23 Dec 2009

Cuti semakin pendek..

Cuti sekolah hampir habis.. tugasan aku semasa berkursus belum terusik lagi..huhu..
Kepala dah mula memikirkan apa yang akan aku ajar murid-murid pendidikan khas ini..

Ada orang cakap, "ala, budak-budak ni bukan nak belajar pun..."
Ada orang cakap, "Ko ajar pun, nanti dia lupa la..."
Ada orang cakap, "Untungnya ajar pendidikan khas.. takde exam..tak pressure sangat"


Tapi..siapa yang sanggup memikul tanggungjawab untuk mendidik dan mengajar kanak-kanak ini?? Siapa yang sanggup menjawab soalan di dalam liang lahad nanti??
Aku pun takut nak memikul semua ini..

Apa sangat yang kanak-kanak ini tahu untuk menilai segala ilmu yang diberi..
mereka belum tentu dapat menilai baik dan buruk..
Tapi mereka bukan beban atau masalah kepada dunia ini..
Mereka juga perlukan apa yang kita perlukan..

Pandanglah mereka dengan mata hati.. pasti kita nampak tanggungjawab kita..


Pandangan mata terkadang menipu..
Pandangan akal terkadang tersalah..
Pandangan nafsu selalu melulu..
Pandangan hati itu yang hakiki..
Jika hati itu bersih..
Aku bagi satu metafora tahap pandangan..
Bayangkan kuih donat yang di depan mata..
Jika dipandang dengan 'mata', kita akan nampak donat yang sedap, penuh dengan kemanisan, bentuk yang menawan..hmm mesti sedap kuih ni...
Jika dipandang dengan 'akal', kita akan fikirkan bahan-bahan yang digunakan dalam membuat kuih ni.. adunan yang betul akan menghasilkan kuih yang lembut dan sedap..macam chef pula kalau kita cuba menerangkannya..biasalah kalau dah jadi chef yang mahir pasal masakan ni..
Jika dipandang dengan 'nafsu', kita akan rasa lapar dan tak sabar untuk menikmati kuih tu.. kita tak terfikir pun kesan kalau kita makan.. entah-entah dah basi.. lapar punya pasal, makan sajalah.. tak terfikir pun untuk check kuih tu elok lagi ke tak..
Tapi jika dipandang dengan 'hati', kita akan teringat siapa yang buat kuih tu.. mungkin si ibu di kampung bersusah payah mengirimkan kepada anaknya di luar negara.. mengenangkan susah payah membuat kuih bercampur rasa rindu kepada anaknya..tanpa disedari, air mata kita mengalir kerana melihat donut!!
Renung-renungkan dan selamat beramal!!!...

10 comments:

  1. wahhhhhh...semakin bertanggungjawab bos sy nieh!~
    tang donut tue, aku rse ko pndg dgn nafsu!~
    ko kan kuat mkn! tibai je, asalkn name makanan!hahahahha

    ReplyDelete
  2. hahaha..aku ngn donut ni kurang bnafsu skit..
    hehehe..aku suka lepat pisang..hahaha

    ReplyDelete
  3. arif tak suka kuih keras-keras...kuih yg lembut2 suka la dia....mcm org tua, susah nak makan kuih keras..huahuahua

    ReplyDelete
  4. huahua..apsal ko menempel kat cni..
    aku kalau nk keras,mkn y keras betul..ubi kayu,belimbing besi,pucuk paku..baru ganaz..haha

    ReplyDelete
  5. Donat gak yg dijadikan contoh!haha! =))

    ReplyDelete
  6. huh?lepat pisang? sdap ker? pulut panggang la weh!~ tetibe plak ckp psal kuih muih..alaaa...donut pon lembot gak..jco donut..xpon big apple...nyam3...sdapnyeee..
    heh ;p
    bonus da dpt kn?pe lg weh..blnje aku oblong!

    ReplyDelete
  7. amboi ko..fast food aje.. patut la fast fat..hahaha
    mana aku dpt lagi bonus tu..jgn2 ko dah apikan pn mastura jgn bg aku bonus tak...kejam!!!hehe

    ReplyDelete
  8. cett..tuduh aku! bantai kang ngan adik cepah aini bru tau!~ tgk emaklum la..aku da cek da ko nye pki id pn.mastura..muahahah3..;p (gile mntap aku de scndal ngan pn.mastura)..hahah3..;p
    OBLONG 1~xkire!~ ayu kte de sdap kat sek.13! burger kukus!

    ReplyDelete
  9. "BERILAH KEGEMBIRAAN KEPADA ORANG LAIN, KEGEMBIRAAN ITU AKAN DATANG KEPADA KITA SEMULA"

    ReplyDelete
  10. to AJ Style's>>
    InsyAllah..tidak kepada kita, kepada darah daging kita..mungkin juga kepada generasi kita..

    ReplyDelete

selamat memberi ulasan