18 Oct 2010

RM 2 ribu lebih salah transfer

Ini kisah benar..pagi tadi, 18 Oktober 2010
Salah semak akaun!! Ah sudah..dah la RM 2 ribu lebih aku transfer. Aku hairan kenapa boleh salah transfer duit. Sedangkan no akaun tu aku dah ulang beberapa kali depan Haji semasa di maktab.

"Mungkin awak salah salin atau tulis", balas haji kepadaku.

"Alahai..camne boleh salah pula ni haji..kan saya dah ulang dua kali depan haji..ptg nti saya gi maybank", aku beri mesej padanya.

Hatiku geram juga. Mana boleh silap getus hati aku. Aku yang sedang menghadiri perhimpunan sekolah pagi Isnin ni mula tidak tenteram. Mana ada duit nak ganti duit banner dan baju tu..Mana nak cari tuan punya akaun yang tersalah tu.. Aku cuba tenangkan fikiran.. Aku segera masuk ke kelas selepas perhimpunan. Kemudian..

Setelah menerima pendapat guru-guru pendidikan khas yang lain, aku membuat keputusan untuk ke cawangan Maybank. Aku yakin, transaksi yang aku buat pada hari Sabtu itu mesti belum masuk ke akaun penerima itu lagi..Akaun Bank Islam, mesti paling dasyat pun 3 hari bekerja.. Aku ada peluang sebelum 2 ribu lebih jatuh ke tangan orang yang tak sepatutnya!!!

Aku segera meminta izin guru besar untuk keluar. Nasib beliau faham situasinya.. Aku memecut laju ke Yong Peng.. 18 kilometer.. Lori banyak sepanjang perjalanan.

MASA YANG MEMBENGANGKAN

Sampai di Maybank, kes aku ini membingungkan pegawai-pegawai bank. Mereka terkejut mendengar amaun yang begitu banyak boleh tersalah masuk. Aku cakap bukan salah aku. No akaun yang aku salin dah betul. Salah orang yang bagi.. Tapi aku terpaksa selesaikan sebab transfer dari akaun aku. huhu..

Aku dikehendaki membuat laporan bertulis.. macam report polis da... aku catat tarikh, no akaun yang dikatakan tersilap itu, dan amaun yang aku transfer. Pegawai bank akhirnya mengatakan aku kena call bahagian customer care. Aku marah juga,bukan main lama tunggu, itu je penyelesaiannya?

"Saya dah call..tapi banyak sangat arahan.tekan 1 la..tekan 3 la.. kredit pun dah habis, last2 takde orang angkat..!!" Aku tinggikan suara di kaunter maybank tu.

"Boleh tak kalau saya mintak maybank yang call??", aku lihat pegawainya muda lagi..mungkin baru..

Beliau pun menjawab, " Baiklah encik..nanti saya tlg call, tp encik yang cakap..". Aku bersetuju.

Tunggu lagi dalam 15minit untuk menembusi panggilan..Leceh..

Aku dikehendaki bercakap dengan Encik Aziz. Beliau mengatakan, maybank tak boleh buat apa-apa. Sebab dah transfer. Transaksi akan dibuat bermula malam ni. jam 12 malam. Aku diminta berurusan dengan Bank Islam pula untuk memastikan amaun tersebut masuk semula ke akaun aku.

"Ahh.. sudah...", bisik hatiku.

"Baiklah encik..",aku akur dengan keputusan itu.

Nampaknya aku kena berurusan dengan Bank Islam pula.

Aku menghubungi kakak aku di Shah Alam. Setelah menerangkan situasinya, aku meminta beliau tolong hubungi Bank Islam. Kredit dan bateri handset aku hampir habis...Tension aku..Mujur kakakku sudi membantu. Akhirnya aku dihubungi kembali.

Beliau berkata, "Nanti Bank Islam call ko. Nak confirmkan".

KEMUNCAK CERITA

Sambil menunggu, aku menikmati mee rebus di sebelah Maybank Yong Peng. Ada panggilan!! aku pun menjawab dengan sopan. Beliau dari Bank Islam dan meminta aku mengesahkan laporan kakakku tadi.

