Badan tak rasa panas. Tekak je rasa kering. hehe.. Manalah insan yang suka duduk rumah seperti aku ni tak gembira dengan cuaca yang macam tu.. Tapi ada yang tak gembira..ada insan yang tak gembira (walaupun mungkin mereka masih bersyukur..) Siapakah dia??
Gambar ehsan: zainabdullah.wordpress.com
Tettttt.... masa dah time.. Aku simpati melihat peniaga-peniaga di bazar yang menunggu rezeki mereka tapi tiba-tiba hujan lebat.. lebih-lebih lagi yang jual air.. (tapi kalau peniaga 'cekik darah', biar dia rugi..hahaa) Berbalik kepada mood simpati, ehem...mesti penjual tu sabar dan tabah jika jualan tak seberapa.. Tak mengapalah, Allah dah janji bahawa masing-masing ni ada rezekinya.. Kalau tak hujan, apa nasib si penjual payung dan berfaedah jugalah orang yang membeli kereta..Tapi orang yang jual air boleh jual air tu untuk keesokan harinya, begitu juga penunggang motorsikal, masih boleh menyelit jika berlaku kesesakan jalan raya.. Inilah membuktikan setiap sesuatu itu ada kelemahan dan kekuatannya dan yang paling penting, semuanya saling memerlukan disebabkan kekuatan dan kelemahan yang wujud itu.
Sebut tentang kekuatan ni, aku mesti kuatkan diri untuk bertarawih secara berjemaah di surau. (Awal lagi ni..hehe) Situasi yang sama di mana-mana masjid atau surau... menjelang perayaan, pasti jemaah semakin berkurang..bersangka baik,mungkin mereka telah pulang ke kampung...huhu..
Aku segan dengan warga emas di tempat aku yang masih mampu berdiri untuk menghabiskan solat terawih..jalan dah terdengkot,bongkok, terketar-ketar tapi masih gagahkan diri untuk berjemaah. Aku mesti boleh juga..InsyaAllah...
Sama-sama kita banyakkan ibadat. Membaca Al-Quran, berzikir, dan bersolat sunat yang lain..Fardhu mesti jangan tertinggal.
0 comments:
Post a Comment
selamat memberi ulasan