22 Oct 2011

PENDIDIKAN KHAS SK AYER HITAM KE CAMERON HIGHLANDS.


Pulang dari Cameron Highlands bukan sahaja membawa ole-ole sahaja, tetapi juga pengalaman serta cerita menarik untuk dikongsikan. Jika aku nak ceritakan keadaan dan suasana di sana pasti ramai telah pun mengetahuinya. MARDI, Strawberry Park, Ladang BOH, KEA FARM, pasar di Brinchang, jalan yang umpama ular dipalu, dan pelbagai lagi cerita yang lebih kurang sama jika melawat ke Cameroon.

TAPI KALI INI AKU BERSAMA MURID PENDIDIKAN KHAS.. memang menarik dan kelakar..ada juga yang menguji kesabaran melayan karenah insan lain yang tiada pertalian darah ini dengan diri kita. tapi semua dilaksanakan kerana satu perkataan : 'TANGGUNGJAWAB'.

KISAH KE CAMEROON..
Bertolak seawal 10 malam menyebabkan kami berehat di RnR Tapah agak lama. Menanti subuh, kami bersihkan diri di sana. Melayan murid untuk mandi, buang air besar, tukar pampers, dan bersiap memang mencuti hati. Ada yang masuk jamban berdua, ada yang perlu dicebokkan, ada yang tak nak mandi (takut sejuk..hehe) Murid-murid dan guru lena dibuai mimpi ketika bas memecut laju malam tu..Aku perasan memang laju!! tapi ada murid (terencat akal ringan) yang langsung tak tidur sepanjang perjalanan. Memang begitu setiap kali lawatan.

KISAH MALAM DI CAMEROON..
Kami tidur di apartment Puncak Arabella. Seorang muridku asyik terkencing dan terberak. (kasar ke bahasa ni..mungkin tidak...) Sehinggakan bajunya amat terhad. Malam itu, kami pakaikan dia dengan baju kemeja sekolah dan seluar trek baru dibeli di Brinchang bersama pampers. Dia memang tak selesa. Asyik bercakap dan membebel tentang bajunya itu dengan pelat yang sukar difahami. Kami gelapkan semua lampu, dan selubungnya dengan selimut tebal. Entah pukul berapa dia tertidur pun aku tak tahu.(aku dah tidur dulu!hehe).

Keesokan paginya aku dapati dia dah cantik berbaju melayu lengkap! tapi yang lucunya itu baju kawannya yang digeledah di dalam beg.hahaha...aku suruh dia buka semua pakaian dan lebih lucu lagi, seluar dalam kawannya itu pun di pakai!!! Suruh dia mandi dan kami kejutkan semua murid untuk bersiap solat subuh. (Alhamdulillah,kami semua berjemaah untuk semua waktu solat.)

Masalah lain muncul, habis uncang teh strawberry kawannya dikoyakkan dan berterabur di lantai. Gula-gula coklat juga habis dikunyah. Lebih terkejut bila telefon bimbit rakannya jahanam..keypad berterabur,simcard holder patah. nasib boleh ON lagi.. Kami selaku guru bersepakat untuk membaiki telefon murid itu. Macam-macam hal...hehe

REZEKI MURID DI RnR
Sedang aku sibuk membeli dan memastikan murid-murid mendapat makanan di RnR Tapah, cikgu lain melayan murid makan, rupa-rupanya ada yang memerhati. Sedang aku berdiri memerhatikan murid-murid ini makan, datang dua wanita bertanyakan dari mana,berapa orang,dan tak semena-mena memberi aku RM200.00 untuk diberikan kepada murid-murid. Aku tergamam dan terharu dengan sikap wanita itu. Mereka hanya mengenalkan diri sebagai cikgu dari Shah Alam. Semoga Allah murahkan rezeki mereka.Amin..

KEJADIAN DI RnR PAGOH
Makan malam di Pagoh. Macam biasa,kami biarkan murid-murid makan dahulu. Tiba-tiba ada insan berbangsa Cina bertanya tentang kami semua. Mereka speaking, aku pun speaking la..entah betul entah tak..hahaha..Tapi baiknya insan ini yang sudi membayarkan semuanya untuk kami..aku cakap tak mengapa,sebab dah dibayarkan..

Muridku mengamuk!!! Gelas kaca berderai di RnR itu.. Aku yang tengah berdiri perasan, RnR itu terus sunyi sepi dan semua mata memandangku..ooohhh....aku segera mendapatkan muridku. (harap orang lain faham murid ini yang melakukannya,bukan aku!!) Cikgu lain memohon maaf dari pihak RnR. Nasib baik tak perlu ganti dan dia faham melihat kondisi murid itu.. Sedang berbual, rupanya kami diperhatikan oleh bekas pengarah JPN Johor..Tn Hj Senan..Beliau mengucapkan tahniah dan memuji-muji sikap guru-guru yang melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Beliau memberi RM10 kepada murid sindrom down yang kami bawa.

Sampai di sekolah jam 11.30 malam. Ibu bapa gembira menanti anak mereka. ku juga gembira tetapi letih. Aku bersyukur segalanya selamat dan lebih bersyukur ada insan di luar sana yang memandang insan instimewa ini dengan mata hati...ANDA BAGAIMANA????

2 comments:

  1. Best :) Aku gembira ada sahabat sesabar ini.hehe

    ReplyDelete
  2. Tahniah semua guru Pendidikan Khas SK Ayer Hitam.

    Arif, Apabila ayah bersara nanti, ayah bangga sebab ada penggantinya.

    ReplyDelete

selamat memberi ulasan