28 Aug 2009

No comments
Posted in

Sedikit tazkirah ramadhan..


"Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,

'Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.


Banyak-banyakkanlah beramal...

Dari :: www.layan4u.blogspot.com ::"

26 Aug 2009

3 comments
Posted in ,

Aku ke mahkamah jua...mungkin kau nanti



26 Ogos 2009..Pengalaman pertama aku..harapnya ini kali terakhir..

Kenapa sampai ke mahkamah ni..?? Tak boleh ke diselesaikan diluar mahkamah?? Aku bersungut sepanjang perjalanan ke mahkamah Batu Pahat. Namun aku terpaksa turutkan juga..
Jam 9.15 aku tiba di mahkamah. Kulihat ramai anggota polis, dan majistret disitu.. adakah mereka tunggu kedatangan aku?? Aku tak bersalah laaa!! Bilik pertama dan kedua yang aku temui sedang digunakan untuk perbicaraan kes yang entah apa masalahnya.. Mengikut petunjuk arah di bangunan mahkamah ni, aku terpaksa naik ke aras 1.. Di aras satu, aku lihat di satu sudut pihak defendan dan plaintif berbincang dengan peguam masing-masing.. Dengan dokumen yang kugenggam, aku gagahkan hati untuk hadapi apa-apa yang bakal berlaku..

“Kad pengenalan ada, lesen pun memang aku bawa..pen pun ada ni...”, kataku pada diri sendiri.. Aku baca papan tanda yang ditampal dipintu,tak salah lagi..aku dah di bahagian yang sepatutnya.. Aku berjumpa pegawai yang berada di bilik itu.. JURIAH mengikut nametag di tudungnya.

“Assalamualaikum puan..”, sapaku dengan sopan.. Kuserahkan dokumen-dokumen yang aku bawa. Pegawai tu meneliti setiap helaian yang aku bawa.. Macamlah aku nak menipu tapi memang tugas beliau pun.. Biasalah dimahkamah.. Beliau meminta kad pengenalan aku dan bertanyakan beberapa soalan.. Aku jawab dengan tenang tanpa sedikit pun rasa gementar.. Aku dah cakap aku tak bersalah!! Orang bersalah je yang gelabah.. 15 minit kemudian semua dokumen yang aku serahkan dipulangkan kembali..

“Tahniah dik..dah selesai dah”, kata pegawai tersebut.. Aku senyum panjang.. Akhirnya selesai juga aku membuat akuan sumpah di mahkamah.. Nak jadi cikgu ni kena buat akuan sumpah..huahuahuahua..

Semalam aku dah buat medical check up..hari ni buat akuan sumpah je la.. Tamatlah sudah hari suspen aku..hohoho..

23 Aug 2009

No comments
Posted in ,

Catatan Ramadhan kali ini..

Ramadhan dah tiba..
Semalam aku berbuka puasa di rumah..Kami berkumpul 3 generasi..Iman pun ada!!huhu
Tapi angah dan nuar takde..masing-masing di Shah Alam..takpe la..ape leh wat..
malam pertama terawih macam tak percaya aku mampu sampai witir..hehehe..23 rakaat..huh..

Aku dapat mesej ucapan salam ramadan..banyak sangat..sampai aku malas nak melayan..huhu..terlanjur cerita pasal sms ni, aku nak bagitau handset aku dah rosak..so guna handset lain..tapi nombor telefon tak dapat nak pindah sekali..handset lama langsung tak boleh on..Jadi banyak nombor-nombor kawan yang aku lost..minta maaf kalau aku tanya 'ni sape'??hahaha..jangan marah haaa...

Cuti sekolah ni, aku takde tugasan yang perlu diselesaikan kecuali selesaikan medical check up dan buat akuan sumpah..biasa la, syarat kerja...

Seminggu cuti sekolah ni, kena buat lebih banyak ibadah..kita bukan nak menyambut ramadan semata-mata..tapi nak buat amalan sebanyak yang mungkin..pahala berganda tu...

