6 Oct 2009

Minggu pelbagai karnival...

Huh dah lama tak update...
Yang paling best untuk dikongsikan, Karnival Permainan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor 2009.. Aku turut serta dalam persiapan dan pelaksanaan pertandingan futsal di Raja Futsal di Parit Raja. Bermula pada 05 Oktober dan majlis penutup pada 06 Oktober..

Aku ditugaskan menjadi penjaga masa. Bukan penjaga gol tau..huahuahua..Bosannya sebab tak dapat bergerak ke mana-mana.. duduk je di tepi gelanggang.. sesekali terhibur juga tengok aksi pelajar pendidikan khas ni..

Duduk sambil makan, minum, tengok jam randik..kadang-kadang naik kebas punggung aku sebab duduk je..huhu..hari pertama sehingga jam 7pm..mau tak penat sebab nak drive balik Yong Peng semula..aku batalkan hasrat untuk dua majlis malam tu..Dinner untuk Pegawai-Pegawai karnival ni dan marhaban di rumah guru-guru Kelas Integrasi Pendidikan Khas SK Ayer Hitam.. Demi keadilan, aku tak datang kedua-dua majlis ni..hehehe..

Rabu ni, 07 Oktober 2009 ada Karnival Sukan Rakyat pula..(banyak betul karnival..penat..aku jadi karnivor baru tau..hoho) tapi besar kemungkinan aku akan berada di sekolah je sebab cikgu lain pula la yang pergi.. dalam minggu ni akan ada karnival Boling, Bola Jaring dan Renang.. Gasak la karnival...

0 comments:

Post a Comment

selamat memberi ulasan