GAMBAR DALAM HANDSET..NANTI AKU UPLOAD...
Lama tak menulis.. aku banyak tumpu untuk buat blog pendidikan khas SK Ayer Hitam..
dah siap dah.. tapi banyak lagi perlu dibuat penambahbaikan.. sebab tu la aku tak sempat nak update cerita di blog ni..
Pagi tadi, warga Pendidikan Khas SK Ayer Hitam mengadakan lawatan ke Bank Simpanan Nasional Yong Peng. Tujuannya nak mengajar murid-murid tentang proses pengeluaran dan penyimpanan wang di BSN. TAPI, aku telah diundi untuk tinggal di sekolah dan menjaga 7 orang murid yang tidak perlu ke bank.. memang best..huhu..
Pagi-pagi lagi Aiman Syukur dah terkencing dalam surau.. Dia tak tau cakap kencing.. Dia tau cakap berjaya bila dah kencing.. hahaha.. So setelah dia berjaya, maknanya dah kencing.. Cara terkini dia akan dibawa ke bilik air setiap setengah jam.
Kisah 7 orang yang tak pergi ke bank ni pula, aku buat tayangan video.. belajar abjad, belajar mengeja, belajar menyanyi.. seronok budak-budak ni menyanyi. aku lagi suka sebab budak ni tak buat perangai pelik-pelik.. tapi ada la seorang murid mental retarded ni yang sedih sebab tak dapat ikut kawan-kawannya.. meleleh air mata dia.. aku cakap nak ambil gambar dia tengah menangis, terus dia kesat air mata dan buat 'peace'.. hahaha.. nama pun budak... lepas tu abis handset aku dia buat main ambil gambar.. jangan jahanam sudah..
Jam 11 lebih, peserta lawatan pun pulang.. mereka sambung menyanyi.. wah, meriah bilik pendidikan khas..dah macam konsert pula.. Banyak aktiviti yang akan kami jalankan.. nantikan je la aksi-aksi menarik murid-murid khas ni.. hehehe
berjaya!hahhahaa
ReplyDeletehahahahha...aku bayangkan dia ckap 'berjaya'...bila dah kencing...hahahahaha
ReplyDeletenasib baik ckp berjaya..kalau mencarut, lain cerita plak..hahaha
ReplyDeleteberjaya! (dgn muke lega..huhu)
ReplyDeleteto mashimaro>>
ReplyDeletegler ah ko.. mcm biasa je dng aktiviti 'berjaya' ni...