19 Oct 2009

Cuti yang singkat tapi seronok

Cuti sempena Deepavali pada Jumaaat lalu dimeriahkan dengan kedatangan anak buah aku, Iman. Abang Azam dan keluarganya tiba petang Jumaat tu. Malam tu, kami sekeluarga melayan Iman je la.

Hari Sabtu pagi, seperti yang dirancang, kami sekeluarga menuju ke Wet World Pedas. Kononya di sini ada kolam air panas. Memang ada tapi tak la sebesar yang dijangka. Lagipun tak ramai orang mandi air panas ni.. sebab panas betul kot.. (barangkali ramai mandi malam sebab ada night spa). Aku berendam pun kejap je sebab aku rasa panas macam dah separuh masak.. Kami banyak berendam dalam air biasa je..

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke rumah angah di Shah Alam. Ini la perancangan utama. Aku selaku driver dah rasa kepenatan sebab penat berenang tadi. Sebelah malamnya kami sekeluarga makan sate kajang di branch kedai Hj. Samuri ni di PKNS. Makan banyak betul.. Selepas tu terus ke Mydin Subang.. Wah Iman berjalan sakan..yang bestnya baby ni tak banyak menangis..(memang suka berjalan agaknya..hahaha)

Pagi lagi kami dah bertolak ke rumah angah yang baru di Aman Perdana.. Saja pergi sebelum dia berpindah randah dari seksyen 24 ke kawasan baru ni.. Selesai makan tengahari di Seksyen 8 Shah Alam, kami pun bertolak menuju ke Yong Peng..

Dalam perjalanan ke Yong Peng, kami singgah di Nilai 3. Rasanya ini kali pertama aku ke sini. Banyak betul kedai jual karpet dan baju..Tapi tak beli apa-apa pun.. Window Shopping je..

Sekitar jam 6 petang, kami pun tiba dengan selamat di tol Yong Peng. Memang penat.. Semua tidur dalam kereta tadi, aku driver, mana leh tidur.Huhu..

Terima Kasih aku ucapkan kepada Nor Hidayah Mohd Ali kerana menjemput aku ke majlis rumah terbukanya pada Ahad lepas.. tapi aku tak berkesempatan datang atau pun berjumpa dengan beliau kerana kekangan masa. Terima kasih Dayah.

0 comments:

Post a Comment

selamat memberi ulasan