19 Aug 2009

No comments
Posted in

Mari bersukan..

Budak-budak main hoki, aku pantau je..hikhikhik


Hari kedua di SK Ayer Hitam..


Aku datang dengan pakaian sukan..huhu..
Ajar kelas A dan B pendidikan jasmani..
Jam 8 pagi aku bawa pelajar-pelajar ke padang. Sesi panas badan pun bermula..
Aku arahkan semua lari keliling padang tiga pusingan..(padang kecil je).
Aku pun berlari tiga pusingan tau.. Tapi tak penat pun..Aku fit lagi ni, kata aku dalam hati..hahaha
Kemudian kami main 'musang dan ayam'. Aku dah jadi ayam, aku dah jadi musang..(alah kejar budak-budak je..kalau kejar usain bolt tu lain la..terkincit aku kejar dia..hehe)

Lepas tu main hoki..budak-budak ni pandai main..jadi tak susah pun nak jaga.. Aku yang tak pandai main sebenarnya..hahaha..aku kan kidal..setakat main pukul je boleh la.

Mengajar kemahiran hidup darjah lima tak susah pun..tajuk "Merancang dan menjual barang"..aku International Business..hehe..Ajar yang ringkas je..nanti tak paham pula budak-budak ni..
Esok masih ada..tapi guru-guru pendidikan khas ni akan ke hospital untuk bawa pelajar check up. jadi tinggal aku dan cikgu Hairiah saja..Mampukah aku terus tersenyum pada esok hari??huhu..

18 Aug 2009

No comments
Posted in

Hari pertama dalam sejarah..hoho

17 Ogos 2009..7.20am
Aku tiba di SK Ayer Hitam Johor..Perhimpunan sedang berjalan semasa aku sampai di sekolah tu..tapi aku duduk dalam kereta je..
Selesai perhimpunan, aku masuk ke pejabat sekolah.. serahkan surat tawaran yang aku terima..Aku lapor diri sebagai GSTT Pendidikan Khas..
Selesai..
Kemudian aku dibawa oleh guru besar, En. Parlan ke kelas pendidikan khas.. Aku diberi taklimat serba sedikit mengenai kelas tersebut.. Hari pertama tak banyak yang dapat dilakukan..selain bertegur sapa dengan guru-guru, aku berkenalan juga dengan pelajar-pelajar pendidikan khas ini..
Perkara yang tak menarik yang aku dengar ialah 3 kes H1N1 dilaporkan di sekolah ini..Seluruh warga sekolah memakai topeng..Aku pula tak bawa topeng..Jadi, aku lah orang paling kebal pada hari itu.. hahaha.
Selepas tamat sesi persekolahan, aku ke Johor Bahru.. pergi KPJ Johor.. Nak masuk ke hospital ni, diperiksa suhu badan la, kena cuci tangan la.. Aku nampak kedai jual topeng, aku pun beli.. RM2.00!!! hampeh la mahal.. tapi aku beli la jugak..kawasan bahaya ni..
Esok aku kena ajar Pendidikan Jasmani dan Kemahiran Hidup.. Huh, ajar je la..buku ada..
Sekian catatan pertama aku di sekolah SK Ayer Hitam ini..catatan kena skema..aku kan cikgu..hahahaha
Inilah wajah aku sepanjang sesi persekolahan minggu ini..huahuahua..

macam cerita Naruto plak..

15 Aug 2009

3 comments
Posted in ,

Hari sebira..sedih+gembira...hahaha

Tinggal kenangan..eh tinggal tali je..hehe

Khamis lepas hari terakhir aku berkhidmat di Jabatan Perangkaan..
Sedih juga tinggalkan kawan-kawan..bonding kitorang dah macam adik beradik..tapi gembira sebab tinggalkan kerja..wahahaha!!!

Aku dirai di majlis yang kecil tetapi besar nilainya pada diri aku..rasa dihargai pun ada..terharu dapat hadiah daripada staf-staf aku. Terima Kasih!!!

