5 Jan 2010

Simptom malas dah terasa... tolong...!!!

Adoyaiii... hari sekolah ni aku tak sempat nak update blog.. Balik sekolah terus tidur.. macam habit plak.. bahaya ni.. aku kena buang tabiat tidur penuh lena di kala petang..hahaha.. tapi pelik laa.. macam tak larat.. letak kepala kat karpet pun leh tertidur.. lama plak tu..hahaha

Lupa nak cerita, hari pertama sekolah macam sekolah lain la.. tapi sekolah aku ada wat majlis skit..majlis doa sempena buka sekolah..panggil imam masjid Ayer Hitam untuk memimpin bacaan doa.. aku macam biasa la..jadi fotographer..huhu..

Hari pertama lagi aku dah ke rumah pelajar di jalan Kluang.. Budak ni selalu tak datang sekolah.. jadi tahun baru ni aku kena wat perubahan..Hari pertama datang rumah, tengok-tengok keadaan murid ni.. Hari Selasa baru dia datang setelah aku jemput di rumahnya!! Ngengada ni...tapi biarlah asalkan dia nak ke sekolah..

Murid pendidikan khas bertambah dua..(tapi 6 orang dah keluar sekolah..hehe) semuanya ada 24 murid.. Tahun ni aku diberi tugas mencabar.. jadi pengerusi Kelab Bola Sepak, dan pegang jawatan yang pelbagai..agak dasyat untuk aku yang baru nak berjinak-jinak dlaam profession keguruan ni!! Apakan daya, aku kena cuba tempuhi ni semua..

Bila malam menjelma, aku fikir tentang apa yang nak diajar esok.. wat persediaan..so takde masa nak upgrade or wat post untuk blog ni..mungkin aku akan kumpulkan cerita untuk seminggu dan weekend baru aku publish.. tengok la camne nanti.. aku ada perancangan untuk wat blog pendidikan khas SK Ayer Hitam.. Masa je yang akan tentukan..kalau rajin, jadi la ia..hehehe

GAMBAR NANTI AKU MASUKKAN..LAMBAT BETUL INTERNET MALAM NI..HAMPEH...

0 comments:

Post a Comment

selamat memberi ulasan