Pernah melihat ayam mematuk tanah mencari makanan? ZUPpP!! pergerakannya mematuk..
Bayangkan jika kita bersolat sepanjang hayat tetapi kita diibaratkan seperti ayam yang mematuk tanah... Adakah solat kita diterima Allah...?

Gambar ehsan :shawnagrofarm.files.wordpress.com.
Menurut Ustaz Ismail Kamus dalam buku Indahnya Hidup Bersyariat, Tamakninah ialah berhenti sebentar, sekadar sebutan ‘subhanallah’ sedang anggota berat hendaklah berhenti membuat sebarang pergerakan. Lebih kurang maksudnya bertenang..jangan gopoh..
Anggota berat yang dimaksudkan itu ialah kedua tangan hingga ke pergelangan tangan dan kaki. Sekiranya anggota ini bergerak semasa rukuk tanpa berhenti, maka belum lagi dinamakan tamakninah. Kalau pergerakan ini berlaku tiga kali berturut-turut maka batallah solatnya. Anggota ringan ialah jari, lidah, kelopak mata dan zakar. Jika anggota ini banyak pergerakannya, maka tidak batal solatnya, tapi hanya makruh.
Oleh sebab tamakninah sebahagian daripada rukun solat maka pengabaiannya boleh membatalkan solat. Hal ini sering diabaikan kerana kurang pendedahan semasa belajar. Kesannya, ramai yang tidak sedar bahawa solatnya tidak sah.
Di sini disenaraikan tempat yang perlu tamakninah dan kesilapan yang sering terjadi.
1. Rukuk, sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama dan kedua tangan memegang kepala lutut, sepatutnya hentikan pergerakan kasar seketika. Itulah kadar tamakninah yang barangkali sempat dia membaca subhanallah.
2. Iktidal, pergerakan bermula daripada keadaan rukuk kembali menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti dia berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri dahulu dan itulah kadar tamakninah.
3. Sujud, sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Keadaan tenang itulah kadar tamakninah.
4. Sujud kali kedua, sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Keadaan itulah kadar tamakninah.
5. Duduk antara dua sujud, sewaktu duduk sambil membaca doa, “rabbighfirli...” tidak mungkin berlaku pergerakan anggota besar, apatah lagi tangan diletakkan di atas paha. Keadaan setenang itulah tamakninah yang harus dipatuhi.
Berikut adalah tempat yang sering diabaikan tamakninah:
1. Iktidal, terdapat sesetengah orang terutama orang tua, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, belum sempat tulang belakangnya lurus seperti sebelumnya, dia telah turun untuk sujud. Solat ini tidak sah kerana tidak berlaku tamakninah.
2. Iktidal, terdapat juga sesetengah orang sama ada orang muda mahupun orang tua, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, tangannya diayunkan berkali-kali dan belum sempat tangan itu berhenti, dia telah turun untuk sujud. Solat ini juga tidak sah kerana tidak berlaku tamakninah.
3. Sujud, waktu sujud dua kakinya dibiarkan bergerak-gerak dan ada yang mengangkatnya (tidak mencecahkan jari kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ini tidak sempurna kerana syarat sah sujud bila tujuh anggota sujud mencecah ke lantai. Pada masa yang sama solat itu sah kerana tidak berlaku tamakninah.
Selain itu, sewaktu kita bangun daripada sujud kedua kepada rukun berdiri tegak untuk rakaat seterusnya tidak ada tamakninah. Namun untuk lebih bersopan kita disunatkan duduk sebentar yang perbuatan itu diberi nama duduk istirahat. Duduk yang dimaksudkan ini bukan tetap seperti yang dilakukan ketika duduk antara dua sujud tetapi sekadar berhenti. Ibarat anda memandu kereta, pada persimpangan yang tidak sibuk anda menekan brek kenderaan tetapi tayarnya masih bergerak.

Wallahu ‘alam.
Kita telah mengetahui bahawa tamakninah itu adalah satu daripada rukun-rukun sah sembahyang sebagaimana membaca Al-Fatihah, rukuk dan sujud. Rasulullah pernah berkata kepada mereka yang tidak sempurna sembahyangnya kerana tiada tamakninah, maksudnya:
"Ulangi sembahyangmu kerana engkau masih lagi belum sembahyang..."
Kemudian Nabi menerangkan kepadanya sembahyang yang diterima Allah:
"Rukuklah dengan tamakninah, iktidal dengan tamakninah, sujud dengan tamakninah, sujud di antara dua sujud dengan tamakninah dan seterusnya."
Tamakninah dalam semua rukun wajib dilakukan. Bagaimana pun ulamak tidak bersependapat dalam masalah lama mana had untuk tamakninah.
Sebahagiannya mengatakan hadnya sama dengan sekali tasbih seperti katanya: Subhana Rabbiayal A'la dan seumpamanya. Sebahagiannya pula, seperti Syeikhul Islam Ibnu Taimiah, mengatakan kadar masa tamakninah itu ialah sekadar tiga tasbih pada rukuk dan sujud.
Sebahagian daripada kesilapan-kesilapan yang sering berlaku di kalangan kita ialah meninggalkan takmaninah dalam solat. Apakah yang dimaksudkan dengan takmaninah itu? Menurut bahasa arab, perkataan takmaninah berasal daripada اطمأن : أي سكن وثبت واستقر. iaitu bermaksud tenang dan tetap . Di dalam satu hadith Rasullullah daripada Abu Qatadah r.a bahawa Rasullah telah bersabda:
أسوأُ الناس سرقة الذي يسرق من صلاته. قالوا: يا رسول الله، وكيف يسرق من صلاته؟ قال "لا يتم ركوعها ولا سجودها.
Maksudnya: Seburuk-buruk manusia yang mencuri ialah yang mencuri dari solatnya. Para sahabat lalu bertanya: " Wahai Rasulullah : Bagaimana seseorang itu mencuri dari solatnya?. Rasulullah menjawab: Orang yang tidak menyempurnakan rukuknya dan sujudnya

(dipetik dan diubahsuai dari :www.laman-seri.blogspot.com)
0 comments:
Post a Comment
selamat memberi ulasan