"Ye betul cik..,"aku menjawab.

 "Ok, sekarang encik nak transfer ke no akaun apa? Kami akan transferkan terus," pegawai tersebut memberi cadangan.

Aku pun menyebut no akaun baru yang diberi oleh Haji pada pagi tadi.

Setelah mengulang dan menyemak, pegawai itu berkata, "Encik, akaun itu tidak wujud."

"Haa??",aku kehairanan..

Aku bertanya siapa empunya akaun yang aku tersalah masuk tu.. Aku pun mengulang no akaun yang tersalah masuk tu kepada pegawai berkenaan..

"Encik kenal dengan Zu******m Bin M*** **i?" pegawai itu bertanya kepadaku.

"Eh, tu no akaun yang salah tu eh..tu saya kenal tu!!!" aku spontan menjawab.
(Lecturer aku!!!!!!!, aku seperti nak menjerit di kedai makan tu.)

Bermakna, kononnya salah masuk akaun tu sebenarnya tidak..BETUL la aku masukkan...
Eh..geramnya aku..aku dah tinggalkan kelas, aku dah bazir masa, aku dah bazir minyak, aku dah malukan diri sendiri kat pegawai maybank dan bank islam. HAMPEHH!!!!!

Dalam perjalanan menuju kembali ke sekolah, aku ketawa sendiri.. ada la sikit-sikit bahasa kurang enak didengar telinga sendiri...Ini semua bahasa godaan syaiton dan emosi aku...ADOIIIII!!!!!

Selesai sudah, aku mesej kembali kepada lec aku, memaklumkan hal sebenar. Sehingga kini tiada balasan..takpe...huhu..

9 comments:

  1. kecoh lec ko!...dapat kat tangan kak ngah, kak ngah luku2 kepala dia smpi berlubang...aku pon geram nih..aku punya la kelam kabut takot bank dah trfr...

    ReplyDelete
  2. arip caya la cerpen ni...aku baca sampaikan 1 perkataan pun x tinggal...tahniah...tp aku pun bengang gak jadi ko...2k tuu....aku punya la kelam kabut bace ingatkan di akhir story ni ko nk cakap tiba2 aku terasa seperti suara yang ku kenal...rupa2nya akau bermimpiiii...tp betu la pulak...

    ReplyDelete
  3. to angah: aku lg hangin...abis minyak ulang alik yong peng..xpe..pengajaran...

    to aishah : hahaha..aku dh ckp cerita betul beb...cakap masjid punye..mana aku pernah tipu..

    ReplyDelete
  4. aik..mana komen aku???? berbakul2 hangin aku kat lec. tu..... ape je niat dia wat kat ko mcm ni..... kurang asam kumbang.....eee....
    to huda bunny: luku je lec tu.... mengada... menyusahkan banyak pihak...
    aishah: ko ni kan shah....betul tau....dak arep wat cerita masjid yg kukuh tu... dia dianiaya...

    ReplyDelete
  5. haha...mmg nk post comment ni mcm pelik skit..
    kna klik 'post comment' tu dua kali..skali tak kuar,klik kali kedua kuar la ia...haha

    ReplyDelete
  6. huhu..patot arr komen aku hari ko post citer ni xde... ceh....

    ReplyDelete
  7. tergelak jugak aku baca artikel ko ni.. mesti ade hikmah yang tersirat dlm peristiwa ni.. hoho

    ReplyDelete
  8. to dewicun: tu la pasal..maaf atas masalah di luar kawalan ni yek..haha
    to norazali: aku balik bank tu pun dah tergelak..tp ada campur geram skit..haha

    ReplyDelete
  9. Ko yg skema sgt org melawak dgn btl2 pu ko x fhm...benda la...g satu waktu kk transfer xkan la x tgk betul2 nama yg keluar bangang jugak la ku rasa hahaha

    ReplyDelete

selamat memberi ulasan