasan perkhemahan sementara trip barang dan rakan lain tiba. Menghilangkan rasa takut, kami berbual hal-hal di sekolah.
Malam itu kami mengemas barang. Bersyukur kami banyak dibantu oleh En. Razak, pegawai perhilitan yang datang bertugas. Isterinya juga, Pn Zaimawati pensyarah jabatan PJK ada memasak untuk kami. Helmi beriya memasak manakala yang lain mengemas barang. Malam itu kami tidur di 'dewan berkumpul' beramai-ramai. Penat sangat, aku tak sedar pukul berapa aku tidur. Kali terakhir tengok jam sudah hampir jam 2 pagi. Sedar-sedar sudah 6.30 pagi..

11 Oktober 2010
Kami mengemas mana yang perlu sementara menunggu peserta-peserta yang lain datang. (Sementara menunggu mandi di pantai dahulu.hehehe.) Mereka akan melalui trek di hutan dengan beg masing-masing. Pada aku, menuruni cerun bukit yang lebih kurang 95 meter ketinggiannya dengan hanya barang yang sedikit tidaklah begitu mencabar. Tapi kami dipanggil juga oleh Ketua Jabatan untuk naik ke atas untuk membantu membawa barang!! Jujurnya hatiku berkata TIDAK ADIL.. kami penat semalam belum hilang lagi, kena naik dan turun pula bawa barang. Malas nak menimbulkan masalah, kami buat sajalah.

Aktiviti diteruskan, hari-hari berikutnya ada ceramah, ada berakit, setiap hari berqiamulail, abseiling, orientering, bird watching, jungle tracking dan ada lagi beberapa aktiviti berkumpulan yang lain.

PENGALAMAN YANG TAK BOLEH AKU LUPAKAN

Aku ditugaskan menjadi imam. Subuh memang aku conquer. Magrib Isyak, Zohor Asar bertukar tukar dengan imam Al-Bad..

Disebabkan nak kelainan, aku bagi tazkirah ala-ala muzikal. Cakap sikit,nyanyi sikit. dah macam Ustaz Akil plak..hahaha..Tajuk pasal kematian, lagu mati je la..nasib tak kena baling dengan telur..

Aku satu kumpulan dengan bakal tunang aku. Tapi tak banyak bercakap pun. macam-macam aktiviti. tak sempat berbual pun. Hampeh!!!

Aku pergi bird watching dengan 21 orang perempuan. Aku seorang lelaki.. penat naik bukit tapi control macho..hahaha. Bird watching tapi dapat tengok dua burung je. (pegi tengahari, sape suruh.!!)

Kumpulan aku berakit dan satu-satunya kumpulan pagi yang berjaya mengharungi gelora ombak. Team aku sampai Pulau Masjid. yang lain patah balik sebab takleh lawan arus.

Sepanjang program, aku mandi perigi. Tapi tak selalu mandi. Mandi nak menjelang malam je. air sejuk amat!! menggigil aku mandi, tapi best sebab badan tengah panas.

Aku kena 'tahan' masa di tengah-tengah Abseiling. Jahat budak-budak ni kenakan aku.. Puan Fatimah tanya, Siapa nama bakal pasangan awak..??? Aku yang tergantung akhirnya terpaksa menjawab, 'Insyallah Puan, kalau takde aral melintang, namanya Noor Awalin Mustafa, puan!!!!' Puan Fatimah terus tanya siapa Awalin.. Tuan punye badan jawab 'betul la tu'....yang lain tolong gelak je..hampeh..aku ikat semua dengan tali abseiling ni baru tau!! Tapi Puan Fatimah puji aku lepas tu. Dia cakap dia suka aku gentlemen. Bagus la camtu dia cakap..hahaha.. Padahal aku dah taknak tergantung dah masa abseiling tu..haha

Ada ular hitam lalu tepi kaki Awalin. Malam tu aku dengar 2 das tembakan, aku ingat En. Razak tembak monyet. Subuh tu aku dengar cerita ular itam lalu tepi kaki Awalin. Nasib baik takde apa-apa.. Kalau tak, aku gigit ular tu!!cheh,dah mati pun kena tembak dengan En. Razak.

Aku dapat panggilan dari Tuan Haji Shafiee Hamzah. Pegawai Khas Pendidikan Khas Daerah Muar.. eh kenapa orang Muar call aku plak. Aku kan daerah Batu Pahat. Sedang mengemas barang camping di maktab, aku menjawab panggilan beliau. Kisah lanjut aku akan ceritakan next entri nanti..

Aku hanya mengharapkan kawan-kawan tag gambar aku di FB.huhu..cepatla tag!

0 comments:

Post a Comment

selamat memberi ulasan