Nak dikongsikan cerita, aku pun godeh la router DSL-2640T ni.. (orang Johor tau la 'godeh' tu ape..hehe) Semalam aku dah godeh tapi takleh nak setup jugak.. Ceritanya bermula begini, dulu router wireless ni adik aku nuar dah godeh.. Lepas dia setting password, terus takleh connect internet.. terpaksa la guna kabel semula..(1 user je leh guna..) Jadi dengan semangat waja di pagi cuti ni, aku pun mengadap internet cari penyelesaian router ni.. Huh, sekejap je dah setel.. Berjaya gak aku.. Semalam aku try takleh.. rupenye masa setup wizard tu ada mistake skit..
Bila dah leh connect internet, aku pun terfikir nak letak password.. ye la, bukan pasal kedekut ngan jiran-jiran dan orang taman..(router ni cover range sampai 100meter) tapi diorang nak share ke bayar bil..hehehe..lagipun nanti network jadi slow plak kalau dah ramai-ramai guna.. Aku pun dengan rasa sedikit kedekut di dalam hati telah setup password untuk penggunaan wireless ni..SSID aku tukar kepada 'atehwifi'.Selamat menggunakan kemudahan ini wahai adik beradikku.. Selepas ini kita tidak akan berebut menggunakan internet lagi..hahahaha

0 comments:
Post a Comment
selamat memberi ulasan