9 Aug 2010

Detik ini bermula

Catatan ini dibuat pada 9 Ogos 2010.


Aku segera pulang dari sekolah. Tiba di rumah, aku berehat sekejap. Dapatlah tidur dalam 10 minit. Tak nyenyak tapi cukup bermakna. Aku terjaga pun sebab dapat mesej dari si DIA..


' Tak penat ke?'. Lebih kurang begitulah mesej yang aku baca.

Setelah membalas mesej tersebut, aku segera bersiap. Mandi, solat dan makan. Kemudian aku terus bergerak ke Muar untuk jemput si DIA.


Sebenarnya kami merancang untuk membeli beberapa barang. Aku berhasrat untuk merisik si DIA, jadi aku perlukan si DIA untuk tahu saiz cincin yang sesuai.


Alhamdulillah.. si DIA memang tidak banyak kerenah. Tidak cerewet. Si DIA memilih cincin yang diminati dan mampu dimiliki. Kemudian kami segera mencari baju kurung sebagai tanda hadiah. Aku meletakkan nilai harga baju yang boleh dipilihnya, tetapi Si DIA hanya memilih yang sederhana. Tidak sampai separuh dari nilai yang aku janjikan pun. Melihat sikapnya yang begitu, aku menyuruh SI DIA memilih tudung pula.


Mungkin sebelum ini Si DIA masih ragu-ragu tentang aku. Tetapi selepas aku menyatakan hasrat untuk merisiknya dalam minggu pertama lebaran aidilfitri, Si DIA mungkin lebih percaya padaku. Ini bukan soal main-main atau suka-suka lagi.


Aku berdoa agar hasrat ini termakbul.

Satu langkah niat suci murni telah dibuat..

Perjalanan hidup masih panjang.

Tetapi tidak tahu bila penghujungnya.

Namun kehidupan mesti diteruskan.

0 comments:

Post a Comment

selamat memberi ulasan