Minggu lalu aku dipenuhi dengan program-program sekolah..(biasa la dah jadi cikgu..kalau jadi angkasawan, lain plak aktivitinya..)
Jumaat sambutan hari raya peringkat sekolah..Sabtu pula aku dikehendaki hadir untuk Majlis Perasmian Penutup Karnival Sukan Rakyat untuk Kelas Integrasi Pendidikan Khas seluruh Batu Pahat di SK Pintas Raya.
Jam 8.05am aku di Parit Raja..Hujan selebat lebatnya..tak nampak jalan..aku memandu perlahan kerana bimbang terlepas sekolah pula nanti.. Sampai di tepi sekolah, aku parking di tepi jalan besar..tunggu di dalam kereta sehingga hujan teduh..
Hujan agak renyai-renyai aku pun turun dari kereta..alamak..cikgu-cikgu yang lain memakai baju formal..aku pula dengan tshirt berkolar dan seluar khakis (warna krim)..hahaha aku dengan selamber bersalaman dengan guru-guru dari sekolah lain..(wat muka tak paham je..hahaha)..
Ramai PPM datang..(aku perasan PPM ni sebab mereka memakai pakaian korporat PPM..tu yang nampak macam PPM je yang ramai)
Majlis agak terganggu kerana hujan lebat yang turun sekali lagi. Mungkin kurang keberkatan sebab majls pembukaan akan ada dua persembahan kuda kepang..(kan majlis fatwa dah putuskan HARAM..) wah aku memandai plak nak cakap kurang keberkatan..Akhirnya datan juga ADUN Senggarang ni..YB Jaafar Bin Hashim..majlis bermula sekitar jam 9.45am..
Majlis penyampaian hadiah, ucapan dan persembahan pemenang akhirnya selesai sekitar jam 12 lebih.. aku dah lapar sangat ni terus ke kantin untuk jamuan..leh la tahan sedap..
Lepas tu aku ke rumah PPM pula, Pn. Norfadelina. Beliau mengadakan rumah terbuka..apa lagi..aku makan la lagi dengan rakus..ada ikan bakar, ayam goreng, air jagung..macam-macam lagi..
Selesai bersantap, aku ke jemputan kahwin di rumah kenalan aku pula..Rumahnya betul-betul depan SK Parit Raja..Tahniah kepada kakaknya Hidayah yang mendirikan mahligai bahagia dengan Meor..(nama betulnya aku tak ingatla...)pasangan mempelai ni sebenarnya senior aku di SMKA Segamat dulu.. tahniah, semoga hubungan kalian berkekalan..
Sampai di rumah Yong Peng, mak uteh dan pak uteh (sebelah ayah) sudah tiba dari KL..
11 Oct 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
selamat memberi ulasan