Sedang leka membaca ulasan rakan-rakan di facebook, aku terfikir tentang satu perkara. Ramai kenalan aku (ada yang rapat-ada yang tak rapat, ada yang tak kenal pun..)di facebook yang apabila memberi ulasan, amboi bahasanya cukup indah, ada yang suka bergurau, ada yang pelbagai ragam lagi. Tapi aku terdetik untuk mempertikaikan sikap beberapa orang yang pada aku seolah-olah berpura-pura.
Kenapa aku cakap begitu? Mana taknya..
di facebook memberi nasihat kepada orang bukan main, berhujah tentang agama bukan main lagi (walhal hanya memberi pendapat menggunakan logik akal sahaja) tak cukup dengan itu, suka menggunakan agama untuk mengutuk kesalahan orang yang tidak disukainya dan dalam hal meluahkan perasaan.
di facebook memberi nasihat kepada orang bukan main, berhujah tentang agama bukan main lagi (walhal hanya memberi pendapat menggunakan logik akal sahaja) tak cukup dengan itu, suka menggunakan agama untuk mengutuk kesalahan orang yang tidak disukainya dan dalam hal meluahkan perasaan.
Aku tak cakap itu SALAH. Memanglah kita sepatutnya mengambil isi nasihat yang diberikan dan jangan memandang kepada si pemberi nasihat..
TAPI aku tak suka perangai macam tu. Apabila ingin menyalahkan orang, bukan main lagi dalil aklinya.. dikaitkan pula dengan hal agama. Tapi cuba muhasabah diri itu sendiri. Pada aku kadang-kadang sikapnya lagi keterlaluan daripada apa yang diluahkan di facebook itu.
Tak cukup dengan itu, aku tak suka orang yang menggunakan hal agama untuk menghentam atau memalukan orang di facebook. Seolah-olah yang tersirat di sebalik ulasan itu ialah 'padan muka kau..', 'biar kau rasa' dan entah apa-apa lagi.
Jadi kesimpulan yang aku dapat fikirkan, biarlah orang yang macam ni. Sebab hatinya takkan puas dengan apa yang dilakukannya. Pada aku, jangan bergurau dengan orang seperti ini atau pendek kata, tak payahlah ringan jari nak menaip di lamannya atau mengulas hal yang berkaitan dengan dirinya.
(aku sekadar memberi pendapat)
0 comments:
Post a Comment
selamat memberi ulasan