9 Jan 2010

Nak mudah tukar template???

Kenapa aku selalu tukar template blog ni??? huhu.. aku suka tambah-tambah template yang sedia ada.. jadi aku akan cari template yang menarik untuk diubahsuai.. Memang best tukar template, tapi malas nak buat balik gadjet-gadjet yang hilang..betul tak??
Jadi aku nak tunjukkan cara mudah untuk menukar template supaya korang semua tak perlu buang masa untuk menambah kod-kod html, bloglist dan macam-macam lagi pada gadjet korang..
tapi..
macam biasalah, kalau tak yakin boleh jadi, backup dulu template korang tu dengan copy kod html korang itu atau klik download full template..(ikut cara masing-masing la nak back up blog korang..takut tak jadi plak nanti)
KITA MULA SEKARANG...
Sediakan template baru yang hendak digunakan..
Boleh muaturun dari internet..
(search je kat internet)
dah ada template yang disukai???
PERTAMANYA....
Pindahkan kesemua widget-widget yang ada pada 1 bahagian sahaja..
Macam ni..
Nampak tak?? pindah dan save ye..
KEMUDIAN..
pergi ke edit html...
Seterusnya, cari kod yang widget yang telah disatukan tadi..
Caranya begini...
Pergi ke bahagian edit html -> klik (Ctrl + F) dan cari cari <b:widget id=
(tak perlu tick pada expand widget)
Carilah kod widget-widget anda sampai jumpa..
Dah jumpa???
Copy semua widget yang telah disatukan tadi.. dengan meng'highlight' semua kod widget seperti di gambar ni..
(highlight guna mouse yek..jangan conteng skrin dengan highlighter plak..hahaha)

Dah tu, copy la kod-kod html ni dan paste pada notepad ke..pada word ke...mana yang mudah la...
Dah copy paste???
Browse dan upload la template baru yang korang nak guna nanti... dan
ini penting ye,
jangan buat apa-apa selain daripada langkah ini (abaikan mesej-mesej yang tertera dan terus buat seperti ini):
Cari kod ini (guna Ctrl F lagi senang) <b:section class='sidebar' id='sidebar1' preferred='yes'> ..Tapi tak semua blog sama seperti ini.. cari la yang iras-iras ke.. Mesti ada la..
Dah jumpa atau kenalpasti??
Paste kod widget yang dah di paste pada notepad tadi..(ala yang korang highlight tadi) SELEPAS kod <b:section class='sidebar' id='sidebar1' preferred='yes'>
Dah buat, tekan Preview atau Pratonton.. kalau semua gadjet masih ada(memang tak tersusun) barulah boleh SAVE.. kalau tidak, cuba lagi..mungkin ada kesilapan semasa copy paste kod tadi.. kalau tak berjaya juga, jangan malu bertanya!!
(kemungkinan proses nak save akan keluar warning yang bagitau ada nama widget yang sama seperti HTML1,HTML2, jangan risau, rename sahaja kepada HTML100 ke..HTML18 ke...)
Selamat Mencuba...

0 comments:

Post a Comment

selamat memberi ulasan