Terima kasih juga pada En.Zul..penyelia aku..dia belanja kami semua makan.

nanti aku update letak gambar hadiah-hadiah yang aku dapat..

Ada kad,ada frame, ada hamper..ayat-ayat dalam kad tu yang buat aku teringat keje dengan korang..ada yang rajin, ada yang mengular..hahaha..sama la kita..haha

Ada masa jumpa lagi..ada rezeki korang akan dapat kerja yang lagi best jugak..

Yang penting kerja apa pun kita buat,cari pengalaman sebanyak mungkin dan buat sungguh-sungguh..
Ni hamper coklat yang best..lima minit sebelum dijahanamkan..hehe


Kad ni...ayat yang jujur..hahaha..menitis hingus aku tanda terharu..hahaha




Frame ni...ayat nak power..nak wat aku sedih la tu...
Kalau tau dapat hadiah, awal-awal lagi aku berenti..hehehe

5 Aug 2009

2 comments
Posted in

Minggu sakit plak...

Sekarang ni memang macam-macam ada..ada penyakit, ada masalah ekonomi, masalah politik, masalah itu, masalah ini..

Ahad lepas aku rasa tak sedap badan..macam nak demam.. Lepas makan dekat seksyen 10, aku pun beli air 100plus satu botol besar.. balik umah, aku teguk setiap 20 minit. Aku berselubung nak bagi berpeluh.. Aduii sendi-sendi aku sakit.. aku tidur dengan keadaan berpeluh.. tapi sekejap je terbangun, nak ke toilet!! keluar toilet aku teguk lagi air..banyak kali aku ulang alik ke toilet.. kalau tak nak buang yang kecil, nak buang yang besar plak.. lemah juga badan aku tapi aku gagahkan juga.. nasib tak tercirit kat dalam umah..hahahaha..

Menjelang petang aku dah rasa elok sikit.. tapi badan agak panas.. akak dan abang ipar aku bawak aku ke klinik di seksyen 25.. suhu 38 celcius, batuk-batuk skit, sendi-sendi lenguh.. doktor cakap suhu 38 memang boleh bagi lenguh-lenguh dan sakit kepala.. aku takut H1N1 je.. Doktor cakap, simptom H1N1 ni tengok pada ampat perkara (doktor india..hoho)
1. Demam yang agak panas.
2. Batuk dan sakit tekak
3. Sesak nafas, sakit dada.
4. Baru balik dari oversea..(tapi yang last ini dulu boleh pakai..sekarang tak boleh dah)

So doktor suruh tengok dulu hingga hari ke empat.. kalau demam panas tak surut juga, baru buat rawatan lain.. Alhamdulillah, aku cuti Isnin je.. petang tu Isnin dah beransur pulih.. Selasa dah kena wat kerja balik....huhuhu...

Di pejabat ramai pula yang terbatuk la, demam la, selsema la.. mak aku dah call banyak kali suruh beli topeng tutup mulut.. ada juga kat pejabat yang dah pakai.. ada yang sampai basah aku tengok sorang akak ni pakai.. mana taknye, mulut dah tutup tapi tak reti senyap.. ada je nak berceloteh..basah dek air liur dia je la..hahaha..lagi berkuman tu!!!

Aku suruh budak-budak yang sakit-sakit ni gi klinik atau cuti je..tapi jangan diorang pura-pura sakit dah la..

Aku harapkan kerja-kerja aku berjalan lancar.. bila bos asyik panggil meeting, aku rasa macam closing banci dah makin dekat tapi result yang aku dapat tak dapat capai target..salah aku ke??? atau salah rangka yang aku dapat??aku baru capai 20%..target nak 80%..adoyaiiii...mana nak cari ni..


aku nak beli juga la topeng tutup mulut ni..

Ni bukan kuman H1N1 je..budak kentut cirit buih kat pejabat sekalipun aku takkan terhidu..haha
.
Pakai camni takut responden takut nak dekat plak..


Pakai camni kalau dah kena selsema babi kot..hidung dah jadi babi gaknye..huahuahua